Khasiat Minyak Zaitun





Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1.    Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2.    Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3.    Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Sumber:  http://tayibah.com/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adamayu.blogspot.com/2014/12/khasiat-minyak-zaitun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Goreng Berlada Tahi Minyak

Resepi Ayam Goreng Berlada Tahi Minyak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 296 hits
Bahan A1 cawan santan di masak hingga hampir kering1 2 ekor ayam potong 8 dilumur garam kunyit goreng hingga garingBahan B100g ibu sambal citra klasik4 bj buah keras blender hingga halusBahan Csedikit minyak utk menumis1 labu bawang besat p...
Rm5 00 Free Isi Minyak Di Petronas

Rm5 00 Free Isi Minyak Di Petronas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 127 hits
RM5 00 FREE INSTALL SEKARANG Setel get RM5 worth of fuel bonus in Klang Valley Pay for fuel from your car at any PETRONAS station in Klang Valley Just Setel RM30 and enjoy RM5 fuel bonus using my referral code 8gpdm Get it now Klikhttps www...
Cara Isi Minyak Guna Aplikasi Setel Petronas

Cara Isi Minyak Guna Aplikasi Setel Petronas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 121 hits
Zaman dimana teknologi dihujung jari pembelian dan pembayaran kini tertumpu secara atas talian dan bayaran tanpa tunai Petronas juga tidak mahu ketinggalan dalam arena e wallet melalui aplikasi Setel Setel merupakan aplikasi pembayaran untu...
Harga Minyak Turun Kepada Rm1 50 Seliter Bermula 1 Februari

Harga Minyak Turun Kepada Rm1 50 Seliter Bermula 1 Februari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 120 hits
Berikutan kejatuhan harga minyak dunia yang semakin merudum harga petrol di malaysia akan turun sebanyak 20 sen hingga 50 sen bermula februari ini
Tempahan Facebook Cover Swera 100 Minyak Argan Asli

Tempahan Facebook Cover Swera 100 Minyak Argan Asli

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 172 hits
Salam semua hari ini kozumi nak kongsikan hasil design facebook cover yang telah ditempah oleh owner page 100 Minyak Argan Asli Agak lama kozumi tidak menerima mana mana tempahan sejak tahun lepas atas sebab kesibukan dalam menguruskan bisn...
Minyak Ron92 Bakal Diperkenalkan Semula

Minyak Ron92 Bakal Diperkenalkan Semula

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 79 hits
Untuk makluman RON92 telah dimansuhkan pada 2009 Malaysia akan dianggap sebagai mengambil langkah terkebelakang sekiranya petrol RON92 yang pernah ditarik dari pasaran sebelum ini diperkenalkan semula memandangkan ia mempunyai kesan negatif...
Cara Mudah Nak Tahu Sebelah Mana Tangki Minyak Kereta Kita Tenangsudey

Cara Mudah Nak Tahu Sebelah Mana Tangki Minyak Kereta Kita Tenangsudey

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 192 hits
Memang selalunya kan bila naik je kereta da sampai kat stesen minyak kita tercari cari belah kiri ke kanan tangki minyak kereta kita naik Jadi tadi ada terpandang kat newsfeed FB ada kongsikan cara mudah seperti dalam gambar bawah Tempat na...
Apa Rumus Kimia Minyak Goreng

Apa Rumus Kimia Minyak Goreng

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 568 hits
Gliserida Gliserida adalah ester dari Gliserol dengan asam asam lemak Memiliki rumus struktur sebagai berikut Dengan gugus R1 R2 dan R3 adalah rantai hidrokarbon yang terdiri dari 3 sampai 23 atom karbon tetapi yang paling umum di jumpai ad...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil