Khasiat Biji Kacang Gajus

Biji gajus kaya khasiat. Biji buah gajus atau dikenali juga dengan nama janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, jambu terung dan ketereh.
Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat. Pengeluar utama biji gajus ialah India dan Vietnam.
Biji gajus juga dikenali kacang gajus biarpun ia bukan daripada pokok jenis kekacang. Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek.
Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit.
Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.
Malah, sodium juga hadir dalam kuantiti yang kecil.
Kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana.
Antara kebaikan dan manfaat makan biji kacang gajus ialah untuk kesihatan otot, tulang, tisu dan saraf.
Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/frb.html