Ketumbit Mata Sebab Mengintai Ini 7 Fakta Yang Betul


Apakah penyebab ketumbit mata dan adakah ia berbahaya kepada kesihatan diri?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah ketumbit mata yang sering kali membuatkan diri kita berasa tidak selesa jika mengalaminya.
Baca juga:
Bawah Mata Hitam Sakit Kepala Sebelah Kanan Sakit Kepala Sebelah Kiri Apa itu ketumbit mata? Ketumbit mata adalah merupakan ‘bisul kecil’ yang selalunya berlaku di kelopak mata. Ia boleh melibatkan sebelah mata atau kedua-duanya sekali. 
Ia adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman atau bakteria, khususnya pada akar bulu mata.
Penyakit ini dikatakan tidak mendatangkan bahaya dan tidak menjejaskan penglihatan tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan benjolan kecil pada kelopak mata.
Ketumbit sebeb mengintai, mitos? Masyarakat Melayu seringkali mengaitkan punca ketumbit berlaku khususnya di bahagian mata adalah disebabkan oleh tabiat suka mengintai orang mandi.
Selain itu, ada juga tanggapan yang keadaan itu boleh dijangkiti sekiranya berdekatan dengan mereka yang mengalami ketumbit.
Hakikatnya ia hanyalah sekadar mitos sahaja dan tidak benar sama sekali.
Ketumbit di mata adalah kerana jangkitan bakteria. Dan ia juga tidak boleh berjangkit kepada orang lain.
Punca mata boleh ketumbit Punca sebenar ketumbit mata adalah kerana jangkitan bakteria Staphylococcus Aureus dan penakungan minyak kerana saluran kelenjar yang tersumbat.
Biasanya, ia melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata.
Walaupun masalah ini tidak mendatangkan berbahaya, namun ia justeru menimbulkan rasa tidak selesa kepada individu yang dijangkiti.
Bahkan ada sesetengah individu yang dijangkiti ketumbit akan mudah berasa gatal sehingga boleh menjejaskan penampilan sedia ada.
Jenis-jenis ketumbit Ketumbit terbahagai kepada dua jenis iaitu stye (jangkitan kuman pada pangkal bulu mata) dan chalazion (penyumbatan pada kelenjar kelopak mata yang menghasilkan minyak pada permukaan mata).
Ketumbit stye adalah disebabkan oleh jangkitan kuman (Staphylococcus Aureus) di akar bulu mata (folikel). 
Biasanya, ketumbit jenis stye kerap dialami oleh:-
Pesakit kencing manis Pesakit seborrhea, penyakit kulit yang menyebabkan kulit kasar dan bersisik Pesakit yang mengalami blepharitis kronik, jangkitan kelopak mata berjangka masa panjang Individu yang tidak menjaga kebersihan kelopak mata Manakala, chalazion pula disebabkan oleh  penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat. 
Pada bahagian mata kita, terdapat kelenjar meibomian, yang berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata untuk mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering.
Apabila kalenjar ini tersumbat, maka terjadilah ketumbit jenis chalazion. 
Punca utama kalenjar ini tersumbat adalah lapisan lemak dalam kelenjar yang terlalu melekit dan susah untuk dikeluarkan. Ia sering dialami oleh golongan yang mempunyai masalah acne rosacea.
Beza bisul dan ketumbit Bisul adalah keradangan pada akar bulu mata atau kelenjar sebasea (sebaceous) pada tepi kelopak mata. Gejalanya adalah bintik pada tepi kelopak mata dan bernanah serta sakit.
Ketumbit pula adalah keradangan pada kelenjar Meibomian, iaitu kelenjar yang menghasilkan permukaan bebola mata menjadi kering. Gejalanya adalah bengkak pada tengah kelopak mata.
Simptom ketumbit Antara tanda dan gejala ketumbit yang sering berlaku adalah seperti yang berikut:
Kelopak mata terasa sakit Timbul ‘bisul kecil’ Mata rasa seperti berbiji Merah atau bengkak pada kelopak mata Kelopak mata gatal Rawatan untuk ketumbit Ketumbit tidak memerlukan rawatan yang spesifik kerana biasanya ia akan hilang dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. 
Untuk mengurangkan gejalanya, anda boleh cuba merawatnya di rumah dengan menuam kawasan mata yang terdapat ketumbit beberapa kali sehari.
Biasanya ia akan hilang dalam tempoh beberapa hari. Sekiranya tidak sembuh-sembuh juga, dapatkan rawatan antibiotik daripada farmasi atau hospital. 
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ketumbit mata dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Ketumbit Mata, Punca & Cara Rawat Yang Berkesan. My Sihat Stye (sty) – Symptoms & Causes. Mayo Clinic What Is the Difference Between a Stye and a Chalazion? Causes, Symptoms, Treatment. American Academy of Ophthalmology

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ketumbit-mata/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ketumbit-mata

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Fakta Yang Tidak Diketahui Tentang Budak Flat Filem Trending Terkini Prime Video Di Malaysia

Lima Fakta Yang Tidak Diketahui Tentang Budak Flat Filem Trending Terkini Prime Video Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 264 hits
Kami sangat mementingkan penstriman yang baik dan sebuah rancangan yang mendapat sambutan hangat sekarang ialah filem Amazon Original pertama dari Malaysia Budak Flat yang kini trending sebagai rancangan nombor satu di Malaysia di Prime Vid...
Video Fakta Lengkap Erupsi Gunung Marapi Sumbar Tewaskan 11 Pendaki 12 Masih Hilang

Video Fakta Lengkap Erupsi Gunung Marapi Sumbar Tewaskan 11 Pendaki 12 Masih Hilang

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 191 hits
Kepala Kantor SAR Padang Abdul Malik mengatakan 12 pendaki masih hilang dan 11 meninggal dunia
Fakta Fakta Bus Pss Sleman Dirusak Saat Parkir Pelaku Gerombolan Bermotor

Fakta Fakta Bus Pss Sleman Dirusak Saat Parkir Pelaku Gerombolan Bermotor

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 104 hits
Akibat kejadian tersebut kepala CEO PSIS Semarang Yoyok Sukawi terkena lemparan batu
Shorts Comel Betul

Shorts Comel Betul

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 164 hits
Shorts Subscribe Astro MeleTOP http bit ly ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go http bit ly meletophd
Berkenaan Zayn Rayyan Dibunuh Kronologi Dan Fakta Kes

Berkenaan Zayn Rayyan Dibunuh Kronologi Dan Fakta Kes

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 170 hits
Malaysia digemparkan mengenai dibunuh selepas dilaporkan hilang di Apartmen Idaman Damansara Damai pada selasa lalu Walaubagaimanapun kanak kanak itu ditemui telah tidak bernyawa oleh penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn Rayyan Ka...
Cek Fakta Gunung Marapi Beda Dengan Merapi

Cek Fakta Gunung Marapi Beda Dengan Merapi

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 168 hits
Gunung Marapi yang terletak di Kabupaten Agam dan Tanah Datar Sumatera Barat mengalami erupsi sejak 3 Desember 2023
Fakta Fakta Terbaru Kesadisan Panca Darmansya Pembunuh 4 Anaknya Di Jagakarsa

Fakta Fakta Terbaru Kesadisan Panca Darmansya Pembunuh 4 Anaknya Di Jagakarsa

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 115 hits
Panca dengan kejinya menghilangkan nyawa keempat anaknya pada hari Minggu tanggal 3 Desember 2023
Rahasia Di Balik Data Hk Mengetahui Fakta Dan Kunci Kesuksesan

Rahasia Di Balik Data Hk Mengetahui Fakta Dan Kunci Kesuksesan

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 223 hits
Rahasia di balik Data HK Mengetahui Fakta dan Kunci Kesuksesan Pernahkah Anda bertanya tanya apa rahasia di balik Data HK yang membuatnya begitu penting dan berharga Apakah Anda ingin mengetahui fakta fakta menarik dan kunci kesuksesan yang...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid