Kini Mat Jassan Pula Bangkit Ceramah Haaa Baru Ada Akai




Pelantikan Kabinet
Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Terdapat pelbagai desas desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu bermula, dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.

Biar apa pun keadaannya, yang perlu difahami adalah betapa pelantikan anggota kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.

Namun begitu, adalah jelas bahawa UMNO selaku blok Ahli Parlimen terbesar telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat daripada 2 perkara.

Pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal. Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh UMNO dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka.

Kedua, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.

Sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk UMNO memegang kedudukan Kerajaan dalam iklim politik semasa,  adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas 2 dasar.

Pertama, kerana ini adalah sistem Westminster. Kabinet mengamalkan Tanggungjawab Kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya.

Perkara ini sangat kritikal kerana, hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, Kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya. Hanya dengan yang demikian, Kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan.

Kedua, selama ini kita sememangnya mengamalkan perwakilan yang setara dengan saiz yang diwakili dan ia merupakan sistem yang berjaya. Malah, Pakatan Harapan sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi Kerajaan.

Maka, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar. Dengan cabaran Pandemik Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi, kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan.

Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar. Sebuah kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan PN. Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan.

Tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kita untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa.

Dato Seri Utama 
Mohamad bin Haji Hasan.
https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3096793703665012/?d=n

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kini-mat-jassan-pula-bangkit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Baru 2020 Ini Komen Tok Mat

Kabinet Baru 2020 Ini Komen Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 462 hits
Kabinet Baru 2020 Ini Komen Tok Mat Barisan Kabinet Malaysia 2020 yang terdiri dari Menteri dan Timbalan Menteri telah pun diumumkan semalam oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Kabinet Baru 2020 Ini Komen Tok Mat Kejutan besar dalam senarai i...
Covid 19 110 Kes Baru Hari Ini Jumlah Kini 900 20 Di Icu

Covid 19 110 Kes Baru Hari Ini Jumlah Kini 900 20 Di Icu

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 328 hits
Kes positif Covid 19 terus menunjukkan peningkatan yang mana sebanyak 110 kes baharu dicatatkan setakat jam 12 tengah hari Ini menjadikan jumlah kumulatif positif Covid 19 sebanyak 900 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Idham Baba berkata dari...
Menang Jadi Pembangkang Kalah Pula Jadi Pemerintah Sindir Mat Sabu

Menang Jadi Pembangkang Kalah Pula Jadi Pemerintah Sindir Mat Sabu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 211 hits
Terus mendapat perhatian dalam ceramah Jelajah Harapan malam tadi Presiden AMANAH Mohamad Sabu menempelak kerajaan pintu belakang yang dikatakan sebagai tidak sabar menunggu masa untuk berkuasa Beliau turut membandingkan bagaimana Pakatan H...
Lepas Kangkung Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Koronavirus

Lepas Kangkung Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Koronavirus

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 251 hits
Kunyit baik untuk kesihatan ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya Namun adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan wabak virus novel korona yang tidak menunjukkan tanda tanda ingin berhenti men...
41 Kes Baru Covid 19 Jumlah Dirawat Kini 203 Orang

41 Kes Baru Covid 19 Jumlah Dirawat Kini 203 Orang

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 266 hits
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 41 kes jangkitan terbaru Covid 19 setakat jam 12 tengah hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 238 kes direkodkan di negara ini Kementerian Kesihatan berkata ini menjadikan 203 orang sedang di...
Baru Kini Aku Faham

Baru Kini Aku Faham

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 376 hits
Nizam AkaBaru aku Faham kenapa dari 18 orang Ahli Parlimen Pas yang kononnya digelar ulamak tiada seorg pun yang layak dilantik menjadi Menteri Agama tapi dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar Rupa rupanya lantikan itu adalah untuk mewakili...
Logo Baru Oneplus Kini Rasmi

Logo Baru Oneplus Kini Rasmi

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 400 hits
Usia OnePlus sudah pun enam tahun Buat pertama kalinya sejak 2014 OnePlus membuat keputusan untuk mengubah identiti visual mereka untuk jenama mereka ini Hari ini OnePlus telah memperlihatkan logo baharu OnePlus Logo baharu OnePlus ini keli...
Tok Mat Pula Hentam Muhyiddin Kabinet Merugikan Umno

Tok Mat Pula Hentam Muhyiddin Kabinet Merugikan Umno

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 329 hits
Kerajaan kudeta Muhyiddin Yassin diserang lagi oleh Umno Kali ini pemimpin nombor dua parti itu Mohamad Hasan mempertikaikan agihan menteri kabinet yang tidak menguntungkan Umno untuk meningkatkan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat luar ...
Ratu Komedi Romantik Hwang Jungeum Kini Kembali Dengan Drama Baru

Ratu Komedi Romantik Hwang Jungeum Kini Kembali Dengan Drama Baru

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 385 hits
Siapa tak kenal dengan ratu komedi romantik dalam arena drama Korea Hwang Jungeum ialah seorang pelakon wanita yang tak asing lagi bagi peminat drama kerana watak yang dimainkannya adalah sangat unik dan disayangi ramai Terbaru Hwang Jungeu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025