Ketetapan Pau2021 Akhirnya Tidak Bererti Apa Apa Malah Bercanggah Perlembagaan


 
Tidak sampai seminggu setelah berakhirnya PAU2021 yang meluluskan usul pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU15 dilangsungkan serta diikuti janji Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang dengan “Top Five” UMNO untuk menetapkan tarikh pilihan raya, seorang ahli MT, Noh Omar menghuraikan lebih detail tentang peranan Perdana Menteri dalam soal pembubaran Parlimen.
Menurut beliau, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen, sebaliknya kuasa itu berada di tangan Yang DiPertuan Agong.
Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, banyak pihak tidak faham mengenai had kuasa Perdana Menteri sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

“Kita kena jelas bahawa dalam menentukan pembubaran Parlimen, ini termaktub dalam perlembagaan.
“Artikel 40 (menyebut) kuasa Kabinet untuk menasihati Yang DiPertuan Agong dan dalam artikel itu juga menyatakan kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong untuk boleh tidak membubarkan Parlimen.
“Jangan salah faham, parti boleh buat cadangan, kabinet setuju untuk bubarkan (Parlimen), tapi ini adalah satu kuasa mutlak Agong,” katanya.
Dalam hal ini, Noh menjelaskan, UMNO sekadar boleh mencadangkan untuk membubarkan Parlimen, namun perbincangan sebenar ialah melalui kabinet.
“Kuasa lantik Kabinet, ya kuasa Perdana Menteri. Kita kadang-kadang lihat selama ini (bubar Parlimen) seolah-olah kuasa Perdana Menteri, ini hanyalah “by convention” tetapi perlembagaan jelas (menyatakan) ini kuasa kabinet, bukan kuasa Perdana Menteri.
“Perdana Menteri kena bawa dalam kabinet, (jika) kabinet setuju baru bawa kepada Yang Dipertuan Agong dan terpulang kepada baginda untuk bubar atau tidak,” tegasnya yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Memahami dan mengambil kira kenyataan Noh Omar ini, satu perkara yang jelas di sini ialah ini bermakna ketetapan PAU2021 baru-baru ini dengan sendirinya jadi tidak bermakna apa-apa sekarang ini.
UMNO sebenarnya langsung tidak relevan untuk dibawa dalam perbincangan mengenai penetapan tarikh pilihan raya kerana yang sepatutnya dilibatkan ialah kabinet.
Dengan kabinet dilibatkan untuk perbincangan mengenai tarikh pilihanraya, sebagaimana ia tertulis dalam perlembagaan, adakah sebahagian menteri daripada UMNO serta semua menteri daripada Pas dan Bersatu setuju PRU15 diadakan dengan segera dan lebih dulu sebelum pemilihan UMNO?
Atau mereka lebih setuju jika PRU15 diadakan pada tahun depan?
Nampaknya bukan saja ketetapan PAU2021 tidak lagi bermakna apa-apa, bahkan Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mohamad Hasan juga dijangka akan terus “sakit kepala” dengan perkembangan ini.
Besar kemungkinan sekarang ini, hasrat mereka selama ini untuk mengawalkan PRU15 sebelum pemilihan UMNO tidak akan menjadi kenyataan dan hanya tinggal sebagai kenang-kenangan sebuah desakan kerana jelas apa yang dilakukan UMNO itu sama sekali tidak berperlembagaan.
Perlembagaan hanya menetapkan kabinet yang boleh membincangkan tarikh pilihan raya sebelum Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong berkenaan dengannya.
Ismail Sabri sudah tentu lebih berpegang kepada perlembagaan berbanding desakan daripada UMNO. – ShahbudinHusin 23/03/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/ketetapan-pau2021-akhirnya-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Akhirnya Ianya Menepati Ramalan Aku

Prn Johor Akhirnya Ianya Menepati Ramalan Aku

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 148 hits
daniel davve1 Aku tak pasti keputusan akhirnya PRN Johor Tapi apa yang terlintas waktu aku tonton Awani tadi Ia seakan menepati ramalan dalam tulisan aku siang tadi dan juga semalam 2 Kelihatan PH bakal kalah teruk biarpun kemungkinan DAP m...
Misteri Akhirnya Terungkai The Beast Inside Gameplay Ending

Misteri Akhirnya Terungkai The Beast Inside Gameplay Ending

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 362 hits
Assalmualaikum Hairangers Apa habaq semua Alhamdulilah akhirnya kita dah sampai ke ending game The Beast Inside Gameplay Segala misteri akhirnya terungkai dan terjawap Memang aku tak jangka ending game The Beast Inside macam nih Memang plot...
Heboh Kim Kardashian Akhirnya Pamer Foto Berdua Dengan Pete Davidson

Heboh Kim Kardashian Akhirnya Pamer Foto Berdua Dengan Pete Davidson

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 194 hits
Untuk kali pertama sejak hubungan mereka terungkap Kim Kardashian akhirnya memajang foto berdua dengan Pete Davidson di instagram pribadinya
Katy Perry Akhirnya Memenangkan Gugatan Hak Cipta Lagu Dark Horse

Katy Perry Akhirnya Memenangkan Gugatan Hak Cipta Lagu Dark Horse

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 215 hits
Kemenangan Katy Perry ini dinilai kejadian langka karena pihak pengadilan berani membatalkan putusan juri atas hasil penyelidikan sejak 2014
Akhirnya Agenda Sebenar Dan Perangai Buruk Zahid Hamidi Terbongkar

Akhirnya Agenda Sebenar Dan Perangai Buruk Zahid Hamidi Terbongkar

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 148 hits
PERTAMA KALI SAYA KECEWA DENGAN ZAHID HAMIDI Saya sebagai ahli umno di negeri Johor yang berada dalam sebuah sejarah kemenangan BN hari ini yang seharusnya bergembira tetapi bertukar rasa kecewa dan marah saya sehingga menghilangkan rasa ho...
Akhirnya Khairuddin Mungkir Janji

Akhirnya Khairuddin Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 164 hits
Dia janji dengan saya apa pun yang jadi dia tak akan keluar dari PAS Ini menggemparkanlah apabila dia ambil tindakan begitu Tapi ikut janji dia dia tak akan keluar daripada PAS Jadi saya akan dapatkan penjelasan daripada dia sendiri kata Mu...
Lirik Akhirnya Sa Tau Jovi Herlandi X Samuel Banua X Finan

Lirik Akhirnya Sa Tau Jovi Herlandi X Samuel Banua X Finan

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 316 hits
di setiap doa ko pu nama slalu sa tutup deng kata amin terlalu sayang sampe sa tra pernah pikir ko cuma bermain sa su percaya ko kata kata sa su percaya ini semuapadahal ko ada simpang dia sa su berusaha cinta tapi kenapa ko tra setiasa su ...
Akhirnya Pilolo Nikah Juga

Akhirnya Pilolo Nikah Juga

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 173 hits
assalamualaikum aku harap entri ini masih belum basi walaupun bulan dah berganti bulan hari berganti hari aku cuma nak bagitahu adik aku dah nikah oi hahaha aku tak sangka dia ni dah besar tapi aku lagi lah tak percaya dengan diri aku yang ...
Hiburan Balik Balik Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang Netizen Luah Rasa Sebak

Hiburan Balik Balik Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang Netizen Luah Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 224 hits
Tular di media sosial Twitter semalam mengenai sebuah video si tanggang moden yang mengundang sebak ramai netizen Dalam video tersebut seorang wanita warga emas bergelar ibu difahamkan sanggup menaiki bas datang dari kampung yang terletak d...
Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Merungkai Segenap Dimensi Paku Langsuyar Botani Sosial Dan Nilai Ekonomi

Kenangan Membesar Di Rumah Tengah Sawah Padi

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Influencer Cantik Mati Dikelar

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One