Asyraf Wajdi Cabar Syed Saddiq Dialog Ketuanan Melayu


Apa kata kita adakan dialog terbuka mengenainya. U wakil Armada dan saya wakili Pemuda UMNO.
— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) October 28, 2018
Apakah kicapan syed saddiq berbentuk provokasi untuk menhapuskan ketuanan melayu. Kami tidak faham apakah dengan mengajal berdialog boleh mengubah mentaliti melayu itu sendiri. Apakah dengan dialog umno mengharapkan satu bonus untuk diambil supaya rakyat melihat umno pejuang melayu. Sedangkan umno pada hari ini terpalit dengan pelbagai isu rasuah, tetapi melayu kekal berdiri kononnya tiada lagi pejuang melayu bakal muncul. Akhirnya, melayu terpaksa berpecah kepada 4 parti yanh bertungjangkan pelbagai tujuan. Disini kami sertakan kicapan yang ditulis syed saddiq.

SyedSaddiq | MELAYU & Politik Patronage

Apa yang bakal saya karangkan, mungkin susah ditelan, dan kemungkinan bakal menjemput kritikan dan cemuhan segelintir masyarakat, khususnya bangsa saya sendiri, bangsa Melayu.

Namun, sebagai seorang anak muda yang tidak ingin melihat masa depan anak bangsa dibuai mimpi yang palsu, saya bertanggungjawab untuk berkongsi rasa sebelum maruah nasib bangsa saya terhakis perlahan-lahan.

Di manakah "Ketuanan" pada hari ini? Adakah Melayu betul-betul tuan di tanah air tercinta ini, atau adakah kita hanya sekadar "tuan" pada tanda nama, tetapi hakikatnya,  semakin terpinggir dan diperhambakan tanpa sedar?

Mana perginya "Ketuanan" apabila 7 daripada 10 orang penagih dadah di Malaysia merupakan anak muda Melayu?

Mana perginya "Ketuanan" apabila  kontraktor-kontraktor Melayu sanggup berkiblatkan modal ali-baba untuk makan untung atas angin?

Mana perginya "Ketuanan" apabila individu Melayu hanya memiliki kurang dari 4% kekayaan di pasaran saham negara

Mana perginya "Ketuanan" jika 9.8 juta orang Melayu mempunyai pelaburan ASB kurang dari RM5 ribu sedangkan 500 ribu orang Melayu lain mengumpul 63% jumlah pelaburan ASB.

Mana perginya "Ketuanan" apabila ramai anak muda Melayu memilih utk merempit sampai ke lewat malam sambil rakan-rakan bangsa lain gigih mengejar ilmu utk melakar masa depan yang lebih cerah?Tidak dinafikan,ada segilintir anak Melayu yg cemerlang,namun masih ramai yang terkandas

Mana perginya "Ketuanan" apabila pemimpin Melayu yang dahulu disegani dan dihormati, kini dilihat terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat sahaja pada hari ini, sejarah bakal berulang kerana kita suka mengambil jalan yang mudah dan pintas dan tidak berani keluar dari zon selesa

Dari pekerja di kilang sampailah ke chef di restoran mewah, pekerja asing juga yang dicari, sambil bangsa kita masih menunggu dan mengharapkan tawaran kerja yang selesa berhawa dingin yang belum kunjung tiba.

Memang indah untuk kita dibuai mimpi "Ketuanan", tetapi realitinya ternyata berbeza. Memang popular apabila kita laungkan "Hidup Melayu", tetapi laungan itu kosong apabila berpijak di bumi yang nyata

Sambil kita menjulang keris dengan bangganya, perlahan-lahan kita sedang menghunusnya ke hati kita sendiri tanpa kita sedari.

Saya tidak akan berhenti berjuang demi nasib anak bangsa tercinta. Saya dibesarkan dalam keluarga MARA dan dididik oleh ibu ayah yang tidak kenal erti penat lelah walaupun dihimpit kesusahan.

Saya nak pastikan generasi masa hadapan dapat menikmati pembangunan negara secara adil dan saksama. Bukan setakat retorik bahasa atau omong kosong tidak bermakna. Saya nak pastikan kualiti hidup mereka jauh lebih baik daripada kita pada hari ini.

Apabila saya sebut "Ketuanan Melayu" di dalam ucapan saya, sama sekali ianya tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja Raja Melayu ataupun agama Islam.

Nasib kita di tangan kita sendiri.Tak perlu untuk ungkit "ketuanan" melalui slogan dan syarahan. lKita "tuan" kalau berani berubah,berani menghadap risiko, menjalankan kerja dengan amanah dan sentiasa menguasai semua ilmu sampai tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun lagi

Saya ingin menutup karangan ini dengan memetik kata kata YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad:

"Ketika itu tanpa memanggil diri kita “Tuan”, dunia akan iktiraf kita sebagai Tuan yang sebenar"

Terima kasih.

Syed Saddiq

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/10/asyraf-wajdi-cabar-syed-saddiq-dialog.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Pakatan Will Abolish Ketuanan Melayu And Replace It With Shared Prosperity

Syed Saddiq Pakatan Will Abolish Ketuanan Melayu And Replace It With Shared Prosperity

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 347 hits
Syed Saddiq Abdul Rahman said today that the Pakatan Harapan government will end the era of Ketuanan Melayu or Malay Supremacy The youth and sports minister said Putrajaya will shift towards shared prosperity to ensure equity and equitable ...
Membangkang Falasi Ketuanan Melayu Yang Diangkat Syed Saddiq

Membangkang Falasi Ketuanan Melayu Yang Diangkat Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 649 hits
Syed Saddiq ada mengarang sebuah rencana panjang mempertahankan dirinya daripada cemuhan demi cemuhan yang dilontarkan ke atas dirinya Malangnya selepas meneliti rencana itu aku dapati ia lebih banyak falasi daripada sebarang hujah memperta...
Syed Saddiq Perlu Fahami Sejarah Ketuanan Melayu Perkasa Utusan Online

Syed Saddiq Perlu Fahami Sejarah Ketuanan Melayu Perkasa Utusan Online

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 415 hits
Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu Politik Utusan Online Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu28 Oktober 2018 7 28 PM DATUK SIRAJUDDIN SALLEH Menurut Sirajuddin amat malang bagi orang Melayu kerana mempunyai pemimpi...
Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa Syed Saddiq Disanggah

Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa Syed Saddiq Disanggah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan tiada lagi ketuanan Melayu dipersoalkan Ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafi Katanya gesaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar itu di...
Video Reaksi Khairy Bersalam Dengan Syed Saddiq Undang Perhatian

Video Reaksi Khairy Bersalam Dengan Syed Saddiq Undang Perhatian

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 516 hits
Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut serta menyambut kepulangan atlet paralimpik negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam semalam Kini tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan Khairy b...
Taknak Bersalam Dengan Syed Saddiq Netizen Label Kj Sombong

Taknak Bersalam Dengan Syed Saddiq Netizen Label Kj Sombong

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 531 hits
Selepas pertukaran kerajaan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilihat kurang aktif di media sosial tidak seperti sewaktu beliau memegang potfolio terbabit Namun ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk turun padang memberi ...
Dialog Taukeh Cina Dan Wartawan Melayu

Dialog Taukeh Cina Dan Wartawan Melayu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 749 hits
Sekadar untuk memperingati Sejarah Dalam sebuah majlis seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera anak beranak berketurunan India yang beke...
Hmmm Surat Terbuka Kepada Yb Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

Hmmm Surat Terbuka Kepada Yb Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 700 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada YB Syed Saddiq Semoga YB sentiasa didalam rahmat Allah dan sentiasa mendapat petunjuk Allah untuk melaksanakan amanah dengan penuh tawadduk dan integriti YB Syed Saddiq Saya adalah diantara jentera...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti