Ketamakan Kuasa Singapura Di Langgar Todak
Apabila ulama dihina semata-mata kerana kesombongan dan keegoan kuasa.
Kesannya terjadi terhadap negeri dan kuasa. Kematian Tun Jana Khatib memunculkan todak menyerang Singapura.Bila todak menyerang ramai memberi idea menyelamatkan negeri. Seorang budak dengan ide batang pisang. Idea diterima tetapi ketamakan dan kerakusan kuasa masih belum berhenti sehingga budak yang bijaksana dibunuh.
Baca selanjutnya dalam Sulalatus SalatinSingapura Dilanggar Todak
ALKISAH diceriterakan orang yang empunya ceritera - alamat akan binasa negeri Singapura.
Maka ada seorang Hamba Allah, orang Pasai, turun dari atas angin ke Pasai tiga bersahabat,
Tuan Jana Khatib namanya; memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh
itu pergi dua bersahabat ke singapura, seorang pergi ke Samarlanga, itulah yang disebut
orang tuan di Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana
Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung; maka ia lalu Hampir pagar istana raja. Maka
dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon
pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua.
Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka;
titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu
maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa
orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia
ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh
itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat
bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya.
Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya;
tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di
sana. Inilah dibuat orang pantun:
Telur itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di Lengkawi. Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura,
berlorupatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak
itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu
lagi. Maka geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, "Todak
datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya." Maka paduka Seri Maharaja pun
segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara
sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu,
barang yang kena dilorupatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati
ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilorupati
oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang,
makin banyak orang mati.
Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, "Apa kerja kita
berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah
baiknya?" Setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, "Benar
seperti kata budak itu," maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat
kota, Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang
melorupat itu lekatlah jongomya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah
bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak
itu pun tiadalah melorupat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke
atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka:
Carek baju dilompati todak,
Baharu menurut kata budak. Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka
sembah Orang Besar-besar, "Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia
lagi budak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh,
tuanku." Maka titah raja, "Benarlah bagai kata tuan Hamba sekalian itu, bunuhlah ia!" Maka
adalah budak itu, tatkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu;
lalu ia pun dibunuh oranglah.
Hatta, setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda pun
mangkatlah. Anakanda baginda Raja Iskandar Syah menggantikan kerajaan ayahanda
baginda, beristerikan anak Tun Perpatih Tulus, beranak seorang lelaki bernama Raja Ahmad,
timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupa dan slkapnya, tiada berbagai pada
zaman itu. Setelah baginda besar, maka oleh ayahanda baginda didudukkan dengan anak Raja
Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai, bernama Tuan Puteri Kamaru'l Ajaib, terlalu baik
parasnya, tiada sebagainya pada zaman itu,
dipetik daripada Sulalatus Salatin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mimbarkata.blogspot.com/2023/07/ketamakan-kuasa-singapura-di-langgar.html