Khasiat Limau Kasturi Tinggi Antioksidan


Tidak siapa menyangka dengan saiz yang kecil, buah limau kasturi sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji epal hijau. Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya.


Khasiatnya tidak terhenti di situ sahaja, limau kasturi juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan misalnya dijadikan sebagai bahan untuk mengatasi masalah badan berbau, mengurangkan masalah kelemumur dan menguruskan badan.

Bahan aktif di dalam limau kasturi amat jarang ditemui dalam limau-limau lain dan tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Floretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos.

Namun, kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi dengan kandungan Floretin-G paling tinggi.

Bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih.

Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G dalam produk ini masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini yang telah dijalankan.

Kajian preklinikal ke atas produk limau kasturi juga menunjukkan ia boleh menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.

Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi.

AntiOksidan

Antara bahan penting dalam produk makanan dan minuman kesihatan adalah bahan antioksidan yang boleh merencatkan (tetapi tidak menghalang sepenuhnya) pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses pengoksidaan tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan radikal bebas.

Apabila kandungan radikal bebas tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan fenomena ini sering dikaitkan dengan penyebab penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Sebenarnya, keberkesanan sesuatu produk antioksidan tidak diukur dari tinggi nilai antioksidan yang tertulis pada label semata-mata, tetapi bergantung kepada keupayaan tubuh manusia memetabolisma atau memecahkan bahan antioksidan kepada bahan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik dan seterusnya diserap dalam badan.

Kebanyakan makanan dan minuman yang tinggi bahan antioksidan mengambil masa yang agak lama untuk dimetabolismekan kepada asid fenolik dalam usus besar iaitu lebih kurang lima hingga 24 jam.

Keupayaan tubuh memetabolismekan bahan antioksidan yang berstruktur besar juga akan berkurang dengan kehadiran bahan matrik makanan seperti lemak dan protein.

Sebagai contoh, jika seseorang mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan antioksidan, diikuti pengambilan bahan berlemak atau tinggi protein, maka bahan antioksidan tidak dapat dimetabolismekan atau dipecahkan kepada asid fenolik.

Ini kerana bahan antioksidan akan diikat dengan lemak atau protein dalam perut dan tidak dapat dimetabolismekan dalam usus besar oleh bakteria yang dikenali sebagai mikroflora.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Sebenarnya AntiOksidan Dan Kepentingannya Untuk Kesihatan?Potensi Lumayan Tanaman Limau Kasturi
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/01/khasiat-limau-kasturi-tinggi-antioksidan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Limau Kasturi

Khasiat Limau Kasturi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 404 hits
Biarpun bentuk dan saiz ini kecil namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya Rata rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling ...
Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 593 hits
Kelebihan Limau Kasturi Untuk DiriLimau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minu...
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas

Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 631 hits
Korang kalau tak tahu nak makan lauk apa dah silalah cuba buat lauk yang simple je Kena ada rasa masin dan pedas sikit Tentu berselera Misalnya kerabu ikan bilis yang dicampur limau kasturi Selain itu boleh juga limau kasturi dalam kerabu i...
Limau Kasturi Boleh Di Jadikan Ubat Berikut 7 Jenis Ubat Boleh Digunakan Rileks Media

Limau Kasturi Boleh Di Jadikan Ubat Berikut 7 Jenis Ubat Boleh Digunakan Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 722 hits
Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya Rata rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidanga...
Air Kordial Buah Limau Kasturi Keluaran Usahawan Muslim

Air Kordial Buah Limau Kasturi Keluaran Usahawan Muslim

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1126 hits
Assalam komrad semua Hari ni aku tak nak cerita banyak yang penting korang baca je entri ni terus berdesup sampai lebam viralkan produk keluaran Muslim ni Air Kordial Buah Limau Kasturi Air Limau Kasturi ni segarkan badan sesuai sangat jeni...
Eur Usd Menghampiri Had Lebih Tinggi Pada Carta Harian Adakah Ia Akan Ditembusi 31 Januari 2019

Eur Usd Menghampiri Had Lebih Tinggi Pada Carta Harian Adakah Ia Akan Ditembusi 31 Januari 2019

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 400 hits
Sejak Jun 2018 pasangan mata wang EUR USD telah melakukan pergerakan harga mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun Pengukuhan harga yang kecil telah dikekalkan dalam Flag Channel yang digambarkan Pada 13 November pasangan mata wang EU...
Alumni Perguruan Tinggi Se Indonesia Deklarasi Dukung Prabowo Sandi

Alumni Perguruan Tinggi Se Indonesia Deklarasi Dukung Prabowo Sandi

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 339 hits
Alumni Perguruan Tinggi seluruh Indonesia melakukan deklarasi nasional untuk pemenangan Calon Presiden Calon Wakil Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto Sandiaga Salahuddin Uno Acara ini digelar di Padepokan Silat TMII Jakarta Timur
Prabowo Minta Alumni Perguruan Tinggi Ikut Jaga Tps 17 April

Prabowo Minta Alumni Perguruan Tinggi Ikut Jaga Tps 17 April

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 196 hits
Capres nomor urut 02 Prabowo Subianto meminta kepada para alumnus perguruan tinggi seluruh Indonesia berjuang bersama dengan mengawal tempat pemungutan suara saat Pemilu 17 April nanti
Info Bmkg Waspada Gelombang Tinggi Capai 6 Meter Di Beberapa Wilayah Berlaku 27 30 Januari 2019

Info Bmkg Waspada Gelombang Tinggi Capai 6 Meter Di Beberapa Wilayah Berlaku 27 30 Januari 2019

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 323 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika memberikan informasi peringatan dini gelombang tinggi di beberapa wilayah perairan Indonesia Peringatan tersebut dikeluarkan BMKG pada Minggu dan berlaku pada 27 30 Januari 2019 BMKG menjelaskan a...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik