Keuntungan Berlebihan Dianggap Riba


 
Islam mengharamkan riba. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275) 

Manakala sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita yang beriman dengan berzina”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 

Umumnya, setiap transaksi dalam Islam hendaklah menepati tatacara yang ditetapkan oleh syariah seperti menepati rukun dan syarat akad jual beli beserta mengelakkan segala perkara yang boleh membatalkan akad. Namun begitu, apabila pembelian melibatkan item ribawi, ia memerlukan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
 

Apakah itu riba? Riba berlaku dalam jual beli yang melibatkan item ribawi seperti yang disebutkan dalam hadis  yang bermaksud: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta” (Hadis riwayat Muslim)
 

Jumhur ulama ketika mensyarahkan hadis di atas menyebut bahawa ‘illah (sebab) berlaku riba dalam urusan jual beli dua perkara, iaitu nilai mata wang dan makanan. Jadi, segala jenis item sama ada berbentuk nilai mata wang seperti emas, perak, Ringgit Malaysia (RM), Dolar Amerika Syarikat (USD) ataupun makanan seperti beras, tepung gandum, dan lain-lain yang berkaitan, disebut sebagai ‘item ribawi’. (Rujuk: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/107)
 

Jenis-jenis riba dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut:
1) Riba al-Fadl: Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama. Contohnya, menukar segantang beras kategori A dengan segantang dan secupak beras kategori B, jadi yang lebih secupak itu adalah riba.
 

2) Riba al-Nasiah: Iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan. Contohnya A meminjamkan wang sejumlah RM500 kepada B dan memberi tempoh membayar balik selama sebulan dan apabila B gagal melangsaikan hutang itu dalam tempoh yang ditetapkan, maka A mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM100 jadi tambahan ini adalah riba.
 

3) Riba al-Yadd: Iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan item ribawi walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
 

Apa pula pendapat mengatakan keuntungan berlebihan dianggap sebagai riba? Contohnya keuntungan ditetapkan oleh pihak bank dalam urusan pembiayaan pembelian rumah yang biasa dikenakan oleh perbankan Islam.
 

Dalam mazhab Syafie definisi riba ialah akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran Syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. (Mughni al-Muhtaj 2/21)
 

Jadi, untung berlebihan tidak termasuk dalam kategori riba. Bagaimana ada pula yang mengatakan untung berlebihan itu riba? Menariknya, pihak yang mengatakan untung berlebihan itu adalah riba tidak pula menetapkan berapa peratus untung yang diperoleh sebelum dikatakan untung itu adalah riba?
 

Adakah untung 5 peratus, 10 peratus, 30 peratus, 100 peratus atau 300 peratus dikira riba? Apa kayu pengukur syarak?
 

Katakanlah untung lebih dari 100 peratus itu riba, maka mereka pun akan kata pembiayaan di perbankan Islam itu ada riba. Mereka lupa, dengan tuduhan macam itu, untung mak cik jual nasi lemak, mamak yang jual teh tarik dan roti canai semuanya akan jadi riba. Ini kerana mamak yang jual teh tarik dengan harga RM2 secawan, sedangkan kosnya hanya 50 sen sahaja. Jadi, untungnya adalah 400 peratus. Adakah untung 400 peratus itu adalah riba?
 

Sebaliknya, jika pinjam RM100 bayar balik RM101, RM1 yang lebih tu memanglah dikira riba biarpun tidak terasa terbeban dan bukan untung berlebihan atau tidak pun terasa tertindas, tetapi berdasarkan hukum syarak jumlah RM1 itu adalah riba.
 

Jadi, bukan jumlah yang menentukan riba atau tidak. Sebaliknya ia adalah sepertimana ketetapan syariat yang perlu dipatuhi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2024/11/dcd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal Degil Selalu Bawa Masalah

Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal Degil Selalu Bawa Masalah

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 135 hits
Anak dua pusar di kepala dianggap nakal degil dan selalu bawa masalah Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal keras kepala dan tak dengar cakap Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal Ooo Patutlah dua pu...
Aksi Berlebihan Pemimpin Pas Mula Mula Ditegur Dap Kini Kena Basuh Dengan Pkr Pula

Aksi Berlebihan Pemimpin Pas Mula Mula Ditegur Dap Kini Kena Basuh Dengan Pkr Pula

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 105 hits
SITI NUR ZAWANIPesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria disekolahkan seorang pemimpin PKR selepas didakwa menyemai kebencian yang menyimpang dari ajaran Islam Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata apa yang diucapkan Razman langsung tida...
Nota Jumaat Jangan Berlebihan Dalam Bekerja Sehingga Lupa Beribadah

Nota Jumaat Jangan Berlebihan Dalam Bekerja Sehingga Lupa Beribadah

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 213 hits
Nota Jumaat Jangan Berlebihan dalam Bekerja Sehingga Lupa Beribadah Terpukul sejenak apabila keluar post ni kat Feed IG pagi tadi Betapa deep ayat ni sebab kadang sibuk sangat sampai kan tak sempat Dan ada masanya terlupa belum solat Last s...
Keuntungan 1h Tasco Jatuh 50 Akibat Bisnes Dalam Negeri Yang Merosot

Keuntungan 1h Tasco Jatuh 50 Akibat Bisnes Dalam Negeri Yang Merosot

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 267 hits
Tasco mencatatkan pendapatan sebanyak RM545 6 juta untuk tempoh kewangan yang berakhir pada 30 September 2024 berbanding RM526 8 juta tahun lalu Ini menunjukkan peningkatan RM18 8 juta atau 3 6 secara tahunan Namun malah keuntungan bersih k...
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Di Mana Keberkatan Sahur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Farisha Iris Feat Dahlia Rizal Tradisi Raya Chord

Perbezaan Antara Beras Perang Dan Beras Merah Manakah Lebih Baik Antara 2

Bab 3 Mac 2025