Ketua Armada Johor Tembak Menteri Isu Had Umur Belia


MALAYSIAKINI

   
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor Norul Haszarul Abu Samah menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan negeri itu dalam mengekalkan had umur maksimum belia kepada 40 tahun.

Menurut Haszarul, rakyat Johor mempunyai citra tersendiri dalam menentukan hala tuju dan tidak perlu mengikut budaya dan kaedah pihak lain.

"Ini adalah satu peringatan buat mana-mana kementerian agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan hendaklah sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka, mendengar pandangan dan cadangan semua pemegang taruh terutama anak muda di peringkat akar umbi.

"Pihak yang terbabit seharusnya menyedari kesilapan beliau apatah lagi 7 buah negeri setakat ini telah menolak usul berkaitan had usia belia," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Walaupun tidak menyebutkan nama pihak yang dimaksudkan, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Abdul Rahman.
Pada 1 Julai lalu, Syed Saddiq membentangkan rang undang-undang (RUU) untuk mendefinisikan semula istilah 'belia' sebagai golongan berumur di bawah 30 tahun melalui pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat.

Setelah membuat pusingan U beberapa kali berhubung isu itu, kerajaan Johor akhirnya mengambil pendirian menolak cadangan itu dan mahu mengekalkan umur 40 tahun sebagai had usia belia.

Selain Johor, negeri lain yang turut mengekalkan 40 tahun sebagai had usia belia ialah Sarawak, Selangor, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Haszarul dalam kenyataannya turut mengingatkan agar menteri yang dimaksudkannya tidak "mencampuri urusan negeri Johor".

"Tambahan pula, penolakan had umur belia bukan satu sentimen politik tetapi bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 sepertimana kenyataan Menteri Besar Johor.

"Tumpukan perhatian anda pada kementerian yang anda terajui serta serahkan urusan negeri Johor kepada pihak-pihak yang lebih arif akan hal ehwal negeri ini.

"Ingatlah, bahawa Johor akan selamanya menjadi Johor," katanya.

Dalam kenyataan sama, tanpa menyebutkan nama tertentu berkata, Haszarul mengingatkan "menteri berkenaan" berhenti meminta bantuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sekiranya gagal menjalankan tugas.

"Saya juga menyeru kepada menteri berkenaan menghentikan sikap mengadu domba atau 'merengek’ meminta bantuan perdana menteri dan presiden parti setiap kali gagal dengan tugasannya.

"Individu - individu tersebut pastinya mempunyai keutamaan lain yang lebih besar terhadap negara berbanding melayani agenda peribadi anda," katanya.

Pada 11 Julai lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji sama ada wujud campur tangan dari istana Johor berhubung isu had umur belia yang menyaksikan kerajaan negeri membuat dua pusingan U beberapa hari lalu.

Menurut Dr Mahathir Mohamad kerajaan akan melihat sama ada alasan yang diberikan di sebalik keputusan tersebut boleh diterima atau sebaliknya.

Sementara Muhyiddin, sehari sebelum itu, berkata kerajaan berharap pihak istana tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Johor.

Muhyiddin juga meminta kerajaan negeri Johor mempertimbangkan semula keputusan untuk mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun, bagi penyeragaman nasional antara persekutuan dan negeri.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Armada Johor Mohd Hafiz Abdullah, dalam kenyataan susulan yang dikeluarkan di Facebooknya malam ini menegaskan bahawa kenyataan Haszarul adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili suara Armada Johor secara keseluruhan.

"Bagaimana pun, sebagai rakyat negeri Johor, kami tetap senada dengan beliau untuk berlapang dada menyokong penuh apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Johor.

"Kami berharap lebih perbincangan dapat dijalankan oleh kedua pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan agar satu kata sepakat dapat dicapai dalam agenda memperkasa belia Malaysia," katanya.

LIHAT FB DI SINI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/ketua-armada-johor-tembak-menteri-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Johor Kekal Had Umur Belia Dibimbangi Beri Kesan Kata Menteri

Langkah Johor Kekal Had Umur Belia Dibimbangi Beri Kesan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 271 hits
Langkah Johor kekal had umur belia dibimbangi beri kesan kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2
Had Umur Belia Johor Dianggap Selesai Kerajaan Negeri Akan Jumpa Persatuan

Had Umur Belia Johor Dianggap Selesai Kerajaan Negeri Akan Jumpa Persatuan

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 319 hits
Isu had umur belia di Johor dianggap selesai dan kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai persatuan belia berhubung isu berkenaan Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri juga tetap dengan pendirian un...
Penolakan Pindaan Had Umur Belia Bukti Kerajaan Ph Cacamarba

Penolakan Pindaan Had Umur Belia Bukti Kerajaan Ph Cacamarba

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 305 hits
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata penolakan kebanyakan negeri terhadap pindaan Rang Undang Undang Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 yang menurunkan had umur be...
Umur Belia Johor Kekal 15 Hingga 40 Tahun Dr Sahruddin

Umur Belia Johor Kekal 15 Hingga 40 Tahun Dr Sahruddin

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 693 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor mengambil keputusan mengekalkan had umur belia di negeri antara 15 tahun hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka khususnya melibatkan belia tidak terbantut Menteri Besar Johor ...
Had Umur Belia Nafi Hak Usahawan Muda Pertunas

Had Umur Belia Nafi Hak Usahawan Muda Pertunas

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 316 hits
Kerajaan digesa mengkaji semula Rang Undang undang untuk menurunkan had umur belia dan anggota pertubuhan belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun kerana ia bakal menafikan hak usahawan muda di negara ini terutama kalangan mereka yang baharu...
Saya Terkilan Majlis Belia Malaysia Bantah Turun Had Umur Belia

Saya Terkilan Majlis Belia Malaysia Bantah Turun Had Umur Belia

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR 3 Julai Majlis Belia Malaysia berasa kesal terhadap Kementerian Belia dan Sukan apabila pindaan berkenaan Rang Undang Undang Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 atau Akta 668 pindaan 2019 dibuat tanpa persetujuan t...
Had Umur Mengundi 18 Tahun Bukan Untuk Kepentingan Mana Mana Pihak Tapi Untuk Negara

Had Umur Mengundi 18 Tahun Bukan Untuk Kepentingan Mana Mana Pihak Tapi Untuk Negara

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 4 Julai Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa cadangan untuk rakyat yang berumur 18 tahun layak secara automatik sebagai pemilih dan calon pilihan raya bukan untuk kepentingan mana mana pihak khususnya man...
Pindaan Turun Had Umur Mengundi Dibentang Hari Ini

Pindaan Turun Had Umur Mengundi Dibentang Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 327 hits
Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentang bagi bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Rang Undang Undang Perlembagaan 2019 i...
95 Peratus Negara Laksana Had Umur 18 Tahun Mengundi

95 Peratus Negara Laksana Had Umur 18 Tahun Mengundi

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun kerana 95 peratus negara demokrasi di dunia telah melaksanakannya Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord