Khemah Besar Semoga Rafizi Tak Kena Cantas



Istilah “khemah besar” digunakan untuk menggambarkan keutamaan Anwar dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional pada PRU15.
Namun berlaku percanggahan antara beliau dan Rafizi, bilamana pada April lalu Rafizi menentang cadangan itu. Katanya, Langkah Sheraton pada Mac 2020 menunjukkan gabungan itu boleh dikhianati oleh parti komponen seperti yang dilakukan oleh Bersatu.
Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memenangi satu daripada empat jawatan naib presiden PKR berkata, pemilihan parti menunjukkan ahli PKR menolak strategi “khemah besar” dan “pakatan politik pintas” dengan pihak yang “berulang kali menolak pembaharuan, keadilan sosial serta semangat berbilang kaum”.
Kelmarin, Rafizi di dalam Facebooknya menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi melengkapkan barisan kepemimpinan sesi 2022-2025 dalam kalangan mereka yang menolak idea khemah besar.
Guan Eng mengulas mengenai penolakan idea "Khemah Besar" itu berkata “Itu dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar sewaktu pemukiman di Port Dickson. Itu faktanya. Kalau nak buat keputusan yang berlawanan, bermakna dia lawan Anwar lah,”
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pula berkata “Apa pasal nak tolak (khemah besar)? Kita nak bawa kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri itu berjaya. Kita nak semua parti pembangkang bersatu..
Apapun diharap Rafizi berhati-hati dengan tindakannya itu yang jelas melawan kehendak Anwar Ibrahim.. Bukalah lipatan sejarah dan lihatlah apa yang terjadi kepada individu-individu yang bertentangan kemahuan dengan Anwar Ibrahim..
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang mempertikaikan konsep khemah besar umpama menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana perkara tersebut diputuskan beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, konsep itu adalah alternatif untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus perlu diadakan bagi menyatukan pembangkang.
“Itu ialah keputusan yang dibuat oleh PH yang mana konsep khemah besar adalah ingin menyatupadukan parti pembangkang yang tulen.
“Itu dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar sewaktu pemukiman di Port Dickson. Itu faktanya. Kalau nak buat keputusan yang berlawanan, bermakna dia lawan Anwar lah,” katanya ketika dihubungi.
Kelmarin, bakal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di dalam Facebooknya menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi melengkapkan barisan kepemimpinan sesi 2022-2025 dalam kalangan mereka yang menolak idea khemah besar.
“Kita wajar memilih calon yang secara jelas menolak khemah besar. Sebahagian besar anggota PKR di seluruh negara pada dasarnya menolak khemah besar dan mahu PKR membina kekuatan sendiri.
“Undilah calon yang konsisten menolak khemah besar,” tulis Rafizi.
Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas isu ‘keluarga dalaman’ PKR itu sehingga kesemuanya dimuktamadkan pada 17 Julai ini.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut berkata, tiada sebab menolak konsep khemah besar kerana ia adalah persetujuan bersama dalam PH.
“Apa pasal nak tolak (khemah besar)? Kita nak bawa kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri itu berjaya. Kita nak semua parti pembangkang bersatu.
“Yang mana ingin kerjasama, kita pelawa. Yang tidak mahu, kita ucapkan terima kasih dan kita hormati,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/tolak-khemah-besar-semoga-rafizi-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Senarai Geng Tolak Khemah Besar Rebut Jawatan Mpp Pkr

Rafizi Senarai Geng Tolak Khemah Besar Rebut Jawatan Mpp Pkr

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 267 hits
July 12 2022 Rafizi Ramli berkata ahli PKR wajar memilih calon yang secara jelas menolak idea khemah besar PETALING JAYA Rafizi Ramli menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat bagi melengkapkan barisan kepimpinan untuk sesi 2...
Tolak Khemah Besar Bukan Tolak Semua Mahu Berkerjasama Rafizi

Tolak Khemah Besar Bukan Tolak Semua Mahu Berkerjasama Rafizi

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 254 hits
Pertelingkahan sama ada perlukah khemah besar atau tidak telah mewarnai naratif berkempen antara dua kem sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022 Bagaimanapun dengan pengakuan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dalam sidang media tengah hari ...
Senarai Gang Tolak Khemah Besar Lebih Jelas Tolak Parti Cinonet Nak Bertading 120 Kerusi Tapi Minta Macam Macam

Senarai Gang Tolak Khemah Besar Lebih Jelas Tolak Parti Cinonet Nak Bertading 120 Kerusi Tapi Minta Macam Macam

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 311 hits
Akmal Nasrullah Mohd Nasir bekas Ketua AMK dan Ahli Parlimen Johor Baharu yang berkelulusan tinggi mewakili generasi muda pertengahan dan professional yang perlu kita dekati Fahmi Zainol aktivis mahasiswa dan Ketua AMK Permatang Pauh yang b...
Khemah Besar Memang Sukar Dibentuk Saling Curiga Satu Sama Lain

Khemah Besar Memang Sukar Dibentuk Saling Curiga Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 309 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBeberapa kenyataan telah pun dibuat oleh Tun Mahathir dia terima apa sahaja gabungan asalkan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Walaupun parti Anwar lebih banyak kerusi tapi Tun Mahathir ada lah Tun Mahathir tidak seda...
Ingatan Buat Ph Haramkan Diri Bercakap Soal Khemah Besar Ph Mesti Berhenti Melayan Karenah Parti2 Cenonit

Ingatan Buat Ph Haramkan Diri Bercakap Soal Khemah Besar Ph Mesti Berhenti Melayan Karenah Parti2 Cenonit

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 229 hits
Rasanya sudah hampir kali yang ke 1000 kita mendengar pemimpin parti di luar PH bercakap dengan nada yang sama tentang khemah besar Nadanya tidak lain ialah mereka memang setuju dengan khemah besar tapi tidak setuju jika Anwar Ibrahim jadi ...
Pejuang Setuju Pendekatan Khemah Besar Tapi Tolak Anwar

Pejuang Setuju Pendekatan Khemah Besar Tapi Tolak Anwar

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 301 hits
Pejuang menolak idea bahawa presiden PKR Anwar Ibrahim harus mengetuai pembangkang jika pendekatan khemah besar dipersetujui untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Mengulas mengenai pendekatan khemah besar itu Timbalan Preside...
Tiada Khemah Besar Tidak Semestinya Tolak Sekutu

Tiada Khemah Besar Tidak Semestinya Tolak Sekutu

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 333 hits
Tiada khemah besar tidak semestinya tolak sekutuPosted By on July 18 2022Pertelingkahan sama ada perlukah khemah besar atau tidak telah mewarnai naratif berkempen antara dua kem sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022 Bagaimanapun dengan pengakua...
Kalau Tidak Mahu Anwar Kira Bukan Khemah Besar Lagi Tak Payah La Nak Ajak Parti Cinonet Tu

Kalau Tidak Mahu Anwar Kira Bukan Khemah Besar Lagi Tak Payah La Nak Ajak Parti Cinonet Tu

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 280 hits
Kalau tidak mahu Anwar kira bukan khemah besar lagiSinar HarianJulai 12 2022 Khalid berkata pendekatan khemah besar membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan BN dan PN Foto failSHAH ALAM Pengarah Kom...
Pembangkang Kena Ada Persefahaman Khemah Besar Walaupun Bukan Penyatuan Parti

Pembangkang Kena Ada Persefahaman Khemah Besar Walaupun Bukan Penyatuan Parti

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 371 hits
Pemimpin pembangkang dari parti lain harus serang umno zahid najib bertubui tubi jangan biarkan Rafizi buat kerja sorang DAN yang lain nak tumpang tui dan cakap lawa Kita tak boleh biarkan Najib bermaharajelela Sebab itu bermula hari ini tu...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu