Keunikan Maliau Basin The Sabah S Lost World


Keunikan Lembangan Maliau terletak pada bentuk muka buminya yang menyerupai sebuah 'besen' yang menakung ribuan hidupan spesies flora dan fauna yang unik dan berada didalam dunia 'mereka' sendiri.

Maliau Basin

Fenomena geografi yang luar biasa ini sekali gus menjadikan kawasan hutan seluas 58,840 hektar ini satu 'kurungan besar' bagi haiwan-haiwan yang berada di dalamnya, dengan keluasan menyamai dua kali ganda Kuala Lumpur.

Maliau Basin mendapat jolokan The Sabah's Lost World, kerana keadaan geografinya yang seolah-olah mempunyai jurang garis pemisah daripada dataran tanah di sekitarnya.

Ia mempunyai tebing setinggi 300 - 1,600 meter tinggi, mewujudkan isolasi flora dan fauna di dalamnya yang terpisah dari dunia luar sekelilingnya.

Hanya aliran dari Sungai Maliau yang 'berhubung' dengan dunia luar melalui aliran air yang mengunjur sehingga ke Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah.

Maliau Basin juga merupakan kawasan paling banyak air terjun di Malaysia, dan sehingga kini lebih 40 buah air terjun telah ditemui termasuk dan yang paling terkenal ialah air terjun tujuh tingkat setinggi 28 meter di Sungai Maliau.


Pada asalnya, lembangan itu merupakan sebahagian daripada kawasan konsesi balak milik Yayasan Sabah.

Menyedari keunikan kawasan itu, pada tahun 1981, pihak Yayasan Sabah telah menjadikannya sebagai kawasan pemuliharaan dengan tujuan penyelidikan, pendidikan dan latihan seiring dengan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum.

Pada tahun 1997, kerajaan Sabah mewartakan lembah sungai itu sebagai kawasan Hutan Simpan Dilindungi (Kelas 1) iaitu ia tidak boleh diteroka pada masa kini dan masa depan.

Bagaimana Maliau Basin Di Temui?

Pada tahun 1947, seorang juruterbang British yang dalam penerbangan menuju ke Tawau, telah terbang melintasi satu kawasan hutan yang agak berkabus.

Apabila kabus itu mulai hilang, dia menyedari sedang berada di dalam satu lingkungan besar tembok setinggi 915 meter dari lantai hutan.

Penemuan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam Buletin Borneo ketika itu, yang diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1953.

Dikelilingi oleh curam yang tinggi dan cerun yang curam, kawasan Maliau Basin lebih besar daripada Singapura.

Kawasan ini hanya mempunyai satu tempat masuk sahaja iaitu di Sungai Maliau, kerana hanya sungai ini sahaja yang berhubung dengan dunia luar.

Perjalanan memasukinya sangat mencabar kerana pengunjung terpaksa melalui beberapa laluan air terjun yang menakjubkan.

Kepayahan untuk masuk ke hutan ini mungkin antara faktor mengapa Maliau Basin tidak tersentuh oleh dunia luar berjuta tahun lamanya.


Dan pada 1988, satu ekspedisi telah dilakukan dan banyak kejutan serta misteri terungkai melihatkan keindahan Maliau yang tidak terusik oleh masa, dimana alam semulajadi dan hidupan liar yang lain hidup dalam keadaan harmoni.

Untuk pengetahuan bersama, hanya 2000 orang sahaja yang berjaya menjejakkan kaki ke Maliau Basin dengan hampir 50% lagi hutan Maliau belum diterokai.

Kenapa Basin? Basin ialah besen dalam bahasa Sabah. Keadaan hutan yang dikelilingi tebing dan cerun seakan-akan besen.

Maliau pula membawa maksud 'susu atau kelam' dalam bahasa suku kaum Murut merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap berikutan keadaan fosil batuannya.

Kurungan Gergasi

Kesemua haiwan liar yang berada di dalam kawasan hutan simpan lembangan Maliau tidak dapat ke mana-mana melainkan terkurung di dalam kawasan lembangan selama ratusan ribu atau mungkin jutaan tahun dahulu.

Di sekeliling 'mulut besen' Lembangan Maliau ini, tumbuhnya pokok-pokok hutan yang sangat padat.

Kepadatan pokok-pokok hutan yang tumbuh di sekeliling puncak lembangan Maliau menyukarkan haiwan liar dan manusia untuk keluar dan masuk dari kawasan lembangan.

Haiwan-haiwan liar di dalam kawasan ini tidak dapat ke mana-mana dan hidup dalam komuniti 'mereka' sahaja.

Bukan sekadar haiwan, manusia juga akan mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan ini, menjadi penyebab mengapa lembangan Maliau kurang menerima tetamu melainkan pakar penyelidik dalam bidang tertentu sahaja.

Menerusi pengalaman yang diceritakan seorang ahli ekologi luar negara bernama Sam Bedford, sebaik tiba ke Tawau menerusi penerbangan hampir sejam dari Kota Kinabalu, beliau kemudiannya harus menyambung perjalanan selama enam jam menggunakan kenderaan dengan keadaan jalan tidak berturap yang teruk.

Gambaran diberikan Sam Bedford mudah; bayangkan lembangan Maliau sebagai sebuah panggung atau dewan gergasi yang kosong sebelum perlahan-lahan ditumbuhi hutan jutaan tahun yang lalu.

Spesies


Dianggarkan terdapat lebih daripada 1,600 spesies tumbuhan di Maliau Basin yang terdiri daripada 9 spesies tubuhan periuk kera, 440 spesies pokok dan 80 spesies bunga orkid.

Bagi fauna, terdapat 69 spesies mamalia, 290 spesies burung dan lebih daripada 35 spesies amfibia telah direkodkan.

Satu spesies bunga Rafflesia Tengku Adlinii yang jarang ditemui juga hidup disini.

Terdapat lebih 2,000 spesies haiwan yang hidup dalam kawasan Lembangan Maliau termasuk Seladang dari spesies Banteng yang pernah diisytihar haiwan pupus di alam liar Semenanjung Malaysia.

Namun kini, menerusi program pembiakan semula yang diperkenalkan PERHILITAN pada tahun 2014 status Banteng di alam liar Semenanjung Malaysia kembali pulih walau masih dikategorikan sebagai spesies haiwan terancam.

Selain itu, gajah pygmy Borneo juga boleh ditemui di sini selain rusa dan ungka (Borneon agile gibbon, Southern gibbon ).

Sam Bedford turut mendapat penghormatan mendaki gunung Lutong, puncak tertinggi Maliau Basin dengan ketinggian mencecah 1667 meter menuju ke puncak. Semakin ke atas, hutan-hutan juga akan semakin menipis.

Keunikan Maliau Basin


Antara keunikan lembangan Maliau menurut Sam Bedford adalah, ia merupakan antara kawasan yang jarang diteroka manusia menjadikan lembangan ini walaupun sebuah kawasan yang menarik, namun tidak ramai yang mngetahui mahupun pernah menjejakkan kaki ke sini.

Terbahagi kepada 12 zon hutan yang berbeza dengan keunikan spesies flora dan fauna yang tersendiri, lembangan Maliau diibaratkan seperti pulau Galapagos yang menjadikan hidupan liar tidak dapat berkembang ke tempat lain.

Akibatnya pulau Galapagos mencipta ruang ekosistem tersendiri yang terpisah dari dunia luar, sama seperti yang terjadi pada lembangan Maliau.

Lembangan Maliau juga menurut Sam Bedford, mirip dengan kawasan hutan yang terdapat di Jurang Darien, sebuah kawasan terpencil dan cukup berbahaya untuk diterokai yang terletak di sempadan antara Colombia dan Panama, Amerika Selatan.

Bagaimana Untuk Ke Maliau Basin?

Siri penjelajahan ke Maliau Basin memerlukan cabaran fizikal yang kental.

Dari Bandar Keningau, ambil perjalanan ke arah timur sejauh 160 km. Anda akan melalui Sook, Nabawan dan Sapulut. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5-6 jam.

Dari Tawau, perjalanan ke Maliau Basin kira-kira 190 km ke arah barat Tawau.

Untuk perjalanan yang mencabar ke Maliau Basin ini, anda hendaklah menaiki kereta 4x4 atau kenderaan pacuan 4 roda kerana keadaan jalan raya yang tidak berturap, tetapi jika anda mempunyai bajet lebih, boleh saja dapatkan sebuah helikopter.

Persediaan Sebelum Ke Maliau Basin

Persediaan fizikal adalah paling penting. Pastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik sebelum perjalanan dan semasa perjalanan.

Dapatkan barangan asas makanan seperti beras, sayur, ikan, telur, air minuman dan sebagainya sebelum ke Maliau Basin.

Pastikan bekalan minyak kenderaan mencukupi kerana tiada stesen minyak di antara Keningau dan Maliau Basin.

Tiada isyarat telekomunikasi di kawasan Maliau Basin, jadi pastikan anda memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan sebelum perjalanan, untuk sebarang kemungkinan berlaku perkara tidak diingini.

Maliau Basin Studies Center (MBSC)


27 km dari Maliau Basin, anda boleh singgah pusat ini untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum menuju ke Maliau Basin.

Di sini, terdapat kemudahan penginapan hostel, kedai cenderamata, pusat informasi, kafe dan sebagainya.

Biarpun terletak jauh dari jalan utama, Maliau Basin juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk kemudahan penyelidik dan pengunjung yang mahu menikmati kepelbagaian biodiversiti di dalamnya.

Pelbagai infrastruktur turut dibina bagi kemudahan dan keselesaan penyelidik dan pengunjung ke sini.

Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau yang dibina pada tahun 1999, dilengkapi dengan bangunan pejabat, bilik seminar, teater mini dan perpustakaan.

Pada masa yang sama, ia turut mempunyai kemudahan asrama yang mampu menampung sehingga 64 orang pada satu-satu masa.

Selain ideal untuk penyelidikan dan pendidikan alam sekitar, Maliau Basin juga sesuai untuk pengunjung yang gemar meneroka kehidupan di tengah-tengah hutan belantara yang masih belum terusik sepenuhunya.

Saat di sana, jangan ketinggalan mencuba pengalaman menggunakan jambatan gantung merentasi Sungai Maliau sambil merakamkan detik-detik indah melalui lensa kamera dari menara tinjau yang tersedia.

Untuk maklumat lanjut tentang Maliau Basin, sila layari laman web www.maliaubasin.info atau www.maliaubasin.org.

PENUTUP

Bermula November 2013 satu keputusan telah dibuat untuk mengekalkan status kawasan dilindungi Lembangan Maliau untuk tempoh 50 tahun ke hadapan di bawah pelan pemuliharaan strategik 10 tahun Lembangan Maliau 2014-2023.

Alangkah sayangnya kalau di masa akan datang kawasan ini diteroka untuk 'menuai' hasil arang batunya yang bernilai tinggi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
6 Lokasi Pelancongan Di Sabah Yang Setanding Luar Negara!6 Lokasi Blue Hole Di Lautan Yang Sangat Menakjubkan
sumber: 1 | 2 | 3 | 4



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/maliau-basin-sabah-lost-world.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The State Of The World And The State Of The Nation

The State Of The World And The State Of The Nation

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 242 hits
The coronavirus pandemic has severely disrupted ordinary life It has created fear and panic everywhere causing many governments to impose lockdowns Economies have stalled Millions of jobs were lost Tens of thousands of businesses face perma...
Penangan The World Of The Married Kim Heeae Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Baeksang Arts Awards

Penangan The World Of The Married Kim Heeae Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Di Baeksang Arts Awards

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 414 hits
Anugerah berprestij iaitu Baeksang Arts Awards yang ke 56 telah pun tirainya sebentar tadi Meskipun tidak dihadiri oleh penonton dan setiap daripada pelakon perlu menjarakkan diri daripada satu sama lain majlis itu tetap berjalan dengan mer...
I Have Never Betrayed The Fight For Sabah S Rights Says Jeffrey Kitingan

I Have Never Betrayed The Fight For Sabah S Rights Says Jeffrey Kitingan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 295 hits
Parti Solidariti Tanah Airku Sabah president Datuk Jeffrey Kitingan today stressed that he has never betrayed the struggle of the Sabah people even though his party pledged its support to the formation of Perikatan Nasional The Deputy Touri...
Pelakon The World Of The Married Pilih Watak Seol Myeongsuk Sebagai Pemenang Terakhir Di Antara Mereka

Pelakon The World Of The Married Pilih Watak Seol Myeongsuk Sebagai Pemenang Terakhir Di Antara Mereka

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 243 hits
Dek kepopularitian The World Of The Married JTBC telah menghadiahkan penonton dengan dua episod istimewa bagi menyelami perasaan setiap pelakon utamanya dalam memicu kejayaan drama tersebut Daripada temu bual yang dilakukan bersama dengan m...
Has Dr Mahathir Checkmated Himself And Lost The Game

Has Dr Mahathir Checkmated Himself And Lost The Game

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 252 hits
Zainal Epi MMO Has Tun Dr Mahathir Mohamad checkmated himself in the country s political game that has been focused on him since the 1980s Or does he have any other hidden cards that he can throw on the table or make one move that will chan...
Ini Adalah Diri Saya Han Sohee The World Of The Married Jawab Kontroversi Cacahan Tatu Gambar Merokok

Ini Adalah Diri Saya Han Sohee The World Of The Married Jawab Kontroversi Cacahan Tatu Gambar Merokok

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 434 hits
Nama pelakon Han So hee kini sentiasa meniti di bibir peminat K Drama selepas persembahan hebatnya dalam drama popular The World Of The Married Pun begitu apabila dah semakin terkenal ada pula yang cuba tabur pasir dalam periuk nasinya deng...
Dek Masalah Rumah Tangga Dalam The World Of The Married Han Sohee Dedah Tidak Mahu Berkahwin

Dek Masalah Rumah Tangga Dalam The World Of The Married Han Sohee Dedah Tidak Mahu Berkahwin

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 376 hits
Bukan sahaja peminat K Drama malahan pelakon Han So hee sendiri tidak menyangka bahawa dia akan menempa populariti yang panas dek penangan drama The World Of The Married Pun begitu dalam kebahagiaan tersebut wanita itu mengakui bahawa dia m...
People All Around The World Are Creating Artwork Based On This Young Malaysian S Poetry

People All Around The World Are Creating Artwork Based On This Young Malaysian S Poetry

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 359 hits
The world becomes a beautiful place when art inspires more art small Cover image via cotypoems span span small When the then 22 year old Charissa Ong first started putting pen to paper back in 2014 it was in an attempt to channel and work t...
Lee Moosaeng Dedah Kemungkinan Musim Kedua The World Of The Married

Lee Moosaeng Dedah Kemungkinan Musim Kedua The World Of The Married

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 312 hits
Kepada yang menonton The World Of The Married dengan setia sekali sehingga ke penghujung episod tipulah kalau anda cakap tak ada sekelumit pun perasaan crush pada watak Dr Kim Yoon ki yang dilakonkan oleh Lee Moo saeng Walaupun ramai yang s...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global