Ketegasan Zahil Selamatkan Umno
HARI INI TOK PA MASUK BERSATU, MAKA BERTAMBAHLAH PARLIMEN BERSATU, HMMMM, CARI DAN KUTIP LAGI !ZAHID HAMIDI RUPANYA BERSEMANGAT WAJA, DIA TAK PONDAN, YANG LAIN GERTAK SIKIT DAH LEMBIK.UMNO MESTI ADA SIFAT PERJUANGAN, SIFAT INI ADALAH SIFAT UMNO BARU, TIDAK KALAH KERANA GERTAKAN.SETIAP PERJUANGAN PASTI ADA RESIKO, JIKA PERJUANGAN TIADA RESIKO, MAKA ITU BUKAN PERJUANGAN, KERANA ITU TIADA NABI DAN RASUL YANG TIDAK DIUJI OLEH ALLAH, SEMUANYA TERUJI. TAKBIIIIR !!!-Pak Karamu- Saya tak akan berundur: Ahmad ZahidNorhaspida Yatim26 Oktober 2018                                                        AddThis Sharing Buttons

Ahmad Zahid ketika sidang media  selepas menghadiri pertemuan khas bersama kepimpinan Umno Terengganu, di sini, hari ini.                                                        (Ubah saiz teks)                    KUALA TERENGGANU - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  menegaskan tidak sesekali berundur dan akan terus berjuang untuk Umno.
  Perkara itu dijelaskan dalam sidang media selepas menghadiri pertemuan  khas bersama kepimpinan Umno Terengganu, di sini, hari ini.
  Menurutnya, cadangan supaya beliau 'berehat' bukan satu pilihan baginya.
  "Bila ada cadangan untuk saya mengambil cuti, dalam erti kata lain  berundur, saya tidak menganggap ianya adalah satu option (pilihan).
  "Mengalah bukan pilihan dan saya ambil keputusan untuk terus bertugas  sebagai Presiden Umno bersama-sama barisan kepimpinan yang ada,"  katanya.
   [ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno desak Zahid letak jawatan? ]
  Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, segala keputusan  berkaitan status jawatannya diserahkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa  Umno.
  "Mandat yang saya pegang ini biarlah saya laksanakan sehingga tamat  penggal kerana pemilihan jawatan-jawatan dalam parti ditentukan oleh  Perhimpunan Agong Umno.
  "Biar mereka tentukan, bukan seseorang yang memegang jawatan dalam  parti atau cadangan dan pandangan yang tidak mengikut perlembagaan dan  peraturan parti," katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2018/10/ketegasan-zahil-selamatkan-umno.html