Ketua Bahagian Mahu Zahid Lepaskan Umno



Umno dilihat kembali 'panas' apabila ada pemimpinnya mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menghalang Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang bercuti kembali menerajui parti itu.

Ketua Umno Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang berkata, akhir-akhir ini terdapat gerakan oleh penyokong Ahmad Zahid untuk membawa balik Anggota Parlimen Bagan Datuk itu menjalankan tugas sebagai presiden.

"Bunga-bunga ke arah itu juga telah dinyatakan oleh Ahmad Zahid sendiri di dalam rencana yang beliau keluarkan di akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

"Tindakan Ahmad Zahid dan penyokong rapat beliau bukanlah sesuatu yang baik untuk Umno bangkit dan bergerak ke hadapan," kata Maulizan dalam kenyataan.

Ahmad Zahid yang memenangi jawatan presiden parti pada pemilihan Umno tahun lalu, menerima tekanan untuk bercuti selepas menghadapi 45 pertuduhan rasuah dan pecah amanah pada Oktober tahun yang sama.

Antara yang menggesa beliau bercuti bai memberi tumpuan terhadap kes tersebut ialah Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi dan dua anggota parlimen dari parti itu.

Tekanan itu bertambah kuat apabila sekumpulan wakil rakyat Umno Sabah mengumumkan keluar parti beramai-ramai pada 12 Dis.

Pada 18 Dis, Ahmad Zahid akhirnya akur dan mengumumkan keputusan untuk menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Menurutnya ketika itu, keputusan tersebut diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.
“Ini tentunya sesuai dengan semangat dalam perlembagaan Umno sendiri bahawa jika presiden tidak mendapat ‘hidayah’, maka kaedah terbaik (adalah) berikan kepercayaan pada timbalan presiden untuk jalankan tugas presiden,” katanya.

Bukan kita tak sayang Zahid

Mengulas lanjut Maulizan berkata, kini telah ada tuduhan kononnya Umno sekarang tiada hala tuju.

"Perlu diingat bahawa antara sebab berlaku desakan untuk Ahmad Zahid bercuti adalah disebabkan oleh tiadanya halatuju jelas semasa beliau menjadi presiden Umno sehingga berlaku kes lompat parti oleh sebahagian anggota Parlimen dan ketua ketua bahagian.

"Malah Umno juga dijangka akan terus lemah jika beliau tidak berhenti atau bercuti pada ketika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Maulizan mendakwa Umno dilihat mulai stabil dan telah mendapat kembali keyakinan masyarakat khususnya orang Melayu di bawah kepimpinan Mohamad.

Jelasnya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilihat lebih diyakini dan bersih di mata masyarakat.

Tambahnya lagi, memang benar Ahmad Zahid dipilih secara demokrasi tetapi apa yang berlaku selepas pemilihan tidak membolehkan beliau untuk terus menjadi pemimpin Umno yang berkesan.

"Bukan kita tak sayang Ahmad Zahid mahupun Najib (Razak) sebagai seorang yang banyak berjasa kepada Umno, tetapi kita lebih sayangkan parti kita yang perlu memenangi hati rakyat untuk menang kembali di masa akan datang.

"Kepada mereka ini, Umno sepatutnya harus terus diberi nafas baru dan Ahmad Zahid bukanlah orangnya.

"Kita doakan Ahmad Zahid mahupun Najib diberi peluang untuk mendapat keadilan yang sewajarnya di atas segala pertuduhan yang mereka hadapi.

"Lepaskanlah Umno ini kepada pemimpin yang ada dan tak perlulah lagi beracah-acah untuk kembali," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/ketua-bahagian-mahu-zahid-lepaskan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Bantah Gesaan Agar Ahmad Zahid Lepaskan Umno

Pemuda Bantah Gesaan Agar Ahmad Zahid Lepaskan Umno

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 295 hits
Foto oleh The StarPemuda Umno hari ini menolak gesaan Ketua Umno Bahagian Tebrau Maulizan Bujang supaya presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi terus bercuti atau melepaskan jawatan demi kepentingan parti berkenaan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Waj...
Ketua Umno Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali

Ketua Umno Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 547 hits
JOHOR BAHRU Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang menyelar tindakan penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat membawa balik beliau daripada bercuti dan mengambil semula tugas sebagai Presiden UMNO Maulizan berkata...
Pengasas Ppbm Bahagian Parit Sulong Masuk Umno

Pengasas Ppbm Bahagian Parit Sulong Masuk Umno

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 389 hits
Tahniah UMNO Bahagian Parit Sulong menerima keahlian baru daripada Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Parit Sulong dan rakan rakan individu tersebut dikenali sebagai Wak DinPenyerahan borang keahlian UMNO tersebut berlangsung ...
Iftar Jama I Umno Bahagian Bangi

Iftar Jama I Umno Bahagian Bangi

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 339 hits
SERDANG 25 MEI 8211 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Iftar Jama 8217 i UMNO Bahagian Bangi dengan menyantuni asnaf dan anak yatim serta penduduk sekitar kawasan terbabit Selain menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf mer...
Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian

Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 264 hits
SANDAKAN 8 Mei 8211 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berbuka puasa bersama Ketua ketua UMNO Bahagian Zone 5 Sabah dan jentera PRK UMNO Sandakan di sini hari ini Beliau datang untuk memberi sokongan moral kepada rakan pembangk...
Spekulasi Mesyuarat Ketua Bahagian Bersatu Johor Tolak Mazlan

Spekulasi Mesyuarat Ketua Bahagian Bersatu Johor Tolak Mazlan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 425 hits
Khabar berkenaan kemelut dalaman Bersatu Johor dihangatkan lagi dengan pertemuan pemimpin Bersatu negeri tengah hari tadi Menurut sumber pertemuan itu melibatkan 23 daripada 26 ketua bahagian Bersatu negeri dan berkenaan bantahan terhadap A...
Ketua Bahagian Bersatu Kami Mahu Mb Jadi Pengerusi Negeri

Ketua Bahagian Bersatu Kami Mahu Mb Jadi Pengerusi Negeri

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 296 hits
Pertemuan antara majoriti ketua bahagian Bersatu Johor semalam mencapai persetujuan agar Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengerusi negeri Seorang ketua bahagian yang hadir dalam pertemuan itu mengesahkan bahawa ia di...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton