Kilang Di Rawang Dikesan Punca Pencemaran Bau Di Sungai Selangor


FMT ReportersTangki plastik berisi buangan terjadual yang ditemui dalam premis sebuah kilang di Taman Velox, Rawang.PETALING JAYA: Pencemaran bau di Sungai Selangor semalam dikesan berpunca daripada sebuah kilang di Taman Velox, Rawang yang melupuskan buangan terjadual melalui lurang pembetung di dalam premis dan mengalir ke loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK), menurut sumber.
Sumber dalam pasukan siasatan bersama itu berkata, hasil pemeriksaan di kilang itu menemui 40 tangki air plastik mengandungi cecair pelbagai warna dan bau seakan-akan bau yang dikesan di loji rawatan kumbahan IWK serta 4 loji rawatan air yang dihentikan operasi semalam.
“Berdasarkan siasatan, premis itu disyaki menyimpan buangan terjadual seperti dakwat, cat dan pigmen.
“Premis itu juga didapati melupuskan buangan terjadual ini melalui lurang pembetungan di dalam premis,” sumber memberitahu FMT.
Katanya, 10 sampel buangan terjadual itu diambil dan laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, manakala Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita kilang itu kerana tidak mempunyai lesen.
Lurang pembetungan di dalam premis sebuah kilang di Taman Volex, Rawang.Pasukan siasatan bersama itu terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, polis, MPS, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor.
Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Zaini Ujang dipetik Bernama sebagai berkata, pencemaran bau di Sungai Selangor itu menyebabkan air loji rawatan kumbahan IWK di Taman Velox bertukar warna merah dan mengeluarkan bau seakan-akan bawang busuk.
Beliau berkata, pihaknya percaya terdapat industri berdekatan kawasan industri kecil dan sederhana di Taman Velox Rawang yang mengeluarkan efluen (sisa buangan) berwarna merah yang bertanggungjawab ke atas pencemaran bau itu.
   

“Loji kumbahan IWK ini hanya boleh merawat air kumbahan dari kawasan perumahan dan bukan cecair dari industri.
“Loji tidak dapat merawat air kerana pihak tidak bertanggungjawab membuang bahan industri dalam sistem pembentungan yang tidak boleh dirawat oleh loji,” katanya semalam.
IWK menafikan dakwaan ia terbabit dalam pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor, sebaliknya ia disebabkan pembuangan sisa haram oleh pihak ke-3.
Loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas tengah hari semalam yang menjejaskan 1,139,008 akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Ini ialah gangguan bekalan air ke-7 yang berlaku di Lembah Klang tahun ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/kilang-di-rawang-dikesan-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan 4 Disyaki Terbabit Pencemaran Bau Di Sungai Selangor

Polis Tahan 4 Disyaki Terbabit Pencemaran Bau Di Sungai Selangor

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 329 hits
Polis menahan 2 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kes pencemaran bau di Sungai Selangor PETALING JAYA Polis menahan 4 individu termasuk seorang lelaki Bangladesh kerana dipercayai ...
Bekalan Air Industri Ambil Jalan Mudah Punca Pencemaran Sungai

Bekalan Air Industri Ambil Jalan Mudah Punca Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 578 hits
Isu gangguan bekalan air di Lembah Klang yang berpunca daripada pencemaran bekalan air mentah dari sungai kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan persoalan mengapa pihak berkuasa masih buntu menangani masalah itu Terbaru S...
Polis Jumpa 40 Tong Bahan Buangan Disyaki Punca Sungai Selangor Tercemar

Polis Jumpa 40 Tong Bahan Buangan Disyaki Punca Sungai Selangor Tercemar

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 340 hits
Empat termasuk dua pengarah syarikat pembinaan jalan raya direman berhubung kejadian pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor 11 November 2020 Foto BernamaRAWANG 11 Nov Polis menemui 40 tong bahan buangan berjadual dalam sebuah premis d...
Pencemaran Sungai Selangor Lebih Satu Juta Pengguna Di 7 Wilayah Bakal Terjejas

Pencemaran Sungai Selangor Lebih Satu Juta Pengguna Di 7 Wilayah Bakal Terjejas

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 433 hits
Gambar hiasan CYBERJAYA 8211 Sebanyak 1 139 008 pengguna di 1 279 kawasan di tujuh wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 6 petang ini Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata gangguan
Disyaki Jadi Punca Pencemaran Air Kilang Makanan Diarah Henti Operasi

Disyaki Jadi Punca Pencemaran Air Kilang Makanan Diarah Henti Operasi

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 377 hits
SEBUAH kilang makanan diarahkan berhenti operasi oleh Jabatan Alam Sekitar kerana disyaki menjadi punca pencemaran minyak di Sungai Balah Selangor Difahamkan terdapat pelepasn air berwarna putih dari kilang tersebut melalui saluran paip baw...
Dua Beranak Punca Pencemaran Sungai Gong Didakwa Esok

Dua Beranak Punca Pencemaran Sungai Gong Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 312 hits
SHAH ALAM 2 NOV Dua beranak yang juga merupakan pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Selayang esok susulan pencemaran Sungai Gong dua minggu lalu Ketua jabatan siasatan jenayah Selangor berkata kedua duanya berusia 61 dan 31 tahun itu...
Premis Disyaki Punca Cemar Sungai Selangor Disita

Premis Disyaki Punca Cemar Sungai Selangor Disita

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM 11 NOV Majlis Perbandaran Selayang menyita premis disyaki menjadi punca pencemaran Sungai Selangor semalam kata Lembaga Urus Air Selangor Pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan bersepadu bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd...
Dron Bantu Pihak Berkuasa Kumpul Bukti Pencemaran Sungai

Dron Bantu Pihak Berkuasa Kumpul Bukti Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 289 hits
SHAH ALAM 31 OKT Teknologi dron digunakan untuk memantau pencemaran dan pencerobohan sungai di Selangor bakal membantu pihak berkuasa mengesan pesalah alam sekitar EXCO infrastruktur berkata gambar dirakam dron boleh digunakan untuk menghuk...
Luas Berjaya Kawal Pencemaran Air Sungai Di Hulu Kuang

Luas Berjaya Kawal Pencemaran Air Sungai Di Hulu Kuang

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 279 hits
Lembaga Urus Air Selangor dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Majlis Perbandaran Selayang berjaya mengawal pencemaran air di hulu Sungai Kuang berikutan kebakaran besar yang memusnahkan sebuah kilang pemprosesan plastik p...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi