Khasiat Teh Yerba Mate Tinggi Anti Oksidan


Teh Hijau Argentina juga disebut sebagai Yerba Mate dengan nama saintifiknya Liex paraguariensis, berasal dari Amerika Selatan dan daunnya telah dijadikan minuman dan ubat tradisional sejak dahulu kala kerana kandungan khasiatnya yang menakjubkan.


Teh ini mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh manusia seperti zat mineral, Lemak Asid, klorofil, Polyphenol, Asid Pantothenik dan 15 jenis Asid Amino.

Yerba Mate bukan sebarangan teh seperti yang anda minum di mana-mana restoran, dan ia memang ajaib kerana boleh membantu merawat pelbagai penyakit manusia terutama mencuci segala racun dan mengurangkan keasidan (rasa masam) dalam tubuh manusia.

KEBAIKAN MINUMAN TEA HIJAU ARGENTINA

Tea Hijau Argentina Yerba Mate ini jika diamalkan boleh membantu merawat penyakit.

1. Menguatkan ketahanan tubuh untuk malawan penyakit.

2. Membersihkan darah yang kotor.

3. Menghilangkan/menghancurkan batu karang di buah pinggang.

4. Menurunkan kadar gula/ kencing manis.

5. Membuang kolesterol berlebihan.

6. Membuang segala racun dalam darah.

7. Membuang segla Urik asid yang menyebabkan Gout/sakit sendi.

8. Anti barah/anti kanser kerana mengandungi Polyphenol.

9. Deuritik/melancar pembuangan air kencing.

10. Membantu menguatkan otot jantung.

11. Membantu melegakan insomnia (susah hendak tidur).

12. Mempercepat pengoksidaan lemak/pembakaran lemak.

13. Mengurangkan berat badan berlebihan.

Sebagai kesimpulannya Tea Yerba Mate berfungsi mencuci segala kotoran dan racun dalam darah/buah pinggang dan tubuh manusia serta mencuci usus dari racun.

CARA PENGGUNAAN

Ambil seuncang teh, masukkan ke dalam jug, bekas air dan tuang air suam atau air panas sebanyak 4 gelas.

Minumlah sekeluarga tanpa sebarang pantang larang. Hampas teh boleh diminum atau dijadikan mask bagi menghilangkan jerawat atau menghaluskan muka.

ASAL-USUL YERBA MATE

MATE' atau Ilex paraguariensis merupakan sejenis tumbuhan di bawah keluarga AQUIFOLACEAE yang terdapat di benua Amerika Selatan yang daunnya digunakan sebagai bahan minuman teh semenjak dahulu kala oleh orang-orang tempatan sebelum di jadikan komoditi bahan minuman oleh orang Eropah.

Tumbuhan yang berasal dari Selatan Brazil, Paraguay, Uruguay, Bolivia dan Argentina ini mungkin tidak diketahui ramai di Malaysia.

Tumbuhan Mate ini lebih di kenali secara komersial dengan nama 'Yerba Mate' oleh orang Sepanyol dan 'Erva Mate' oleh orang Portugis.

Ciri-ciri pokok

Tumbuhan Yerba mate' merupakan jenis pokok rendah atau juga boleh dikatakan sebagai pokok renek (shrubs) yang mampu mencapai ketinggian sehingga 6 meter.

Tumbuhan ini mempunyai daun berwarna hijau yang berukuran 7-11 cm panjang dan 3-5 cm lebar dengan urat daun yang sangat ketara.

Bahagian daun ini merupakan bahagian penting yang digunakan sebagai 'teh' kerana mengandungi kafien (Caffiene)

untuk kegunaan sebagai perisa minuman semenjak dulukala oleh orang-orang tempatan di Benua Amerika Selatan.

Batang tumbuhan ini adalah pokok berkayu yang mempunyai banyak cabang dan warna kulit kayu coklat gelap kehitaman.

Akar pokok merupakan akar tunjang yang masuk agak dalam tanah (Deep rooted tree).

Bunga pokok Mate' ini berbentuk jambak berwarna kuning keputihan dengan 4 kelopak dan banyak stamen ditengahnya.

Buah berbentuk bulat seperti buah cherry berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Setiap buah mengandungi sebiji benih sahaja.

Pada asalnya tumbuhan ini hanya tumbuh liar sahaja dan daun dikutip setiap 3-4 tahun sekali untuk di proses dijadikan teh secara tradisional.

Keseluruhan dahan serta daun di potong dan di keringkan dengan menyusun dekat dengan api sehingga kering (Toasted).

Daun Mate yang telah kering ini akan dikumpulkan dan disimpan untuk beberapa lama bagi menghasilkan aroma yang dikehendakki.

Setelah kering daun ini akan dikisar secara manual dan digunakan sebagai bahan perasa seperti minuman teh oleh penduduk tempatan secara tradisional.

Lazimnya dengan cara ini kandungan caffien dalam daun tinggal 2 % sahaja dengan aroma yang menyelerakan dan agak pahit sedikit.

Kini industi minuman ini telah dimodenkan oleh penjajah Eropah dengan menggunakan Teknik 'Infusion' bagi meningkatkan lagi kualiti produk tersebut.

Kaedah yang digunakan ialah dengan mengukus (steming) daun Mate' dengan suhu panas dalam bekas atau alat khas yang dipanggil sebagai 'Guampa' oleh orang Sepanyol, 'Zucca' oleh orang Itali dan 'Cabaca' oleh orang Portugis.

Mate sedap diminum dengan air panas untuk mendapatkan rasa dan aroma yang optima. Minuman ini juga boleh di minum dengan ais jika berminat tetapi rasa pahit yang ada tetap ada.

Terdapat juga peminat yang mencampurkan dengan beberapa perisa lain seperti perasa 'papermints' bagi menambahkan kelazatan minuman ini.

Pada masa kini Mate telah dikomersilkan dengan menanam secara komersial di beberapa negara seperti Uruguay, Paraguay, Peru, Chile, Brazil dan Argentina dan banyak digunakan oleh negera Meditrenean seperti Syria, Lebanon dan Jordan.

Rakyat dinegara Arab mengemari minuman ini kerana kandungan kafien dan tidak memabukkan seperti minuman dari pokok Cola (Cola acuminata).

Pengeluar utama

Pada masa ini 62% pengeluaran Yerba mate dari Argentina diikuti dengan Brazil (34%) dan Paraguay (4%) dengan penghasilan sebanyak 33,700 mt pada tahun 2009. Daripada jumlah tersebut sebanyak 34% di ekspot ke Syria.

Pengeluaran produk ini dijangka meningkat berkali ganda dengan kadar permintaan yang tinggi dari negara-negara timur tengah.

Malaysia mungkin berpeluang mengusahakan tanaman ini jika ada usaha untuk memajukan sebagai salah satu daripada tanaman minuman yang berkhasiat pada masa akan datang.

Kajian menunjukkan beberapa 3 unsur penting iaitu Xanthines iaitu Caffiene,

Theobromines dan Theophyllines. caffiene adalah paling utama dengan 0.7-1.7% kandungan berat kering lebih tinggi berbanding dengan Daun Teh (Camellia sinensi) cuma mengandungi 0.4-9.0% sahaja.

Kandungan caffein dalam kopi (Coffea spp) adalah sebanyak 3.2% berat kering sementara sebanyak 2.5-7.6% berat kering didalam bahan Guarana (paling tinggi).

Bahan Xanthines ini dipercayai dapat berfungsi sebagai bahan yang merehatkan tisu otot dalam badan manusia (relaxation effects) apabila diminum dan memudahkan kita berehat.

Anti-oksidan

Kajian lanjut menunjukan bahan Yerba mate ini mengandungi Anti-oksidan yang tinggi dan mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Kesan terhadap serangan penyakit jantung juga di dapati berkesan kerana pengambilan minuman ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin CApa Sebenarnya AntiOksidan Dan Kepentingannya Untuk Kesihatan?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/khasiat-teh-yerba-mate.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatankuasa Kuil Seafield Fail Semak Keputusan Mahkamah Tinggi

Jawatankuasa Kuil Seafield Fail Semak Keputusan Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 264 hits
Jawatankuasa kuil Seafield fail semak keputusan Mahkamah Tinggi Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 15 Feb 2
Minyak Hampiri Paras November 2018 Tinggi Susulan Keyakinan Dagangan Dan Data Dari China

Minyak Hampiri Paras November 2018 Tinggi Susulan Keyakinan Dagangan Dan Data Dari China

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 298 hits
Harga minyak semakin melonjak ke paras tertinggi bulan November 2018 mengenai gelombang jangkaan optimistik terhadap perkembangan dalam rundingan perdagangan dua ekonomi dunia terbesar Amerika Syarikat dan China Pada hari Khamis sebut harga...
Honor Perawat Di Pelosok Harusnya Lebih Tinggi Daripada Di Kota

Honor Perawat Di Pelosok Harusnya Lebih Tinggi Daripada Di Kota

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 551 hits
Senyumperawat com Sudah selayaknya memang honor perawat di pelosok lebih tinggi Ketua Komisi IX DPR Dede Yusuf Macan Effendi meminta pemerintah untuk lebih jeli dalam pendistribusian tenaga kesehatan Mengingat masih tingginya ketimpangan la...
Sebelum Kahwin Bukan Main Sweet Bila Dah Kahwin Ego Tinggi Macam Langit

Sebelum Kahwin Bukan Main Sweet Bila Dah Kahwin Ego Tinggi Macam Langit

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1011 hits
Sebelum Kahwin Bukan Main Sweet Bila Dah Kahwin Ego Tinggi Macam Langit Kaum perempuan kalau nak cari calon carilah lelaki yang caring terhadap keluarga dia Selalu bertanggungjawab terhadap keluarga dia Mak ayah dia layan dengan baik In Sha...
Telur Belangkas Dapat Permintaan Tinggi

Telur Belangkas Dapat Permintaan Tinggi

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 2717 hits
Belangkas kini mendapat permintaan tinggi penggemar makanan eskotik Tengok pada bentuk badan ramai tidak menyangka isi dan telur belangkas boleh dimakan Daging dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak Biasanya dibuat g...
Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 539 hits
Peguam Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membantah permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes rasuah dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah l...
Kerajaan Menyasarkan Internet Berkelajuan Gigabit Di Sejumlah Lokasi Berimpak Tinggi Pada Tahun Hadapan

Kerajaan Menyasarkan Internet Berkelajuan Gigabit Di Sejumlah Lokasi Berimpak Tinggi Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 328 hits
Pada acara Kuala Lumpur Digital Content Anti Piracy Summit hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berkongsi sejumlah data berkaitan dengan kandungan digital dan pada masa yang sama menyentuh secara ringkas berkaitan sambu...
Risiko Rabun Jauh Dan Juling Lebih Tinggi Sekiranya Anak Main Gajet Lebih 2 Jam Seminggu

Risiko Rabun Jauh Dan Juling Lebih Tinggi Sekiranya Anak Main Gajet Lebih 2 Jam Seminggu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 593 hits
Kebanyakan kanak kanak sekarang mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal penggunaan gajet dalam tempoh terlalu lama Perkara ini bukan main main tapi benar berlaku Mungkin sekarang ibu bapa ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization