TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Mohd Khaidir Ahmad menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang didapati gagal memauhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Tasik Chini baru-baru ini.
Beliau turut mendedahkan gambar-gambar ini jelas menunjukkan mereka tidak mematuhi SOP antaranyae brkumpul dalam jarak kurang 1 meter antara satu sama lain.
Menurut Khaidir lagi difahamkan ada di antara mereka dalam gambar itu datang dari luar Daerah Pekan untuk bergambar di Tasik Chini.
"Adakah mereka ini menjalankan kerja Perkhidmatan Perlu (Essential Services) yang dibenarkan dalam tempoh PKP3.0?,
"Saya harap Polis Pahang tegas dan tidak pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang tidak patuh SOP PKP3.0 demi menjayakan matlamat menghapuskan rantaian virus Covid-19 di seluruh Malaysia," kata Khaidir lagi.
Berdasarkan gambar yang dipercayai diambil dari facebook, Azam Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Blogger BraveHeart itu, jelas sekali mereka melanggar SOP.
Azam adalah orang kuat Pahangku Media. Turut kelihatan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Shahrim Md Zain, Datuk Nizar Najib (Ketua Pemuda UMNO Pekan), Mohd Farid Md Noor (Ketua Pemuda UMNO Pahang) dan seorang lagi dipercaya Ketua Puteri UMNO. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |