Khairuddin Tetap Bersalah Walaupun Dermakan Empat Bulan Gaji


SESUDAH SUBUHKhairuddin menteri kerajaan PN yang melang.

KEMURAHAN  hati ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aiman Razali memulangkan empat bulan gajinya sebagai Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi sebagai  pernyataan menyesal dan bersalah kerana melanggar peraturan tetap daripada menjalankan kuaratin kendiri selama 14 hari tidak menamatkan isu mengenainya. 
Tindakan memulangkan wang gaji sebagai menteri selama empat bulan dianggarkan kira-kira RM75,000 itu bukan hukuman yang boleh memaafkan Khairuddin. Bahkan kalau pun beliau sedia memulangkan setahun gajinya bersama elaun sebagai menteri ia tidak dapat menghapuskan dosa dan kesalahan itu. 
Kesalahan dilakukan Khairuddin bukan perkara kecil apabila dilihat kesan bakal ditanggung sekiranya beliau positif Covid-19 setelah terlepas daripada disaring. Kesalahan itu satu perbuatan jenayah disengajakan.  
Khairuddin perlu melalui proses perundangan sama seperti pesalahan lain. Selagi beliau tidak dihukum mengikut peruntukan undang-undang dibawah kesalahan dilakukannya, beliau tidak akan bersih selama-lamanya. Ia akan menjadi sebutan dan precedent di masa akan datang. Kes beliau itu akan dirujuk zaman berzaman dan dipertikaikan dalam journal undang-undang. 
Bukan sahaja untuk dirinya, tetapi apa yang terjadi itu terkena juga kepada pihak pelaksanaan undang-undang dalam menguatkuasakan undang-undang di dalam negara ini. Apa yang berlaku itu menyebabkan orang boleh ketawa terbahak-bahak, haha haha hehe hehe, melihat macam mana Malaysia melaksanakan undang-undangnya yang digubal kemudian diamalkannya. Orang akan membuat kesimpulan undang-undang Malaysia boleh diperolok-olokkan. 
Kunci syurga.Kedudukan dan jawatan Khairuddin sebagai menteri tidak mengecualikan beliau daripada dikenakan tindakan undang-undang setimpal. Apa lagi dalam masa sama telah ada warga lain yang dikenakan tindakan lebih tegas atas kesalahan sama seperti dilakukan Khairuddin. Bukan bermakna kerana beliau ahli parti agama didakwa pemegang kunci syurga, boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas itu secara sengaja telah melanggarkan operasi standard (SOP) Covid-19 apabila tidak menjalani kuaratin wajib 14 hari sebaik pulang dari daripada Turki 7 Julai 2020 lalu. 
Beliau dilaporkan bergerak bebas menjalan beberapa urusannya sebagai menteri dan tanpa memakai gelang pink seperti orang lain. Beliau bukan saja melilau ke hujung kampung tetapi turut berada dalam Istana. 
Perbuatan dan kelalaian (sengaja) Khairuddin itu disedari oleh ahli Parlimen Seputih Teresa Kok yang membangkitkan dalam sidang parlimen pada 18 Ogos. Ketika Teresa bangkitkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan ia masih disiasat. Apa dibangkitkan Teresa itu bukan kejadian disebut di tepi telaga di Kelantan atau di tepi baruh di Terengganu tetapi di parlimen. Ertinya ia perkara besar dan penting

Mulanya apa dibangkitkan oleh wakil Seputih itu dianggap sebagai satu gurauan atau dibuat atas perasaan benci kerana perbezaan parti. Tetapi apabila ditelusuri ianya sesuatu yang serius, telah berlaku pelanggaran undang-undang dan menyerlahkan sikap tindakan double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Ada tindakan dua darjat. Ia juga mendapat perhatian dan reaksi bukan sahaja daripada pihak pembangkang tetapi daripada parti kerajaan sendiri.  (Yang belum memberi reaksi dan ulasan adalah Menteri Agama yang bekas Mufti Wilayah itu. Ada pun ada beberapa Mufti turut memberi penjelasan dari segi soal tanggungjawab dan perlunya bersikap amanah kepada diri. Mungkin Menteri Agama masih tidur kerana kuat qiamulail di bulan Muharram)

Khairuddin mulanya cuba membela dirinya dengan berbagai helah termasuk mengatakan beliau telah menjalani saringan Covid sebanyak tiga kali dan didapati negatif. Selepas percubaan itu gagal menghentikan polemik mengenainya, pihak KKM pula mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan Khairuddin telah dikompaun sebanyak RM1,000. Tarikh kompaun itu dikenakan juga seakan berlaku pengunduran ke belakang tarikhnya. 
Khairuddin sendiri tidak memaklumkan yang dia telah membayar kompaun, tetapi ia dibuat dalam satu kenyataan akhbar oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Kejanggalan ini sekali lagi menjadi pertikaikan dan menjadi buah mulut umum. Ada yang tidak kena

Tampaknya usaha KKM itu juga gagal, apabila isu kompoun itu terus dibangkitkan dan ada desakan berterusan supaya Khairuddin dikenakan tindakan lebih keras setanding dengan apa diterima oleh warga lain yang bukan sahaja didenda lebih tinggi sampai RM2,000, RM2,500 malahan RM8,000 tetapi turut sama dipenjarakan. Ada yang dikenakan penjara satu hari hingga berbulan. 
Alasan Khairuddin yang beliau negatif Covid tidak berbabangkit sama sekali, tetapi apa perlu dihormati peraturan telah dibuat, sesiapa yang melanggar SOP tidak lagi dikenakan kompaun tetapi terus dibawa ke mahkamah. Menteri Pertahanan sebagai Menteri Kanan Ismail Sabri Yaacob pada 13 Ogos telah mengumumkan setiap pesalah tidak lagi dikompaun tetap terus didakwa di mahkamah. 
Peraturan dan undang-undang itu seperti tidak berlaku terhadap Khairuddin. Beliau hanya dikompaun RM1,000 pada 8 Ogos 2020, (tarikh yang diragui) nilai kompuan itu pun jauh lebih rendah berbanding dengan pesalahan lain, didena sampai RM8,000.  
Apa dilakukan Khairuddin itu satu kesalahan bukan kecil bahkan ia berbahaya. Apabila beliau negatif Covid bukan bermakna beliau tidak berpotensi menjadi penyebar Covid, kerana beliau tidak mematuhi SOP sepatutnya ertinya perlepasan dirinya daripada Covid tidak rasmi kerana tidak melalui kuarantin kendiri 14 hari

Apa dikesalkan ia berlaku kepada seorang menteri yang sepatutnya tidak terjadi. Menteri adalah orang yang menggubal dasar dan undang-undang, yang bercakar berdegar meminta rakyat menghormati dan mematuhi undang-undang tetapi dia sendiri melanggarnya. Bukankah itu tolol dan bahlul

Sebagai menteri Khairuddin sepatutnya bertindak lebih profesional dan bertanggungjawab daripada rakyat marhaen lain. Tanpa diminta dan dipaksa beliau sepatutnya mengambil inisiatif untuk menjalani kuarantin kendiri  itu. Kalau Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri yang disyaki kemungkinan terbabit dengan Covid pun menjalani kuarantin wajib 14 hari kenapa tidak dengan menteri biasa? Hebat sangatkah menteri itu

Sebagai penyelesaiannya dan terbaik, Khairuddin perlu diheret dan didakwa di mahkamah dan perlu menerima apa juga pertimbangan mahkamah nanti. Sekali lagi ditegaskan, kemurahan hatinya untuk memulangkan gajinya sebagai menteri selama empat bulan bukan menghalalkan kesalahan yang dibuatnya. Untuk jadi seorang menteri baik dan dihormati Khairuddin perlu bersedia menerima akibatnya. 
Teringat kata-kata arwah Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Amat kepada saya; air kencing tidak boleh dibuat ambil air sembahyang, dan air kencing juga tidak boleh digunakan buat basuh berak, walaupun dia bersifat air. [wm.kl. 6:54 am 23/08/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/08/khairuddin-tetap-bersalah-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairuddin Mohon Maaf Dan Pulang 4 Bulan Gaji Untuk Tabung Kmm

Khairuddin Mohon Maaf Dan Pulang 4 Bulan Gaji Untuk Tabung Kmm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 297 hits
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali akhirnya akur dengan kesilapannya melanggar prosedur operasi standard kuarantin Covid 19 Dalam kenyataan medianya hari ini Khairuddin memohon maaf dan menyatakan hasrat u...
Erick Thohir Bantuan Gaji Rp600 000 Per Bulan Cair Akhir Agustus 2020

Erick Thohir Bantuan Gaji Rp600 000 Per Bulan Cair Akhir Agustus 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 389 hits
Sebagaimana mekanisme yang telah ditetapkan para pekerja swasta tersebut nantinya akan mendapat bantuan senilai Rp2 4 juta selama 4 bulan atau sekitar Rp600 ribu per bulan
Isu Langgar Sop Khairuddin Mohon Maaf Akan Pulangkan Semua Gaji Mei Hingga Ogos Sebagai Rasa Tanggungjawab

Isu Langgar Sop Khairuddin Mohon Maaf Akan Pulangkan Semua Gaji Mei Hingga Ogos Sebagai Rasa Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 495 hits
PUTRAJAYA 22 Ogos Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan melanggar SOP PKPP Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sedia bertangg...
Valencia Dah Pokai Janji Bayar Gaji Pemain Bulan Depan

Valencia Dah Pokai Janji Bayar Gaji Pemain Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 215 hits
Masalah kewangan Valencia kini telah memasuki episod baharu apabila kelab La Liga tersebut dilaporkan membayar gaji pemain dengan nota janji hutang Bukan lagi satu rahsia kelab Sepanyol tersebut terkesan dengan impak kewangan yang serius ek...
Kazar Imbas Kenangan Cukup Bulan Dapat Gaji Barulah Dapat Makan Murtabak

Kazar Imbas Kenangan Cukup Bulan Dapat Gaji Barulah Dapat Makan Murtabak

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 304 hits
Pelakon Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi yang mula membina nama sebagai penyanyi itu ternyata masih bertahan sehingga kini setelah terjun ke bidang lakonan Lagu nyanyiannya Memburu Impian pernah menjadi lagu tema untuk filem Gila...
Kisah Elivina 9 Tahun Jadi Guru Honorer Terima Gaji Rp 200 000 Per Bulan

Kisah Elivina 9 Tahun Jadi Guru Honorer Terima Gaji Rp 200 000 Per Bulan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 312 hits
Upah tidak sesuai dengan beban kerja dan tenaga yang terkuras selama bertahun tahun demi mencerdaskan anak bangsa Itulah yang dialami Elivina Nawu seorang guru honorer di Sekolah Dasar Inpres Ajang Desa Persiapan Ajang Kecamatan Kota Komba ...
Pemkab Bogor Gandeng Tni Buka Jalur Puncak Ii Bulan Depan

Pemkab Bogor Gandeng Tni Buka Jalur Puncak Ii Bulan Depan

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 206 hits
Selain mengerahkan tenaga personel TNI di Kabupaten Bogor kita juga menyiapkan alat berat dari Dinas PUPR Kabupaten Bogor Untuk jumlah personel nanti disesuaikan dengan kebutuhan di lapangan kata dia
5 Amalan Bulan Muharram Dan Tanggal Waktunya Di Tahun 1442 Hijiryah

5 Amalan Bulan Muharram Dan Tanggal Waktunya Di Tahun 1442 Hijiryah

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 548 hits
Kita telah memasuki bulan Muharram 1442 Hijriyah Tak hanya puasa asyura banyak amalan bulan Muharram dalam hadits dengan berbagai keutamaan Apa saja dan tanggal berapa pada tahun 1442 ini 1 Memperbanyak Puasa Sunnah Salah satu amalan sunnah...
Diduga Depresi Ibu Di Cengkareng Ceburkan Bayi 7 Bulan Ke Kolam Renang

Diduga Depresi Ibu Di Cengkareng Ceburkan Bayi 7 Bulan Ke Kolam Renang

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 306 hits
Dari keterangan saksi sang anak sempat kejang Kondisinya sedikit membiru Saksi lain ada yang bikin video tapi saksi tidak ada yang langsung ambil bayi J hanya teriak saja kata dia
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas