Ketua Kampung Di Indonesia Wakafkan Tanah Untuk Kebumikan Jenazah Pesakit Covid 19 Yang Tak Diterima Penduduk
Seorang ketua kampung di Desa Talunombo, Sampuran, wilayah Wonosobo, Jawa Tengah, Indonesia menjadi tular selepas dia bertindak mendermakan gajinya selama sebulan dan mewakafkan tanah miliknya untuk pengebumian mangsa Covid-19.
Badarudin, ketua kampung Desa Talunombo, telah menjadi tular setelah sebuah video berkenaan kenyataannya itu dimuat naik di media sosial.
Dalam video tersebut, Badarudin telah menyatakan keprihatinannya berkenaan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia kini.
Seperti yang diketahui, kerajaan Indonesia telah melaksanakan pelbagai langkah bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini.
Badarudin dalam video tersebut telah menggesa kepada semua pihak agar mendermakan gaji mereka kepada negara bagi meringankan beban yang sedang ditanggung negaranya ketika ini.
“Saya selaku ketua kampung menyumbangkan gaji saya selama sebulan untuk meringankan beban kerajaan. Dan saya ingin mengajak seluruh pihak dan masyarakat Indonesia untuk turut serta bersama saya dalam perjuangan memerangi virus Covid-19 ini,” kata Badarudin.
Menurutnya, dia memuat naik video kenyataannya itu di media sosial untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Bukan masalah gaji kecil atau besar yang disumbangkan, tujuannya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” tambahnya.
Gaji yang disumbangkan itu akan disalurkan kepada kakitangan kesihatan yang sedang berusaha memerangi wabak itu khususnya di daerahnya.
Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli cecair nyah kuman, semburan nyah kuman dan menyebarkan maklumat kepada penduduk berkenaan bahayanya jangkitan virus Covid-19.
Selain menyumbangkan gaji, dia juga dilaporkan turut mewakafkan tanah miliknya seluas 2.500 meter untuk digunakan bagi pengebumian mangsa Covid-19.
Dalam video tersebut, Badarudin menyatakan bahawa tanah miliknya itu nanti boleh digunakan untuk pemakaman mangsa Covid-19 yang tidak diterima oleh penduduk.
Badarudin juga turut menzahirkan kekesalan apabila mendengar khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat mangsa Covid-19 yang perlu dikebumikan mendapat tentangan daripada penduduk setempat.
View this post on Instagram
. Semoga sehat terus ya pak 🙏🙏 Dimudahkan rezeki nya Dipermudah segala urusannya 🤲🤲🤲
A post shared by OFFICIAL LAMBE TURAH ENTRNT (@lambe_turah) on Apr 12, 2020 at 7:46pm PDT
“Saya sangat sedih apabila mengetahui berkenaan perkara tersebut di media cetak dan media sosial.
Ramai penduduk dan kakitangan kesihatan yang menjadi mangsa virus Covid-19 ini mendapat tentangan daripada penduduk setempat untuk dikebumikan di tanah perkuburan umum.
Saya, Badarudin ada sedikit tanah sekitar 2.500 meter. Barangsiapa yang mengetahui mangsa Covid-19 yang ditolak oleh penduduk setempat, boleh kebumikan mangsa ini di tanah saya secara percuma,” ujarnya.
Menurutnya, perkara tersebut diputuskan kerana rasa tanggungjawabnya sesama manusia.
“Ini adalah salah satu penghargaan, rasa hormat serta tanggungjawab saya sebagai sesama manusia,” tambahnya lagi.
Sumber: Tribun
The post Ketua Kampung Di Indonesia Wakafkan Tanah Untuk Kebumikan Jenazah Pesakit Covid-19 Yang Tak Diterima Penduduk appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/13/ketua-kampung-di-indonesia-wakafkan-tanah-untuk-kebumikan-jenazah-pesakit-covid-19-yang-tak-diterima-penduduk/