Ketahui Penyakit Darah Tinggi Dan Cara Cara Untuk Merawatnya


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Ketahui Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi) dan Cara-Cara untuk Merawatnya adalah perbincangan mengenai ilmu kesihatan yang kami persembahkan pada kali ini. Pada bahagian yang berikutnya, anda akan dapat mengetahui tentang penyakit darah tinggi dengan lebih mendalam.
Penyakit Darah Tinggi (High Blood Pressure) atau lebih dikenali sebagai Hipertensi (HT atau HTN) merupakan penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh tekanan darah di dalam bahagian arteri meningkat secara berterusan. Penyakit ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala yang signifikan kepada pesakit.
Namun begitu, kesan jangka masa panjang bagi penyakit darah tinggi boleh meningkatkan risiko hadirnya pelbagai penyakit berbahaya lain seperti strok, penyakit koronari arteri, fibrilasi atrium (gangguan irama jantung berterusan), penyakit arteri periferi, kegagalan fungsi jantung, penyakit buah pinggang kronik, hilang daya penglihatan dan demensia (masalah berkaitan daya ingatan).
Bidang kajian bagi penyakit hipertensi ini merupakan salah satu cabang yang terdapat di dalam perubatan atau lebih spesifiknya dikenali sebagai bidang kardiologi (kajian berkaitan masalah jantung dan sistem peredaran darah).
Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Berlaku? Jantung yang Mengepam Darah Setiap kali jantung berdenyut, darah akan dipam melalui rangkaian saluran darah dan seterusnya tersebar ke seluruh tubuh badan. Tekanan darah iaitu blood pressure (BP) akan terhasil apabila berlakunya penekanan darah pada dinding arteri (salur darah). Sekiranya tekanan darah yang berlaku itu melebihi paras yang biasa dan selamat, maka akan berlaku masalah penyakit darah tinggi atau dalam istilah perubatannya ialah hipertensi.
Cara Semulajadi Badan Mengawal Tekanan Darah Darah di dalam Arteri Badan manusia sememangnya mempunyai kebolehan dalam meningkatkan atau menurunkan tekanan darah (blood pressure – BP) dengan menggunakan mekanismenya yang tersendiri. Cara semulajadi ini dikawal oleh organ jantung dan buah pinggang. Berikut merupakan contoh situasi yang boleh menyebabkan berlakunya peningkatan atau penurunan tekanan darah yang dikawal oleh sistem di dalam badan:
Situasi 1: Untuk meningkatkan tekanan darah
Organ jantung akan berdegup dengan lebih cepat atau lebih kerap untuk meningkatkan aliran darah di dalam arteri. Arteri kecil boleh menjadi lebih sempit untuk memaksa darah mengalir dalam kawasan yang sempit. Vena juga boleh mengecut untuk memaksa darah agar cepat untuk masuk ke dalam arteri. Situasi 2: Untuk menurunkan tekanan darah
Pada keadaan ini, jantung tidak akan berdegup dengan cepat dan kerap. Arteri kecil juga akan menjadi lebar. Vena turut melebar bentuknya. Disebabkan mekanisme semulajadi seperti ini berlaku di dalam badan, kita semua pasti pernah merasai peningkatan tekanan darah yang sementara seperti ketika sedang memecut berlari atau sedang berasa marah. Hal ini dapat mencerminkan bahawa organ-organ di dalam badan mampu bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku dan sentiasa memastikan tekanan darah sentiasa kekal pada tahap yang normal. Jika organ di dalam badan gagal untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap optimum, anda akan berdepan masalah kesihatan yang serius.
Cara Membaca Tekanan Darah dan Maksud di Sebaliknya Mesin Sfigmomanometer untuk Mengukur Tekanan Darah Untuk mengukur tekanan darah manusia, mesin sfigmomanometer diperlukan. Mesin ini turut dikenali sebagai meter tekanan darah atau tolok tekanan darah. Mesin sfigmomanometer merupakan suatu alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah yang terdiri daripada manset boleh kembung untuk menguncup dan kemudian membebaskan arteri di bawah manset dalam cara terkawal dan manometer raksa (aneroid) untuk mengukur tekanan.
Selepas proses mengukur tekanan darah selesai dengan menggunakan mesin sfigmomanometer, hasil bacaan tekanan darah akan dipaparkan. Bacaan tekanan darah (blood pressure – BP) terdiri daripada dua set nombor yang dipisahkan dengan garis condong (slash) contohnya 120/80 mmHg (mmHg dibaca sebagai milimeter merkuri).
Nombor pertama dipanggil sebagai tekanan darah sistolik yang merujuk kepada tekanan yang berlaku apabila jantung mengecut. Manakala nombor kedua selepas garis condong (slash) ialah tekanan darah diastolik yang merujuk kepada tekanan apabila jantung mengendur di antara denyutan. Jadual di bawah memaparkan kategori tekanan darah bagi golongan dewasa yang berumur 18 tahun ke atas:

Kadar bacaan untuk tekanan darah yang sihat adalah di bawah 130 (sistolik) dan/atau di bawah 85 (diastolik). Bagi anda yang mempunyai tekanan darah sekitar 130 – 139 (sistolik) dan/atau 85 – 89 (diastolik), anda hendak berjaga-jaga kerana pada keadaan ini mungkin petanda awal bahawa anda sedang mengalami pra-hipertensi. Jika bacaan melebihi 140 (sistolik) dan/atau 90 (diastolik), anda ketika ini berisiko atau sudah menghidap penyakit hipertensi seperti yang terdapat dalam jadual di atas.
Adakah Penyakit Darah Tinggi Sering Berlaku? Penduduk-Penduduk di Negara Berpendapatan Rendah Berdasarkan statistik yang diperoleh, terdapat seramai 1 bilion orang di dunia mempunyai tekanan darah tinggi. Perkara ini dilihat sering berlaku di negara-negara yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana berbanding dengan negara-negara berpendapatan tinggi. Hal ini demikian kerana, kekurangan alatan yang canggih telah menyebabkan ramai masyarakat tidak dapat didiagnos, dirawat dan mempunyai tekanan darah yang tinggi sehingga tidak terkawal. Kesannya, seramai 9 juta kematian berlaku pada setiap tahun akibat daripada komplikasi tekanan darah tinggi (high blood pressure).
Berbeza dengan keadaan yang berlaku di Malaysia, 30.5% orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi dan 3 daripada 5 orang tersebut tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit ini. Kadar bilangan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi meningkat seiring dengan kenaikan umur. Kebanyakan yang menghidap penyakit ini adalah berumur sekitar 70 – 74 tahun (75.4%). Jika dilihat dari sudut demografi penduduk, pesakit hipertensi di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 33.5% berbanding dengan 29.3% bagi penduduk di bandar. Kadar bilangan penyakit ini juga tidak mempunyai perbezaan bagi gender lelaki dan wanita.
Perkara yang Menyumbang kepada Kenaikan Penyakit Hipertensi di Seluruh Dunia Diet Pemakanan yang Tidak Sihat Terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada kenaikan penyakit hipertensi di seluruh dunia, antaranya disebabkan oleh:
Perkembangan populasi penduduk. Diet pemakanan yang tidak sihat. Umur penduduk yang semakin meningkat (terdedah kepada penyakit). Gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif. Mempunyai tabiat meminum arak secara berlebihan. Tekanan (stres) Obesiti Jenis-Jenis Tekanan Darah Tinggi Ubat-Ubatan Tertentu Boleh Menyebabkan Hipertensi Sekunder Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi mempunyai jenis-jenisnya seperti:
1. Hipertensi Primer Tekanan darah tinggi jenis ini biasanya berlaku tanpa sebab yang tertentu. Penyakit jenis hipertensi primer dihidap oleh 85% hingga 95% individu yang mempunyai tekanan darah tinggi. Meskipun tidak diketahui punca kenaikan darah tinggi berlaku, namun ia mungkin disebabkan oleh gabungan perubahan di dalam jantung dan saluran darah. Perubahan yang dimaksudkan dalam konteks ini termasuklah jumlah darah yang dipam bertambah, saluran darah mengecut, jumlah garam (Na) dalam badan berlebihan atau kekurangan bahan-bahan yang boleh mengembangkan arteri kecil.
2. Hipertensi Sekunder Individu-individu yang mengetahui penyebab mereka menghidap tekanan darah tinggi dikatakan mempunyai hipertensi sekunder. Penyakit jenis ini selalunya disebabkan oleh masalah buah pinggang. Hal ini demikian kerana, buah pinggang memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal tekanan darah. Namun begitu, hipertensi sekunder juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan hormon dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti pil pencegah kehamilan.
Faktor-Faktor Tekanan Darah Tinggi Berlaku Pengerasan Saluran Darah Akibat daripada Proses Penuaan Menyumbang kepada Hipertensi Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi berlaku kepada seseorang dan faktor-faktor ini boleh dipecahkan kepada 3 kategori iaitu:
1. Faktor Penentu dan Dorongan Sosial Persekitaran tidak sihat disebabkan urbanisasi yang cepat dan tidak terancang mendorong kepada gaya hidup tidak sihat. Pengerasan saluran darah akibat daripada proses penuaan seseorang juga boleh menyumbang kepada masalah hipertensi ini. Pendapatan, pendidikan dan perumahan merupakan penentu kesihatan sosial kerana ia menyumbang kepada masalah tingkah laku seperti pertengkaran dan sebagainya yang boleh memicu kepada penyakit tekanan darah tinggi. 2. Faktor-Faktor Risiko Pengamalan diet yang tidak sihat seperti banyak mengambil makanan yang tinggi dengan garam (Na) dan lemak. Pengurangan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga mendorong kepada penyakit hipertensi ini. Tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal atau kurang bersenam seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain. Pengurusan tekanan (stres) yang tidak baik juga merupakan salah satu faktor risiko bagi penyakit tekanan darah tinggi. Kerap menghisap rokok atau menggunakan produk tembakau dalam kehidupan seharian. Menggunakan alkohol dengan berbahaya sehingga menyumbang kepada masalah penyakit hipertensi. 3. Faktor Lain Mempunyai bawan genetik atau sejarah keluarga yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi biasa berlaku sewaktu proses kehamilan dan perkara ini dikenali sebagai praeklampsia. Penyebab sekunder seperti penyakit buah pinggang, penyakit endokrin dan kecacatan pembentukan saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Penyakit-penyakit sebegini perlu diperiksa secara teliti terutamanya kepada golongan umur di bawah 40 tahun. Merokok dan Penyakit Tekanan Darah Tinggi Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Hipertensi Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian faktor-faktor risiko di atas, tabiat merokok sememangnya antara penyebab penyakit tekanan darah tinggi. Semasa merokok, tekanan darah akan naik untuk sementara waktu dan keadaan ini akan meningkatkan risiko kerosakan pada arteri. Tabiat Merokok secara berterusan juga akan merangsang pengecutan dan pengerasan arteri seseorang. Lebih buruk lagi, kesannya akan kekal selama satu dekad meskipun telah berhenti merokok.
Kandungan tembakau dalam rokok dapat memberikan kesan buruk seperti mendapat komplikasi kardiovaskular sekunder. Perokok akan berhadapan dengan masalah serangan jantung, strok dan memburukkan lagi kerosakan pada buah pinggang. Keburukan rokok tidak berhenti di situ sahaja, asap rokok mampu mengakibatkan penyakit jantung kepada golongan yang tidak merokok jika mereka menghidunya. Oleh hal yang demikian, anda disarankan untuk berhenti merokok bagi tujuan mengawal tekanan darah sekaligus untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling.
Cara-Cara untuk Mengenal Pasti Jika Mempunyai Penyakit Tekanan Darah Tinggi Pemeriksaan Tekanan Darah dengan Pihak Perubatan di Hospital Penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) biasanya tidak mempunyai sebarang simptom. Cara yang terbaik untuk mengesan tekanan darah tinggi adalah dengan mengawasi bacaan tekanan darah. Anda hendaklah memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali kerana fenomena tekanan darah tinggi boleh berlaku tanda ada apa-apa petanda.
Berikut adalah contoh situasi dan cara-cara untuk mengenal pasti penyakit darah tinggi:
Tiada Tekanan Darah Tinggi – Anda hendaklah melakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Apabila Umur Semakin Meningkat – Anda dinasihatkan untuk memeriksa setiap tahun tekanan darah kerana risiko penyakit darah tinggi meningkat selari dengan umur. Tekanan Darah Lebih Tinggi dari Paras Normal – Anda mestilah membuat pemeriksaan tekanan darah semula dalam masa 3 hingga 6 bulan. Awas Tekanan Darah yang Sangat Tinggi Tekanan Darah Tinggi boleh Menyebabkan Sakit Kepala Jika anda mendapat bacaan tekanan darah (blood pressure – BP) yang sangat tinggi, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom berikut:
Penglihatan menjadi kabur Hidung berdarah Kesakitan di bahagian dada dan sesak nafas Berasa loya dan muntah Sakit kepala Kelesuan dan berasa gelisah Bagaimanakah Cara untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi? Aktiviti Senam Aerobik Merupakan Salah Satu Cara Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Langkah pertama untuk mengawal tekanan darah (blood pressure – BP) ialah dengan mengubah gaya hidup. Untuk sesetengah orang, perubahan gaya hidup boleh mengawal tekanan darah dengan baik dan dapat mengurangkan kebergantungan untuk mengambil ubat-ubatan. Berikut merupakan cara-cara yang boleh diambil untuk menurunkan tekanan darah tinggi:
1. Mengurangkan berat badan Berat badan yang berlebihan akan meningkatkan pelbagai masalah kesihatan seperti hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Oleh itu, anda haruslah menurunkan berat badan sehingga ke tahap BMI (Body Mass Index) yang ideal.
2. Hadkan Pengambilan Alkohol Pengambilan Alkohol yang berlebihan akan memberikan kesan negatif. Anda dinasihati untuk mengehadkan pengambilan alkohol iaitu tidak melebihi 30ml etanol setiap hari untuk lelaki atau 15ml etanol setiap hari untuk wanita dan mereka yang mempunyai berat badan yang ringan.
3. Kurangkan Pengambilan Garam Pengambilan garam harian hendaklah kurang daripada 5g (1 sudu teh) setiap hari.
4. Amalkan Pemakanan yang Sihat Mengamalkan pemakanan yang sihat seperti banyak memakan buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu (kurang lemak/tanpa lemak) dan tidak memakan makanan yang tinggi dengan lemak.
5. Memastikan Nutrien yang Diperlukan oleh Badan Mencukupi Pastikan pengambilan nutrien setiap hari mengandungi potasium (K), kalsium (Ca), dan magnesium (Mg) yang mencukupi.
6. Berhenti Merokok Berhenti merokok merupakan salah satu cara untuk menurunkan paras sistolik dan mengelakkan pengerasan arteri.
7. Melakukan Senaman Aerobik Pastikan membuat senaman aerobik seperti berjoging dan berjalan pantas sekurang-kurangnya sebanyak 30 minit sehari.
Ubat-Ubat untuk Merawat Penyakit Tekanan Darah Tinggi Ubat-ubatan Jika perubahan gaya hidup yang telah anda lakukan di atas masih tidak dapat membantu menurunkan tekanan darah, anda memerlukan pengambilan ubat atas nasihat daripada pakar perubatan atau doktor. Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Ubat-ubat yang digunakan untuk merawat penyakit ini dipanggil sebagai ubat antihipertensi. Antaranya ialah:
Diuretik Kadangkala dipanggil sebagai ‘pil air’ yang boleh membantu buah pinggang mengeluarkan sodium (Na) dan air dari badan. Ubat ini biasanya akan menyebabkan orang sering membuang air kecil.
Beta Blocker Ubat ini membantu untuk membuka saluran darah dan membuat jantung dapat berdenyut dengan lebih perlahan dan kurang daya untuk mengepam.
ACE Inhinitors Membantu saluran darah mengendur dengan menyekat pembentukan bahan kimia yang dibuat oleh badan untuk menyempitkan saluran darah.
Angiotensin II Receptor Blockers – ARBs Ubat jenis ini mempunyai fungsi yang seakan sama dengan ubat ACE Inhinitors.
Calcium Channel Blockers – CCBs Membantu saluran darah mengendur. Jika anda mengambil ubat jenis ini anda seeloknya berbincang dengan doktor mengenai makanan yang perlu dielakkan seperti jus limau gedang dan sebagainya.
Renin Inhibitor Ubat jenis ini dapat memperlahankan penghasilan enzim renin. Ubat Renin Inhibitor tidak boleh diambil sekali dengan ACE Inhinitors dan Angiotensin II Receptor Blockers – ARBs.
Akhir kata, semoga perkongsian mengenai Ketahui Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi) dan Cara-Cara untuk Merawatnya dapat memberikan pengetahuan yang lebih kepada anda tentang penyakit ‘pembunuh senyap’ ini. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat agar terhidar daripada penyakit hipertensi. Kesihatan itu merupakan suatu nikmat dan kita janganlah mensia-siakannya. Bagi anda yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi ini, kami mendoakan agar anda sentiasa tidak putus asa dalam mencari penawar dan mudah-mudahan anda akan disembuhkan olehNya.
 
Ketahui Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi) dan Cara-Cara untuk Merawatnya
Firdaus Johari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/04/ketahui-penyakit-darah-tinggi-hipertensi-dan-cara-cara-untuk-merawatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 792 hits
Sumber FB Dr Zubaidi 10 Tips Turun Gula Dalam Darah 1 Melakukan senaman Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin Dengan senaman juga
Bacaan Tekanan Darah Normal Tinggi Atau Rendah Ini Maksud Nombor Pada Blood Pressure Monitor

Bacaan Tekanan Darah Normal Tinggi Atau Rendah Ini Maksud Nombor Pada Blood Pressure Monitor

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 2056 hits
Berapa bacaan tekanan darah normal ye Tak reti pulak aku nak tengok dekat alat ni Apa maksud dua dua nombor ni Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat Bagi pesakit darah tinggi penting untuk anda menguku
Surah Yunus Merawat Gout Darah Tinggi Kencing Manis

Surah Yunus Merawat Gout Darah Tinggi Kencing Manis

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 396 hits
Surah Yunus Merawat Gout Darah Tinggi Kencing Manis Penyakit gout kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit tiga serangkai yang banyak dihidapi oleh rakyat negara ini Ketiga tiga penyakit ini memerlukan kos rawatan yang tinggi dan mema...
10 Cara Sederhana Mengatasi Kelelahan Mental

10 Cara Sederhana Mengatasi Kelelahan Mental

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 302 hits
Kebanyakan dari kita akan mengalami kelelahan mental karena berbagai faktor Namun orang orang biasa seperti kita dituntut untuk semangat dan produktif lagi sesegera mungkin karena hidup terus berjalan Kelelahan mental sendiri bisa didefinis...
Cara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok Sebulan Berpuasa

Cara Buat Sambal Kelantan Sedap Untuk Stok Sebulan Berpuasa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 309 hits
Tak lengkap hidangan berbuka tanpa sambal Kalau nak tahu Sambal Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi Kalau pernah rasa kenduri di Kelantan ha inilah sambalnya Sekali buat dalam ...
Sejauh Mana Anda Tahu Tentang Sejadah Ini Sejarah Dan Cara Menjaganya

Sejauh Mana Anda Tahu Tentang Sejadah Ini Sejarah Dan Cara Menjaganya

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 312 hits
INDONESIA Sejadah adalah salah satu kelengkapan solat yang dimiliki oleh setiap umat Islam Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan sejadah penting untuk memastikan kebersihan ruang yang digunakan semasa menunaikan solat Saiz sejadah juga pe...
Diskaun Saman Jpj 70 Cara Semakan Bayaran

Diskaun Saman Jpj 70 Cara Semakan Bayaran

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 536 hits
DISKAUN SAMAN JPJ 70 CARA SEMAKAN BAYARAN Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke 75 Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa ...
Cara Bantu Anak Tadika Menulis Cantik Dengan Bermain Bukan Hanya Paksa Belajar

Cara Bantu Anak Tadika Menulis Cantik Dengan Bermain Bukan Hanya Paksa Belajar

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 385 hits
Kena tunggu dan tengok baru elok Jika tak tengok ada lah tulisan yang kecil ada besar Jenuh cakap Ini antara situasi yang biasa ibu ibu ada anak umur 5 hingga 6 tahun akan alami Sebenarnya dalam fasa ini anak kita sedang dalam fasa belajar ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian