Kini Aku Sah Ahli Dan Penyokong Rasmi Manchester United 2020 2021
Buat pertama kali aku jadi ahli penyokong rasmi bagi sebuah pasukan bola sepak iaitu pasukan Manchester United untuk musim 2020/2021. First time beb! Mantap teruk!
Untuk pasukan bola antarabangsa, memang aku sokong Manchester United sejak zaman sekolah kot. Jadi boleh dijadikan sebab utama kenapa aku daftar ahli penyokong kelab ni. Tetapi ada sebab lain juga la sampai sanggup nak daftar kan.
Biasanya untuk daftar ahli penyokong kelab bola sepak ianya adalah berbayar dan ianya pula pasukan daripada UK dan pastinya mahal kan. Tapi kenapa sanggup bayar?
BACA : Peminat Man United yang unik
Sebenarnya selain daripada pasukan kegemaran, aku daftar sebagai ahli adalah kerana potongan 50% sempena Hari Jadi pada September yang lepas. Jadi tawaran ini diberikan oleh pihak pengurusan Manchester United UK kepada aku sempena birthday.
Kad Keahlian Dan Cederahati Manchester UnitedDengan harga biasa, anda perlu membayar £35 untuk pakej keahlian dan cenderahati dewasa (Adult Member) dimana harga yang paling mahal. Tapi untuk hadiah hari jadi aku, Man Utd tawarkan potongan 50% iaitu menjadi £17.50 iaitu sekitar ~RM96 ketika itu. Ya! kurang dari RM100 setahun.
Disebabkan tawaran kurang seratus ringgit, aku beli la.
Dengan bayaran £17.50 aku dapat kad keahlian 2020/2021 dan juga Cenderahati Dewasa. Anda akan peroleh barangan eksklusif seperti wireless charger, review book 2019/2020, pen, pin logo MU, gloves dan juga kad keahlian. Box tu besi tau. Katanya kesemua barangan ini diperbuat dari bahan kitar semula. Nice! Bagi aku dengan harga kurang seratus, berbaloi la juga.
Pastinya anda akan diberi no. ahli dan keahlian ini hidup untuk setahun sahaja dan perlu diperbaharui atau renew setiap 31 Mei iaitu habis musim Premier League la kan
Sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan dengan daftar sebagai ahli penyokong Manchester United ni seperti diskaun tiket semusim, harga istimewa tour stadium Old Trafford, diskaun barangan di store dan macam-macam lagi.
Tapi kesemua ini banyak di Manchester sana la. Jadi tak boleh pakai bila ada di Malaysia ni. Harap dapat la pergi Old Trafford nanti.
Jadi untuk korang yang mempunyai minat yang sama pada pasukan Manchester United, anda boleh daftar keahlian juga jika berminat di laman web www.manutd.com sekarang. Pembayaran boleh dibuat menggunakan debit card sahaja. Macam aku sebelum ni guna BigPay yang pastinya caj pertukaran mata wang lebih rendah. Lagi berbaloi la.
Dinasihatkan seminggu selepas buat pembelian, anda emel pihak pengurusan Manchester United dan tanyakan status penghantaran merchandise anda ke Malaysia. Biasanya daripada UK ambil masa sebulan. Tapi untuk kali ini, ia mengambil masa dalam 2 bulan (September-November) dan barulah sampai ke rumah aku ni. Itupun selepas sebulan baru aku emel dan tanya. Atau mungkin disebabkan pandemik COVID-19 kan.
Jadi boleh lah jadikan sebagai kenangan dan kini aku boleh kutuk pemain MU yang main buruk secara rasmi. Barulah ada hak kan haha Inilah hadiah aku untuk tahun 2020 ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2020/12/kini-aku-sah-ahli-dan-penyokong-rasmi.html