Khidmat Cina Buta



Khidmat lelaki nikah cina buta diperlukan segera. Tugas jadi suami sementara atau suami ekspres kepada janda muda. Mesti sihat tubuh badan dan sanggup patuh kepada syarat yang ditetapkan. Upah khidmat cina buta boleh dirundingkan. Segala keperluan akan diuruskan.

Kisah gila talak berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan talak tiga sama ada sekaligus atau tiga kali bercerai. Pasangan ingin kembali hidup bersama sebagai suami isteri. Namun perkahwinan semula pasangan bercerai talak tiga tidak dibenarkan oleh syarak, melainkan telah berlaku beberapa keadaan yang ditetapkan. 

Suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semua, melainkan setelah bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sempurna. Maksud nikah yang sempurna ialah perkahwinan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan melalui tempoh perkahwinan sebagai pasangan suami isteri seperti lazimnya iaitu melakukan hubungan seks atau hubungan badan. 

Selepas bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya dan dianggap nikah yang sempurna. Dalam kes cina buta, tempoh perkahwinan ditetap untuk tempoh tertentu. Yang penting, mereka 'wajib' melakukan hubungan seks dalam tempoh masa itu.

Untuk melunaskan kehendak hukum agama itu, maka wujudlah apa yang dinamakan cina buta atau di Indonesia dikenali sebagai “Chindor Buta”. Cina buta diupah untuk menjadi suami sementara dan melakukan syarat ditetapkan oleh syarak itu bersetubuh dengan isteri dan kemudianya menceraikan bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami.

Sebab itu, ada perkahwinan cina buta hanya berjalan satu malam sahaja. Selepas mereka melakukan hubungan seks, maka suami baharu akan melafazkan cerai seperti dijanjikan atau ikut kontrak. Namun, lelaki cina buta akan menetapkan tarikh lebih lama sampai seminggu atau sebulan bagi membolehkan dia dapat lebih banyak kali melakukan hubungan seks dengan isteri ekspres itu sebelum diceraikan.

Memandangkan bukan mudah untuk mencari lelaki yang sanggup menjadi cina buta, tambah lagi dalam keadaan terdesak, maka ada individu yang menjadikan cina buta sebagai satu kerjaya. Lelaki menawarkan diri untuk menjadi cina buta.

Mereka menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Sebenarnya terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama berkaitan dengan cina buta. Mereka membahaskan sama ada nikah cina buta itu sah atau sebaliknya. Ulama berpendapat perkahwinan cina buta tidak sah kerana ia satu perkahwinan kontrak atau perkahwinan sementera yang ditetapkan tempoh perkahwinan.

Perkahwinan itu menyamai nikah mutah yang diharamkan dalam Islam. Perbezaan nikah mutah dengan nikah cina buta ialah nikah mutah tidak melibatkan saksi dan wali serta tiada mas kahwin, sedangkan nikah cina buta dilakukan mengikut hukum syarak seperti ada wali, saksi dan mas kahwinan. Malah ia didaftarkan mengikut undang-undang perkahwinan.

Soal sah atau tidak perkahwinan cina buta perlu dipandang penting untuk difahami. Jika tidak sah, maka implikasinya ialah persetubuhan pasangan bercina buta itu adalah haram. Mereka melakukan zina dan jika tersemai benih dan melahirkan anak, maka anak itu adalah anak zina. 

Begitu juga perkahwinan semula dengan bekas suami juga tidak sah kerana tidak menepati peraturan atau syarat bahawa bekas isteri itu perlu kahwin dan bersetubuh dengan suami barunya.

Sebab itu, ada pasangan bercerai talak tiga membuat perancangan teliti untuk memastikan mereka dapat kembali menjadi pasangan suami isteri biarpun terpaksa melalui cabaran dan tempoh masa lama.

Perkara yang dilakukan ialah bekas suami mencari lelaki yang benar-benar ingin mengambilnya sebagai isteri. Lelaki itu mengambilnya sebagai isteri bukan atas dasar kontrak atau cina buta dan melakukan hubungan seks dengan isterinya seperti sepatutnya.

Namun, di pihak isteri akan melakukan sesuatu yang tidak disukai suami agar berlaku masalah dalam rumah tangga. Kemuncak kepada masalah yang dicipta itu ialah berlaku perceraian yang tidak dirancang oleh suami.

Dalam kaedah itu, perkahwinan itu dianggap sempurna dan sah. Dalam kes seumpama itu, wanita itu dan sesiapa yang berpakat dengannya dianggap melakukan dosa, yaitu meminta cerai dari suami dan perbuatan penipuan yang dipercayai oleh suami baharu itu.

Cara terbaik untuk mengelak perkara ini ialah para suami perlu berhati-hati dalam melafazkan talak. Perkara itu bukan boleh dibuat main. 

Baginda Rasulullah SAW. Bersabda, “Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah perceraian”.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/vfh_21.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lain Ke Lain Orang Cina Panggil Tun M Lau Ma

Lain Ke Lain Orang Cina Panggil Tun M Lau Ma

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 227 hits
Selain membaca berita dan komen dari media sosial dlm bahasa Melayu dan Inggeris saya juga membaca dlm bahasa Mandarin Kerana saya fasih menulis dan membaca dlm bahasa Mandarin Sejak kebelakangan ini saya dapati hati nurani pengundi Cina yg...
Aset Melayu Di Jual Ke Cina Untuk Bayar Hutang Kerajaan

Aset Melayu Di Jual Ke Cina Untuk Bayar Hutang Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 547 hits
Agenda DAP Nak Rompak Aset Negara Mula2 gagalkan projek Masa Mahathir buat lawatan kat China korang ada nampak wakil DAP pergi sekali x Maka di potong program2 mesra rakyat batalkan projek potong elaun Felda nelayan dan petani tiada naik ga...
Perbezaan Orang Melayu Dan Orang Cina Apabila Dapat Kuasa Memerintah Malaysia

Perbezaan Orang Melayu Dan Orang Cina Apabila Dapat Kuasa Memerintah Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 860 hits
org cina bila dpt kuasa mereka perkasakan bangsa mereka org melayu bila dpt kuasa sibuk duk berebut pangkat DATUK Nampak KerajaanSepenggal
Dialog Taukeh Cina Dan Wartawan Melayu

Dialog Taukeh Cina Dan Wartawan Melayu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 697 hits
Sekadar untuk memperingati Sejarah Dalam sebuah majlis seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera anak beranak berketurunan India yang beke...
Sek Cina Berperuntukan Sek Islam Masjid Di Batalkan

Sek Cina Berperuntukan Sek Islam Masjid Di Batalkan

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 334 hits
2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yg gah dan tersergam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Tinggi Bukit Mertajam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kay Sin yang jelas dalam perlembagaan di nyatakan bukan kewajipan kerajaan untuk biayai men...
Majoriti Kaum Cina Lepaskan Kerakyatan Malaysia Untuk Jadi Warga Singapura Sejak 2 Tahun Lalu

Majoriti Kaum Cina Lepaskan Kerakyatan Malaysia Untuk Jadi Warga Singapura Sejak 2 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 580 hits
Kira kira seramai 7 828 individu yang merupakan rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka untuk menjadi warga negara Singapur sejak kebelakangan ini kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming Tidak mengejutkan apabila majoriti daripa...
Telur Herbal Teh Cina

Telur Herbal Teh Cina

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 571 hits
Telur Herbal Teh CinaBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan1 bungkus rempah telur herbal cina boleh di beli di pasaraya10 biji telur saiz kecil D atau E1 liter air2 sudu besar kicap manis1 2 sudu besar kicap pekat1 4 sudu teh garamCara car...
Padah Nak Cantik Pelajar Buta Dua Jam Selepas Bulu Mata Palsu Melekat Guna Gam Kuku

Padah Nak Cantik Pelajar Buta Dua Jam Selepas Bulu Mata Palsu Melekat Guna Gam Kuku

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 780 hits
20mata 20palsu ashx w 620 h 413 crop 1 Megan Rixson memberitahu dia tidak dapat melihat selama dua jam Foto Deadline News SEORANG pelajar di United Kingdom mendakwa tidak dapat melihat selama dua jam selepas kelopak matanya tertutup akibat ...
Puisi 59 Si Buta Yang Menulis Sajak

Puisi 59 Si Buta Yang Menulis Sajak

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 157 hits
Disebabkan saya suka puisi tapi tak cukup kreatif tak pandai create puisi Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi tapi tak cukup kosa kata yang mengancam So apalagi pinjam puisi orang lain lah hahaha puisi 59 si buta yang menulis sajakp...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment