Keunikan Kreativiti Ilham Manfaatkan Alam Semulajadi Di Rumah Semut Tuaran Sabah
Keunikan & Kreativiti Ilham Manfaatkan Alam Semulajadi Di Rumah Semut Tuaran, SabahAsalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
6 Jan 2018, Ahad adalah detik sejarah melakar dalam kamus hidup ini. Kesempatan ke Tuaran Kota Kinabalu, Sabah membolehkan kami mengatur sedikit masa pergi melihat atau melawat di Rumah Semut di Tuaran berdekatan KG. Kindu, Tuaran, Sabah
Pada Etuza tempat ini memang banyak keunikannya, daya tarikan yang terserlah. Antaranya ialah:-1. Setiap pelawat ( Visitor ) di sambut dan di layan dengan baik oleh guide atau pemandu pelawat yang akan memberikan penerangan yang mengandungi ilmu pengetahuan tentang Rumah Semut ini.
Tugas baju kuning itu memang memberikan penerangan kepada setiap pelawat di Rumah Semut.
2. Keunikan berkonsepkan budaya dari beberapa etnik Sabah dalam berbagai bidang. Setiap bilik ada aura terapi minda, ini kerana perasaan melihat keindahan keunikan itu menjadikan minda kita berfikir luas lapang dan rasa nyaman
Menarik tempat persandingan orang Dusun Latud, Sabah
3. Disajikan dengan pengalaman perkongsian kejayaan individu menerusi lawatan di rumah atas pokok. Unik sekali, kita boleh duduk di beranda dapur sambil menghirup udara segar. Ya Allah alangkah nikmat kehidupan ini dengan sajian menarik di Rumah Semut
Rumah atas pokok. Dapat ilham bila duduk santai di atas..tengok ja gambar Etuza..
4. Kreativiti terserlah lagi apabila kita dapat melihat struktur rumah orang Bajau Samah dan rumah Dusun Latud. Melihat persekitaran taman yang dipenuhi pokok buahan dan pokok geharu dan Tongkat Ali. Selain bunga-bungaan yang menghiasi laluan
Struktur rumah orang Bajau Samah
Struktur Rumah Orang Dusun Latud Sabah
5. Di Rumah Semut boleh meniti jambatan gantung hingga keluar peluh. Maknanya datang di Rumah Semut bukan sahaja kita dapat menghirup udara nyaman tetapi dapat menyihatkan tubuh badan apabila kita naik dan meniti di jambatan gantung yang rasa gayat juga bila melihat ke bawah. Alamak tinggi. Rasa selesa juga meniti jambatan gantung ini
Meniti di Jambatan Gantung hingga naik ke puncak..jangan tengok bawah rasa gayat..Alhamdulillah berjaya ke puncak
6. Pelancong atau pelawat diberikan minuman percuma. Ha siap minum ucapkan terima kasih tau
Drink Conner, segar tau lepas minuman ni..
Begitulah sedikit dapatan Etuza setelah berpuas hati melawat di taman indah Rumah Semut di Tuaran ini. Kepada teman di luar sana datanglah ke sini, pasti anda rasa teruja. Baiklah akhir sekali mari lihat gambar kenangan kami berdua. Entri Rumah Semut berakhir dalam entri ini. Bye2
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2019/01/keunikan-kreativiti-ilham-manfaatkan.html