Kiriman Agung Pertama Buat Kami Terima Kasih Allah Fazura Timang Baby Girl
Hari Jumaat penghulu segala hari bersamaan 2 Oktober, pelakon, Fattah Amin akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama selepas isterinya yang juga aktres Fazura melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.
Berita gembira itu dikongsi Fattah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri sulungnya.
View this post on Instagram
Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga. Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga. Dearest everyone. We are delighted to announce the birth of our first bundle of joy on this blessed Friday, 14 Safar 1442 and 2nd October 2020. She is a healthy babygirl bringing with her so much love and happiness into our lives. Please allow us to keep our precious baby’s name and face a secret until after seven days from today, following the sunnah of our beloved Prophet Muhammad (PBUH). In shaa Allah. We are truly grateful for your continuous love and prayers from the very beginning until Fazura’s safe delivery. Lots of Love from the three of us. @fattzuralovelife
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on Oct 1, 2020 at 11:47pm PDT
”Kiriman agung pertama buat kami”
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga” tulisnya.
Kongsi nama dan gambar selepas 7 hari
Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat terindah itu.
Sebelum ini pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.
Sumber: Fattahaminz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Kiriman Agung Pertama Buat Kami, Terima Kasih Allah”. Fazura Timang Baby Girl! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kiriman-agung-pertama-buat-kami-terima-kasih-allah-fazura-timang-baby-girl/