Ketokohan Kepimpinan Tun Dr Mahathir Di Iktiraf Oleh Dunia



KUALA LUMPUR - Dalam setahun kepimpinannya sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima pengiktirafan global apabila dinamakan sebagai tokoh berpengaruh dunia.

Pada awal Januari lalu, beliau diiktiraf sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia bagi 2019 oleh penerbitan The Muslim 500, sekali gus mengetuai senarai 500 lelaki Islam paling berpengaruh di dunia.

Pada April pula, Dr Mahathir disenaraikan antara 100 individu paling berpengaruh di dunia pada 2019 oleh majalah berita antarabangsa, ‘Time’.

Dan, awal bulan ini, beliau dinamakan pula sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh portal antarabangsa, Fortune.com.

Ketiga-tiga penerbitan itu menggambarkan Dr Mahathir, 93, sebagai insan luar biasa kerana berjaya menerajui gabungan parti pembangkang, Pakatan Harapan, untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei tahun lalu, sekali gus dilantik semula sebagai perdana menteri Malaysia.

BERANI, TEGAS

Selaku perdana menteri tertua di dunia, ramai mengenali Dr Mahathir sebagai pemimpin yang berani dan lantang bersuara, tegas dalam membuat keputusan, amanah dalam berkhidmat serta berdisiplin tinggi terutamanya dari segi ketepatan waktu.

Dengan penampilan sederhana dan tenang, Dr Mahathir amat disegani ramai dan dipandang tinggi sebagai pemimpin berwibawa yang mempunyai daya pemikiran tajam serta sentiasa melontarkan teguran bernas. 

Antaranya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 di New York pada 29 Sept lepas di mana Dr Mahathir dengan lantang mengulangi desakan supaya pembaharuan dilaksanakan dalam badan dunia itu termasuk mencadangkan supaya kuasa veto dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua negara kuasa besar dengan disokong oleh tiga anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB.



Beliau turut menarik perhatian pelbagai organisasi dunia apabila berani menempelak kerajaan Myanmar berikutan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine selain mencadangkan dunia supaya mengiktiraf Palestin dan pada masa sama, menghentikan tindakan Israel daripada mencabuli undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima cenderahati berupa sehelai jersi pasukan bola sepak Jepun bernombor tujuh sempena beliau yang merupakan Perdana Menteri Ketujuh Malaysia daripada rakan sejawatnya Shinzo Abe (kanan) selepas sidang media bersama hari ini.

Pada Oktober lalu, Maharaja Akihito berkenan menyampaikan darjah kebesaran ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ kepada Dr Mahathir iaitu penganugerahan darjah kebesaran tertinggi Jepun berikutan sumbangan besar perdana menteri dalam memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.

DIIKTIRAF DUNIA

Pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Syed Agil Alsagoff berkata Dr Mahathir diiktiraf sebagai pemimpin berwibawa berikutan idea dan pemikirannya mendapat pujian para pemimpin dunia sejak sekian lama.

Dr Mahathir, yang pernah menjadi pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), antaranya banyak mengaturkan strategi penyatuan negara-negara Arab daripada terus dibelenggui pengaruh Amerika Syarikat dan Israel.



Kelantangan beliau menentang pencerobohan Israel di bumi Palestin dan pencerobohan Amerika Syarikat di bumi Iraq pada waktu itu, telah memberikan dorongan dan semangat kepada negara-negara Arab untuk menyokong kepemimpinan beliau dan mengiktirafnya sebagai pemimpin dunia yang disegani.

“Kejayaan Dr Mahathir merubah Malaysia dari sebuah negara dunia ketiga menjadi negara membangun menarik minat negara-negara Asia Barat untuk mencontohi kepemimpinan politik beliau. Malah, negara-negara Asia Timur juga menjadikan beliau sebagai insan contoh dalam memperkasa politik dan ekonomi negara-negara tersebut,” katanya.

Syed Agil berkata Dr Mahathir juga dianggap negawaran Islam yang berjaya merubah persepsi masyarakat terhadap kepimpinan beliau dan Malaysia berikutan kelantangan Malaysia mengkritik dasar Myanmar terhadap pelarian Rohingya, pencerobohan Israel di Palestin serta krisis yang berlaku di Syria.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dikenang dan diingati sebagai pemimpin Malaysia yang banyak menyalurkan bantuan kepada Bosnia dan Herzegovina ketika negara Balkan itu dilanda peperangan pada 1990-an selain terus memberi sumbangan dalam membangunkan semula negara tersebut.

Kejayaan beliau menyatukan negara-negara membangun dan negara dunia ketiga menerusi majlis perundingan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) serta mencetus penyatuan kerjasama negara-negara dunia ketiga dan negara-negara Islam menerusi OIC membuatkan beliau diangkat sebagai pemimpin dunia yang disegani dan cemerlang dalam arena politik antarabangsa.

Profesor Politik dan Perhubungan Antarabangsa, Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Azizuddin Mohd Sani berkata Dr Mahathir adalah pemimpin yang konsisten dalam memperjuangkan isu-isu dunia termasuk yang membabitkan penduduk Palestin, Rohingya dan negara-negara membangun atau mundur yang lain.



Sebagai insan yang bencikan kekejaman, katanya, Dr Mahathir pernah menubuhkan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur bagi ‘membicarakan’ pemimpin negara-negara yang terlibat dengan jenayah perang di Iraq pada 2003 yang menyebabkan 1.4 juta orang awam terkorban.

“Beliau juga amat anti dengan pembunuhan kaum. Sebab itulah apabila usahanya untuk mengiktiraf Statut Rom digagalkan, beliau berasa marah kepada pihak yang menjadi punca kepada kegagalan itu.

“Daripada kelantangannya bersuara, kita boleh lihat bahawa Dr Mahathir mahu Malaysia terus menjadi Harimau Asia yang lantang menyuarakan isu-isu global,” katanya.

Pada masa sama, katanya, para pemimpin negara-negara Asia Barat terus menyanjungi dan menghormati Dr Mahathir sehingga menganggap beliau sebagai ‘suara’ mereka dalam menentang penindasan Barat.

PENCETUS REFORMASI, TRANSFORMASI

Dr Mahathir juga dikenali ramai sebagai perdana menteri yang berdedikasi, berprinsip teguh dan sentiasa melakukan reformasi dan transformasi dalam pentadbiran negara.

Syed Agil berkata ia ‘membuka mata’ negara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh berikutan keupayaan melaksanakan transformasi politik di bawah kepimpinan seorang bekas perdana menteri yang dilantik buat kali kedua menyandang jawatan tertinggi kerajaan itu.

“Dr Mahathir dianggap sebagai pemimpin pencetus reformasi dan transformasi pentadbiran negara sejak kali pertama menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini.

“Sifat kesederhanaan Dr Mahathir dalam menyantuni budaya politik dengan kepentingan rakyat sepanjang tempoh itu menyebabkan rakyat tersentuh dengan kesungguhannya mentransformasikan Malaysia dari sebuah negara dunia ketiga kepada negara membangun yang berjaya,” katanya.

Dr Mahathir juga dianggap sebagai pemimpin berwawasan yang boleh merencanakan Malaysia agar terus maju dalam bidang ekonomi dan sosial.

Semasa kepemimpinannya sebagai perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, Malaysia mengalami transformasi cemerlang khususnya dalam pembangunan dan sosioekonomi serta memacu kejayaan negara menjadi kuasa ekonomi serantau selain berjaya memimpin negara mendepani beberapa krisis kewangan dunia.

Syed Agil berpendapat kesungguhan idea dan pemikiran beliau dari segi pembangunan negara dan ekonomi khususnya semasa membebaskan Malaysia daripada terjelumus dalam krisis ekonomi sekitar 1997 hingga 1998 dengan memperkenalkan penggantungan ringgit di pasaran antarabangsa, menarik perhatian banyak negara sehingga mendapatkan nasihat beliau.

Azizuddin pula berpendapat Dr Mahathir dipilih semula menerajui kerajaan kerana rakyat mahu Malaysia kembali menjadi negara makmur.

“Pengalaman beliau yang masih ditagih. Rakyat Malaysia menghormatinya sebagai negarawan ulung negara.

“Selain romantisisme, rakyat Malaysia yang pernah melihat kemakmuran ekonomi yang dibawanya kepada Malaysia pada dekad 1990-an yakin beliau mampu membawa kembali kemakmuran ekonomi itu kepada negara,” katanya.

Beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin unik yang berwawasan dalam mengemudi Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi serantau. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/ketokohan-kepimpinan-tun-mahathir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Mohamad Tersenarai Dalam 50 Pemimpin Terhebat Dunia

Tun Mahathir Mohamad Tersenarai Dalam 50 Pemimpin Terhebat Dunia

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 341 hits
Sekali lagi nama Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pengiktirafan dunia apabila tersenarai dalam senarai 50 Pemimpin Terhebat Dunia Senarai itu dikeluarkan majalah Fortune dan nama Tun M berada di kedudukan ke 47 dari...
Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia

Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 328 hits
Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 201...
Jho Low Banyak Ambil Duit 1mdb Untuk Dirinya Tun Mahathir

Jho Low Banyak Ambil Duit 1mdb Untuk Dirinya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 435 hits
PUTRAJAYA Kerajaan mempunyai bukti ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengambil banyak dana 1Malaysia Development Berhad untuk dirinya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dana yang diperolehi balik hanya RM2 ...
Anwar Sokong Tun Mahathir Dalam Isu Istana Johor

Anwar Sokong Tun Mahathir Dalam Isu Istana Johor

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 483 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad dalam pertembungan perdana menteri dengan istana Johor Anwar juga berpandangan pertembungan itu bukan bersifat peribadi Ia bukan isu peribadi Perdana menteri mahu mem...
Malaysia Perdana Menteri Tun Mahathir Dah Macam Najib

Malaysia Perdana Menteri Tun Mahathir Dah Macam Najib

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 366 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir didakwa menggunakan ayat kasar seperti Najib Razak ketika perbalahan politik Foto Free Malaysia Todayoleh Shahbudin HusinDahulu ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri beliau selalu dikecam kerana beberapa ka...
Terkini Tun Mahathir Lancar Kemakmuran Bersama 2030

Terkini Tun Mahathir Lancar Kemakmuran Bersama 2030

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA Sesebuah negara pesat dan makmur bukan hanya bergantung kepada pernilaian melalui angka angka Keluaran Dalam Negara Kasar sahaja tetapi setiap pembangunan dan kekayaan mesti diagihkan dengan lebih adil supaya dapat dinikmati oleh ...
Malaysia Tun Mahathir Tak Perlu Malukan Tmj Kata Zaid Ibrahim

Malaysia Tun Mahathir Tak Perlu Malukan Tmj Kata Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 407 hits
Bekas menteri undang undang Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ialah seorang pemuda yang gemar memberikan pendapat baginda walaupun mungkin salah atau tidak terkawal namun tidak menjejaskan negara Kenapa p...
Peta Dunia Ini Dihasilkan Oleh Lebah

Peta Dunia Ini Dihasilkan Oleh Lebah

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 270 hits
Seniman China Ren Ri telah mencipta peta sarang lebah yang rumit dalam siri scultpure nya Yuansu I The Origin of Geometry Patung lilin lebah ini adalah hasil dari hobi Ri memelihara lebah yang ia mula pada tahun 2006 Menurut Ri patung itu m...
Takkan Saya Lebih Teruk Daripada Trump Tun Mahathir

Takkan Saya Lebih Teruk Daripada Trump Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 198 hits
PUTRAJAYA 3 Ramadan 1440H Rabu Saya fikir takkan saya lebih teruk daripada Trump kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila diminta menilai kepimpinannya sendiri menjelang ulang tahun pertama pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan ...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama