Khasiat Gula Kabung Selain Rasanya Yang Enak


Manisan Gula Kabung dibuat dari nira atau tuak pokok kabung dan seakan-akan sama dengan gula melaka, gula pokok nipah dan gula pokok tar, semuanya dalam kategori pokok palma kerana boleh menghasilkan tuak atau nira mengikut proses tertentu.


Pokok kabung juga dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor). Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan dan kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung, hampir sama cara mendapatkan nira nipah.

Air nira yang ingin dibuat gula kabung biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau.

Mengacau semasa memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol, cuma bezanya adalah masa untuk mengacau gula kabung lebih singkat.

Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari kawah.

Keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu.

Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman.

Khasiat Gula Kabung

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa atau gula tebu kerana mengandungi kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir.

Selain itu gula kabung kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein.

Memandangkan kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak-kanak.

POKOK KABUNG

Pokok kabung, sejenis pokok palma juga dikenali sebagai pokok Enau atau nama saintifiknya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding pokok daripada spesies palma yang lain.

Mengikut kata orang tua, pokok kabung yang tumbuh di tepi paya atau di tepi sungai, mempunyai kualiti air nira yang sederhana berbanding yang tumbuh di kawasan caruk, lembah mahu pun di kaki bukit yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah dibahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula kabung dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

Pastikan air nira kabung tersebut bewarna jernih, jika warna agak kemerahan, air nira tersebut tidak berkualiti.

BUNGA JANTAN

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.

Ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

CARA MENGHASILKAN GULA KABUNG

Sigai yag diperbuat dari buluh, pengikat mayang kabung dari akar rotan seni, tabung buluh serta parang yang tajam akan digunakan untuk mengambil nira kabung.

Parang yang tumpul akan menyebabkan mayang yang dipotong bergerigi dan kualiti air nira akan terjejas.

Setelah itu, mayang kabung dilenturkan sedikit demi sedikit. Ianya akan diikat dengan rotan sebelum proses memotong mayang. Seterusnya, air nira ditakung ke dalam tabung buluh yang sepanjang 3 kaki.

Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit daun manggis/kulit manggis untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Ada juga yang menggunakan akar laru untuk mencegah air nira menjadi masam.

DUA KALI SEHARI

Air nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 5 liter sehari.

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

GULA KABUNG

Proses memasak memakan masa yang agak lama. Dapur kayu digunakan bagi menjaga kualiti, mengekalkan ketradisionalan dan membangkitkan aroma bau gula kabung tersebut.

Gula kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.

Antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, kuih keria, dodol, pulut kacau@wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol, perapan daging atau ikan, juga enak apabila dicampurkan bersama kopi O.

Gula kabung yang siap dimasak, dibiarkan keras dan kemudian akan dibungkus dengan pucuk daun kabung yang dikeringkan.

Rasanya mungkin agak sama seperti gula melaka, cuma gula kabung terhasil dari air nira pokok kabung, manakala gula melaka dari air nira pohon kelapa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Ketahui Bahaya Gula HFCS Dalam Makanan Harian KitaJenis-jenis Dan Sumber Gula Yang Anda Wajib Tahu
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/khasiat-gula-kabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Khasiat Daun Ketumpang Air Selain Dari Merawat Kayap Dan Gout Sedap Buat Ulam

Inilah Khasiat Daun Ketumpang Air Selain Dari Merawat Kayap Dan Gout Sedap Buat Ulam

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 632 hits
Ketumpang air atau sirih cina merupakan tanaman herba kaya khasiat Namun ramai beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah celah tanaman lain Hakikatnya tanaman herba ini mempunyia kandungan asid amino lysine leucin...
5 Jenis Nyamuk Yang Juga Harus Diwaspadai Selain Aedes Aegepty

5 Jenis Nyamuk Yang Juga Harus Diwaspadai Selain Aedes Aegepty

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 210 hits
Kepala Unit Kajian Pengendalian Hama Pemukiman dari Institut Pertanian Bogor Prof Drh Upik Kesumawati menjabarkan beberapa jenis nyamuk selain Aedes aegypti yang dapat menyebabkan penyakit berbahaya selain DBD
Bila Panas Selain Ruam Batuk Berkahak

Bila Panas Selain Ruam Batuk Berkahak

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 496 hits
Apabila cuaca panas selain ruam anak akan kena batuk berkahak Kadang kadang tu sampai semput Kejadian ini akan berulang dan berulang Apabila cuaca panas kita akan pasang kipas kuat Angin yang kuat akan buat tekak kering seterusnya jadi batu...
Tahukah Anda Selain Teori Flat Earth Ada Yang Dakwa Bumi Bentuk Donut Gergasi

Tahukah Anda Selain Teori Flat Earth Ada Yang Dakwa Bumi Bentuk Donut Gergasi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 535 hits
Teori ini pernah menjadi perdebatan golongan FE sejak 2012 Bentuk sebenar bumi sering menjadi berdebatan orang ramai sejak dari dahulu Walaupun kita diajar bahawa bumi mempunyai bentuk sfera namun ramai juga yang berpegang kepada teori baha...
Inilah 6 Sebab Bawah Mata Jadi Hitam Selain Alasan Kurang Tidur

Inilah 6 Sebab Bawah Mata Jadi Hitam Selain Alasan Kurang Tidur

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 337 hits
Kebiasannya apabila seseorang mengalami mata panda dia selalu akan mendakwa bahawa dia tidak tidur Walaupun ada sebab sebab lain yang boleh menyebabkan masalah kesihatan Lingkaran mata hitam sangat biasa bagi seseorang Terutama dengan berta...
Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah

Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1229 hits
Bahan Lapisan Bawah 2 cawan ubi kayu yang sudah diparut1 cawan gula merah1 cawan air3 helai daun pandan Cara Memasak Lapisan Bawah 1 Masukkan gula merah air dan daun pandan ke dalam periuk 2 Masak hingga gula larut tutup api dan sejukkan 3 ...
Bertemu Jokowi Petani Minta Harga Gula Naik Menjadi Rp 10 500 Per Kg

Bertemu Jokowi Petani Minta Harga Gula Naik Menjadi Rp 10 500 Per Kg

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 311 hits
Idealnya Bulog membeli gula petani dengan harga Rp 10 500 per kg sesuai biaya pokok produksi Selain itu petani juga mengeluhkan sikap Bulog yang hanya membeli gula petani yang berafiliasi dengan BUMN dengan harga Rp 9 700 per kg Sementara g...
Kebiasaan Konsumsi Gula Berlebihan Pada Anak Bisa Picu Masalah Jantung

Kebiasaan Konsumsi Gula Berlebihan Pada Anak Bisa Picu Masalah Jantung

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 240 hits
Energi dari minuman manis itu cepat masuk ke dalam darah sehingga menyebabkan anak menjadi hiperaktif setelah itu anak akan lemas dan butuh asupan energi lagi Akibatnya anak akan terus terusan minum yang manis kata pakar nutrisi Saptawati B...
Ais Krim Dua Bahan Hanya Guna Yogurt Dan Epal Tiada Gula Tambahan Sesuai Untuk Anak

Ais Krim Dua Bahan Hanya Guna Yogurt Dan Epal Tiada Gula Tambahan Sesuai Untuk Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 823 hits
Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk sejuk Lagi best kalau anak anak dapat buat sendiri makanan tu Dapat la sekali sekala belajar guna bahan kat dapur Belajar bab sukatan Ingat steps nak buat makanan tu Latih kemahiran berf...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities