Khemah Besar Siapa Berundiing Dengan Siapa


 

Kepartian sempit akan gagalkan ‘khemah besar’, kata penganalisis



Nora Mahpar -May 8, 2022     
Bagi gabungan ‘khemah besar’ mencatat kejayaan, pihak menyertainya perlu sanggup berkorban dengan mengetepikan semangat kepartian sempit demi kepentingan nasional.
PETALING JAYA: Pendekatan khemah besar hanya akan berjaya sekiranya parti berminat mampu mengetepikan semangat kepartian sempit demi kepentingan nasional.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata semangat kepartian itu dilihat masih menebal apabila ada pihak membayangkan kerjasama besar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan meletakkan pelbagai syarat.
Katanya, tidak mustahil gabungan dibentuk tanpa mengambil kira keutamaan negara itu bakal menyebabkan episod ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, bakal berulang dan politik negara terus berkecamuk.
Menurut Fauzi, untuk sebuah gabungan khemah besar mencatat kejayaan, pihak yang menyertainya harus sanggup berkorban dengan mengetepikan kepentingan sempit serta mengutamakan kepentingan negara secara keseluruhan.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.“Jika pun khemah besar berlaku tetapi kepentingan sempit tidak dapat diketepikan, apa gunanya kerana pembentukan kerajaan selepas PRU15 akan diselubungi seribu satu masalah dan perasaan tidak puas hati.
“Kalau ya pun kerajaan dapat dibentuk, kemungkinan besar ia tidak dapat bertahan lama. Maka, langkah mirip ‘Sheraton Move’ akan berulang, dan politik tetap tidak stabil,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Bersatu diketuai Muhyiddin Yassin sekali lagi, walaupun mendapat bantahan pimpinan gabungan itu yang menyatakan pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi PRU tidak boleh memasukkan parti-parti dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin juga memberi bayangan parti itu bersedia menyertai agenda ‘khemah besar’ dibawa blok pembangkang, dengan menyatakan kesediaan berunding dengan mana-mana parti bagi memastikan saingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN), pada PRU15.
Bagaimanapun, Presiden Amanah Mohamad Sabu, berkata pendekatan ‘khemah besar’ PH tidak seharusnya memasukkan gabungan parti politik yang membentuk kerajaan, sama ada Umno, Bersatu atau PAS.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, pula berkata sukar untuk PH bekerjasama dengan Bersatu berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, khususnya Langkah Sheraton.
Pendekatan khemah besar kembali hangat dibincangkan oleh setiap parti selepas Muhyiddin yang sebelum ini mengetuai Langkah Sheraton berjumpa dengan beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Pejuang, Warisan dan PH selepas kalah dalam beberapa siri PRN dipercayai sebagai usaha mewujudkan kerjasama politik, menjelang PRU15.
Noor Nirwandy Mat Noordin.Pakar perang saraf dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin, pula berpendapat trend sokongan pengundi muda berjumlah hampir 6 juta orang mungkin menjadi faktor dalam menentukan jajaran baharu selepas PRU15.
Katanya, parti yang mempunyai kecenderungan tertentu seperti lantang membawa suara anak muda berkemungkinan akan mempengaruhi berlakunya tsunami politik anak muda pada PRU akan datang, sekali gus menentukan hala tuju landskap politik negara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.
Bagaimanapun, sekiranya anak muda mengambil pendekatan sebagai pengundi pasif dan penyertaan mereka dalam arena politik tidak berlaku secara menyeluruh atau sekurang-kurangnya lebih 80% maka BN dan Umno sudah pasti mempunyai peluang amat cerah untuk menawan PRU15.
“Jika tiada anak muda ikon politik dari kedua-dua khemah besar maksudnya mereka merasakan politik bukan satu perkara menarik, akhirnya parti gergasi kembali mewarnai politik seperti pilihan raya umum lalu,” kata Nirwandy.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/khemah-besar-siapa-berundiing-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Pas Kekal Tidak Akan Sertai Khemah Besar Ph Sanusi

Keputusan Pas Kekal Tidak Akan Sertai Khemah Besar Ph Sanusi

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 145 hits
Keputusan Pas Kekal Tidak Akan Sertai Khemah Besar PH Sanusi Pas tetap dengan pendirian untuk tidak sesekali menyertai khemah besar politik yang dipelopori Pakatan Harapan meskipun telah berkali kali ditawarkan untuk menyertainya Pengarah P...
Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 138 hits
Ada pihak tertentu dalam PH nampaknya masih tak habis habis bercakap soal khemah besar dan mahukannya jadi kenyataan walaupun sambutan daripada pihak yang ingin dijemput itu kelihatan agak dingin Kecuali Bersatu yang tampak ada sedikit resp...
Muda Belum Buat Keputusan Sertai Khemah Besar

Muda Belum Buat Keputusan Sertai Khemah Besar

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 140 hits
GEORGETOWN Parti Ikatan Demokratik Malaysia belum membuat keputusan muktamad untuk terlibat sama dalam cadangan Khemah Besar bersama blok pembangkang lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presidennya Dr Teo Lee Ken...
Khemah Besar Menyingkap Daki Dan Pekung Diri Sendiri

Khemah Besar Menyingkap Daki Dan Pekung Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 182 hits
Kelemahan pembangkang adalah disebabkan perebutan kuasa bukan kerana tiada khemah besar Mahdzir Ibrahim Malaysia Now Segalanya bermula selepas 2013 apabila Pakatan Rakyat mula berantakan setelah gagal menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umu...
Rakyat Muak Konsep Khemah Besar Rugikan Pkr Kata Calon Ketua Pemuda

Rakyat Muak Konsep Khemah Besar Rugikan Pkr Kata Calon Ketua Pemuda

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 170 hits
PETALING JAYA Pendekatan khemah besar untuk pilihan raya umum ke 15 hanya merugikan PKR dan berisiko menggadaikan prinsip parti itu kerana rakyat jelas muak dengan permainan politik kata calon ketua Pemudanya Fahmi Zainol Buktinya kita kala...
Khemah Besar Rakyat Terima Atau Syok Sendiri

Khemah Besar Rakyat Terima Atau Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 171 hits
Majlis Presiden PH selesai mengadakan mesyuarat malam tadiKhemah besar Rakyat terima atau syok sendiri Posted By on April 24 2022Strategi khemah besar kembali diperkatakan secara vokal oleh sesetengah pemimpin Pakatan Harapan menjelang Pili...
Hadi Pas Tolak Sertai Khemah Besar Dengan Ph Kerana Ada Tikus Kucing

Hadi Pas Tolak Sertai Khemah Besar Dengan Ph Kerana Ada Tikus Kucing

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 172 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS berpendirian menolak kerjasama khemah besar dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke 15 Presidennya Abdul Hadi Awang berkata parti itu enggan bersama dengan parti parti dalam khemah besar PH yang dium...
Pas Tolak Khemah Besar Strategi Bersama Pkr Tak Akan Berulang Kata Sanusi

Pas Tolak Khemah Besar Strategi Bersama Pkr Tak Akan Berulang Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 176 hits
PETALING JAYA PAS tidak akan menyertai khemah besar yang dicadangkan Pakatan Harapan mengambil kira pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor Beliau berkata perbincangan berhubung kerj...
Isu Khemah Besar Kerjasama Dengan Bersatu Akan Dibincang Pimpinan Baharu Pkr Kata Saifuddin

Isu Khemah Besar Kerjasama Dengan Bersatu Akan Dibincang Pimpinan Baharu Pkr Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 179 hits
May 8 2022 Saifuddin Nasution Ismail yang juga calon timbalan presiden berkata PKR tetap berpegang kepada konsep keterbukaan PETALING JAYA Keputusan sama ada PKR bergerak solo berunding perang atau menjalin kerjasama hanya akan ditentukan k...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah