Khasiat Dan Fakta Kacang Bendi Untuk Kesihatan
Siapa yang tak kenal sayur kacang bendi? Buah bendi berwarna hijau, agak lembut bila muda dan bila sudah tua ia sedikit keras. Ia mengandungi banyak biji di dalamnya dan sejenis sayuran yang berlendir. Saya suka masak bendi dengan udang dan dicampur dengan asam keping. Rasanya yang masam manis amat menyelerakan terutama bila dimakan dengan nasi panas...hihi
Pokok kacang bendi - sumber googleFakta Kacang Bendi
Kacang bendi adalah sumber folate dan serat. Ia juga mengandungi vitamin C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari
Jumlah serat yang banyak membantu aliran penghadaman dengan mengelakkan ceret beret dan sembelit. Lebih elok, ketika memasak jangan dipotong kacang bendi untuk mengelakkan kehilangan cecair. kalau boleh masak kacang bendi dengan bahan berasid, misalnya buah tomato untuk mengurangkan lendir. Contohnya, kalau masak kari. Campak sebatang dua atau lebih buah bendi. Pasti kuah kari anda lebih pekat dan berkhasiat pula..
Kacang bendi bagus untuk kesihatan
Sebenarnya cecair berlendir dalam kacang bendi adalah suatu yang elok. Cecair tersebut mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggumenyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu
Khasiat Kacang Bendi Untuk Kesihatan
Satu hidangan kacang bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan yang disyorkan oleh Recommended Dietry Allowance (RDA). Ia adalah sumber antioksidan, vitamin A, C dan kalium, iaitu elektrolit yang diperlukan untuk imbangan cecair badan dan mengalirkan melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma.
1. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
2. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
4. Manakala lendir bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
5. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
6. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Lain-lain khasiat Kacang BendiMencuci hati.Menstabilkan kandungan gula dalam darah.Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang menakjubkan. Okay...dengan banyaknya khasiat kacang bendi di atas, dapatlah kita manfaatkannya dalam kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja mengandungi serat, malahan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol.
Semoga bermanfaat. Jaga kesihatan untuk hidup bahagia dan ceria
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2015/05/khasiat-dan-fakta-kacang-bendi-untuk.html