Ketua Blok Pembangkang Tun Mahathir Sudah Rampas Kedudukan Mahiaddin




admin8 June 2023

Politik SemasaComments



Ketua Pembangkang di Parlimen ialah Hamzah Zainuddin, manakala ketua kepada blok pembangkang di luar Parlimen adalah Mahiaddin Md Yasin atas kapasitinya selaku Pengerusi PN.
PN mempunyai 74 Ahli Parlimen, manakala Ahli Parlimen yang bersama kerajaan perpaduan ialah seramai 148 orang.
Ertinya, selain PN, tidak ada mana-mana parti atau gabungan lain yang mempunyai wakil di Parlimen.
Dengan kedudukan Mahiaddin dan Hamzah itu, juga tidak ada pihak lain yang boleh diiktiraf untuk bercakap berkenaan blok pembangkang PN diterajui PN itu.
Tetapi, sejak semalam di mana berlangsungnya rundingan meja bulat parti-parti Melayu serta NGO yang menyokong Proklamasi Orang Melayu, Tun Mahathir Mohamad seolah-olah telah memproklamasi dirinya sendiri selaku ketua blok pembangkang di negara ini.
Bercakap dalam sidang media selepas rundingan meja bulat itu, Tun Mahathir antara lain berkata, semua pihak yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu telah sepakat untuk bekerjasama dalam PRN enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Menurut beliau, semua pihak itu juga memutuskan untuk tidak bertanding sesama sendiri dan sedang memikirkan untuk bertanding bersama-sama.
“Itu tujuan kita hari ini dan kita semua setuju perlunya kita bergerak bersama.
“Kalau PRU pun kita akan bergerak bersama.
“Kalau tak ada kuasa tak boleh buat apa pun,” kata beliau.
Ehhh…apa cerita ni?

Siapa yang memberi autoriti untuk Tun Mahathir memutuskan demikian bagi pihak blok pembangkang?
Dalam rundingan meja bulat itu, selain Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara, Mahiaddin juga tidak hadir disebabkan keuzuran.
Hanya dilaporkan bahawa Mahiaddin bakal bertemu Tun Mahathir dalam waktu terdekat ini sebagai susulan kenyataannya minggu lalu yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu.
Kenapa Tun Mahathir tidak menunggu sehingga bertemu Mahiaddin terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman mengenai kerjasama parti-parti pembangkang dalam PRN?
Atas kapasiti apa Tun Mahathir berkata demikian?
Beliau mewakili parti apa dan sebagai pengerusi gabungan mana?
Adakah Proklamasi Orang Melayu yang digerakkannya itu sebuah entiti yang sah dan bila masa pula ia boleh bercakap mewakili blok pembangkang?
Adakah Tun Mahathir sebenarnya mahu merampas kedudukan Mahiaddin?
Bukankah sebagai orang tang datang kemudian dalam blok pembangkang, Tun Mahathir sepatutnya hanya layak menjadi pengikut dan membiarkan apa-apa perkara mengenai blok pembangkang diputuskan oleh Mahiaddin?
Akhirnya sebelum terlambat dan keadaan jadi gawat, sebagai pesanan buat Mahiaddin selaku ketua blok pembangkang di negara ini – berhati-hatilah selalu dengan Tun Mahathir.
Sebagaimana Tun Mahathir pernah bermusuh, kemudian berbaik tetapi akhirnya mengkhianati juga Anwar Ibrahim, tidak mustahil ulangan drama yang sama akan berulang kembali, tambahan lagi beliau sebelum ini pernah melabel Mahiaddin sebagai pengkhianat sebenar berikutan peristiwa Langkah Sheraton pada 2020 dahulu. – ShahbudinHusin 08/06/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/ketua-blok-pembangkang-tun-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saranan Kepada Mahiaddin Jangan Jumpa Tun Mahathir Sehinggalah Prn Berakhir

Saranan Kepada Mahiaddin Jangan Jumpa Tun Mahathir Sehinggalah Prn Berakhir

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 173 hits
Shahbudin Hussin Kalau berjumpa nanti takut susah pula Muhyiddin nak menolak permintaan Tun Dr Dr Mahathir bin Mohamad agar diperuntukan sejumlah kerusi untuk penyokongnya dan juga untuk Pejuang yang dipimpin anaknya Mukhriz SARANAN KEPADA ...
Revoke Mahathir S Tun Ship If He Keeps Attacking Royals

Revoke Mahathir S Tun Ship If He Keeps Attacking Royals

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 408 hits
PARLIAMENT RSN Rayer has called on the government to consider revoking former prime minister Dr Mahathir Mohamad s Tun title if he continues his attacks against the royal institution During his debate in the Dewan Rakyat this afternoon Raye...
Tun Mahathir Kini Sedia Kembali Bersama Muhyiddin

Tun Mahathir Kini Sedia Kembali Bersama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gu...
Yang Penting Mahukah Mahiaddin Bekerjasama Dengan Mahathir

Yang Penting Mahukah Mahiaddin Bekerjasama Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 201 hits
Dalam perkembangan terbaru tetapi langsung tidak mengejutkan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Mahiaddin Md Yasin dan PN bagi memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini Katanya usaha untuk memperjua...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

Mencari Diri Yang Dulu

Touch Me Travel Tours Tawar Pakej Umrah Umrah Tandatangani Perjanjian Melantik Maulana Wan Helmi Sebagai Duta