Khasiat Pokok Semelit Jekuk Antara Merawat Darah Tinggi Malaria Asma Dan Lain Lain
NAMA TEMPATAN : SEMELIT JEKUK
NAMA BOTANI : BREYNIA DISEIGERANAMA LAIN : KATUT SELAYAR, SAGA MONYETLOKASI DITEMUI : BELUKAR DAN SEMAK SAMUNJENIS TUMBUHAN : TUMBUH LIAR DI HUTANASAL: TUMBUHAN TEMPATAN
Semelit Jekuk bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Walau bagaimanapun ini mempunyai banyak khasiatnya dari segi perubatan tradisional. Tumbuhan ini adalah tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter
Tumbuhan ini sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Pokok Semelit Jekuk boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok Semelit Jekuk selalunya ditut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan. Bunganya yang berbau tengik merupakan produk utama tumbuhan ini
KHASIATNYA:
Minyak ekstrak dari Semelit Jekuk dipercayai baik dan banyak dalam perubatan aroma dan banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merehatkan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). Ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid. Tumbuhan ini juga mampu menurunkan tekanan darah, dan boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi
Minyak Semelit Jekuk juga boleh digunakan dalam industri kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghilangkan kelemumur
Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia. Selain itu, Semelit Jekuk juga dipercayai berkhasiat untuk mengatasi masalah mati pucuk bagi lelaki dan frigid bagi wanita. Ia juga dikatakan berkesan apabila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria, bronkitis dan asma
Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan ke dalam segelas air panas yang mendidih dan ditutup, tapis dan miunum apabila telah sejuk. Untuk sesak nafas pula, segenggam daun Semelit Jekuk direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir sehingga tinggal segelas air, tapis dan minum airnya waktu pagi dan malam
Untuk bronkitis, segenggam daun Semelit Jekuk direbus dengan dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam. Oleh kerana bunganya mempunyai bau tengik yang amat kuat, pengguna dinasihatkan agar tidak mengambilnya sevara berlebihan kerana boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala
Sumber : Buku khasiat Tumbuhan Herba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.krissmerah.com/2019/10/khasiat-pokok-semelit-jekuk-antara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29