Ketahui Khasiat Dan Manfaat Lidah Buaya


Lidah buaya (Aloe vera) adalah spesies tumbuhan herba dari keluarga Liliaceae, dengan hampir 420 spesies, berasal dari Afrika Utara dan mudah ditemui di seluruh dunia kerana tumbuhan ini dapat beradaptasi dalam semua iklim.


Orang-orang Mesir purba telah mula menggunakan Aloe vera sebagai antiseptik sejak tahun 1500 sebelum Masihi untuk merawat jangkitan kuman, serangan penyakit dan kelecuran akibat terbakar.

Nama 'aloe' juga berasal daripada perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit, mengandungi 96% kandungan air, manakala 4% lagi ialah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

MANFAAT LIDAH BUAYA

Pokok lidah buaya mempunyai khasiat dan kegunaan yang sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik.

80% populasi dunia menggunakan tumbuhan herba untuk merawat penyakit.

Pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan herba yang wajib ditanam di rumah kerana dapat digunakan sebagai antiseptik tatkala kita berhadapan detik kemalangan atau kecemasan di rumah mahupun ketika ingin dijadikan sebagai makanan tambahan.

Bahagian lidah buaya yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik ialah daunnya. Rahsia keajaibannya terletak pada nutrien dan bahan penting termasuk air, vitamin A, B, C, dan E.

Malah, Lidah Buaya dikatakan mengandungi lebih daripada 20 mineral yang secara tidak langsung membuatkan ia bukan saja unik dan menarik sebagai tanaman hiasan serta penawar.

MANFAAT KECANTIKAN

Melembapkan Kulit

Anda mengalami masalah kulit kering? Aloe Vera boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Antara manfaat utama pokok ini ialah ia mempunyai tinggi kandungan air dan berfungsi untuk melembapkan kulit anda.

Mencerahkan Kulit

Pernahkah anda terdengar tentang khasiat lidah buaya sebagai pencerah kulit wajah? Jika tidak, ia merupakan sumber semula jadi yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit kusam.

Bahan seperti Aloesin dan Aloin berfungsi mengurangkan sel melanin yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada wajah.

Walau bagaimanapun, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil yang berkesan maka, ia harus digunakan dengan kerap bagi mendapatkan hasil yang diingini.

Mengurangkan jerawat

Jika anda melihat pencuci muka di pasaran mengandungi Aloe vera, anda tidak lagi perlu berasa was-was.

Hal ini kerana, Aloe Vera digunakan sebagai pencuci muka untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah.

Apabila anda melihat terdapat jerawat pada wajah, sapukan gel tersebut pada permukaan jerawat dan biarkan ia semalaman.

Iritasi dan kulit kemerah-merahan akan menjadi kurang daripada biasa.

Mengecilkan pori-pori wajah

Jika anda sering terganggu dengan pori-pori yang kerap timbul pada wajah, anda boleh gunakan pokok Lidah Buaya untuk mengatasinya.

Aloe vera memiliki kebolehan untuk mengurangkan pori-pori pada wajah.

MANFAAT PERUBATAN

Jika anda sedang mengalami masalah kulit yang kronik, anda boleh menggunakan tumbuh-tumbuhan ini untuk mengelakkan masalah tersebut.

Meredakan iritasi pada kulit yang terbakar

Bagi kecederaan akibat bahan panas seperti minyak masak yang terpercik pada kulit, anda boleh meletakkan gel aloe vera pada bahagian kulit yang terjejas.

Ia berupaya untuk mengurangkan iritasi dan keradangan pada kawasan terjejas. Gunakan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Membantu merawat luka

Luka-luka kecil yang boleh menyebabkan gejala seperti pedih boleh dirawat menggunakan tumbuh-tumbuhan ini.

Aloe Vera mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan parut luka.

Membantu merawat Ekzema, Seborrheic Dermatitis

Manfaat melembabkan kulit juga boleh membantu merawat penyakit kulit kering ini namun, rawatan yang diberikan doktor harus dilaksanakan dan diberi keutamaan.

Merawat lesi vesikular jangkitan virus Herpes pada bibir 'cold sore'

Anda boleh meletakkan gel Aloe Vera dua kali sehari pada permukaan vesikular tersebut. Ia boleh membantu menyembuhkan jangkitan virus Herpes.

CARA BUAT MASKER LIDAH BUAYA

Aloe Vera boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain untuk menghasilkan masker yang berkesan.

Pelbagai alternatif bahan yang boleh digunakan seperti kacang badam, madu, susu, buah pisang dan sebagainya.

Kami akan menerangkan cara penghasilan masker lidah buaya dan madu, yang berperanan untuk mengurangkan keradangan kulit serta berfungsi sebagai antibakteria kepada kulit.

Bahan-bahan:
1 sudu kecil gel lidah buaya.1 sudu kecil madu.
Cara-cara:
Gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati.Lumurkan masker tersebut pada wajah dengan rata.Biarkan masker selama 20 minit untuk diserap oleh wajah.Bilas dengan air suam.Keringkan wajah dengan tuala yang bersih.Selesai.
KHASIAT LIDAH BUAYA

Pengamal perubatan moden mula menggunakan lidah buaya semenjak tahun 1930an.

Lidah buaya digunakan sebagai makanan tambahan bagi membantu sistem pertahanan badan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing, hati dan sistem penghadaman serta mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan.

Apabila digunakan secara luaran, Lidah Buaya sangat berkesan untuk membantu merawat termasuk gigitan serangga, jerawat, selaran matahari, ruam, parut, cela dan kudis.

Cara Penggunaan Lidah Buaya

Bagi kegunaan di rumah, gel daripada daun lidah buaya boleh digunakan untuk merawat bahagian badan yang melecur atau melepuh.

Selain itu, lidah buaya juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan ketika demam dengan menyapu gel pada kepala dan dahi. Proses penyembuhan luka juga dapat dipercepatkan dengan menyapu bahagian luka dengan gel Aloe vera.

Bukan itu sahaja, bagi wanita-wanita yang mementingkan kecantikan menggunakan bahan semulajadi, lidah buaya merupakan tumbuhan herba terbaik untuk digunakan bagi menggantikan produk kosmetik di pasaran.

Gel daripada daun lidah buaya dapat membantu mencegah jerawat, menegangkan kulit muka dan menambahkan kelembapan kulit, juga dapat melebat dan menyuburkan rambut.

Gel aloe vera juga boleh diminum.

Penting:
Sebelum menggunakan gel lidah buaya, rendam keratan batang di dalam air selama 1-2 jam untuk menghilangkan pulutnya kerana beracun.Selepas direndam, ia selamat digunakan, malah boleh diminum untuk kesihatan.
CARA TANAM LIDAH BUAYA

Lidah buaya memerlukan cahaya matahari selama lapan hingga 10 jam sehari, sementara pertumbuhan paling baik adalah pada suhu hangat atau panas.

Namun, Lidah Buaya juga mampu bertahan dan hidup pada cuaca sejuk tapi bukan di bawah negatif empat darjah Celsius.

Jika anda menanam pokok lidah buaya di dalam pasu, pastikan bekas tanaman itu mempunyai lubang pada dasarnya supaya sistem pengaliran air sempurna.

Ini kerana pengaliran air yang tidak sempurna boleh menyebabkan tanah di dalam bekas tanaman itu basah dan lembap.

Kondisi tanah yang sentiasa lembab boleh menyebabkan Lidah Buaya cepat mati.

Jika daunnya tumbuh mendatar atau rapat ke tanah itu bermakna ia memerlukan cahaya matahari yang banyak. Daun lidah buaya seharusnya tumbuh meninggi atau melebar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
8 Moisturizer Pilihan Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Kulit Berminyak4 Sebab Amoi Cina Selalu Nampak Forever Youn
sumber: 1 | 2 | 3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/khasiat-dan-manfaat-lidah-buaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegunaan Manfaat Kebaikan Khasiat Psyllium Husk

Kegunaan Manfaat Kebaikan Khasiat Psyllium Husk

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 888 hits
Psyllium adalah sekam daripada benih pisang dan adalah herba utama yang digunakan dalam kawalan berat badan dan untuk kesihatan usus umum Ia mengandungi serat lembut yang mengurangkan selera makan memperbaiki penghadaman dan membersihkan si...
Eh Betul Ke Pokok Lidah Jin Beracun

Eh Betul Ke Pokok Lidah Jin Beracun

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 456 hits
Kebelakangan ini telah tular di segenap media sosial tentang pokok lidah jin atau lidah mentua akan membawa pelbagai kebaikan jika ditanam dan disimpan di dalam rumah Tidak dinafikan penyataan tersebut ada benarnya namun orang ramai dinasih...
Mengetahui Anda Sihat Atau Tidak Sihat Lihat Lidah Perhatikan Warnanya

Mengetahui Anda Sihat Atau Tidak Sihat Lihat Lidah Perhatikan Warnanya

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 603 hits
Salah satu gejala pertama dari lidah yang tidak sihat adalah perubahan warna yang signifikan Ketika lidah berubah warna ia juga dapat mengindikasikan adanya masalah kesihatan pada tubuh anda Lidah boleh berubah merah kuning ungu atau warna ...
Mahalnya Nilai Lidah Kita Apa Yang Kita Kata Nanti Boleh Jadi Doa

Mahalnya Nilai Lidah Kita Apa Yang Kita Kata Nanti Boleh Jadi Doa

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 628 hits
hi semua mahalnya nilai lidah kita apa yang kita kata nanti boleh jadi doa Sebabtu mungkin kenapa lidah kita ni Allah pagarkan dengan gigi dan bibir Kot kot kalau tanpa gigi lidah ni mungkin suka ke kiri ke kanan ke atas ke bawah dan ditamb...
Sukakan Perhatian Kucing Ini Kerap Prank Jiran Terbaring Kaku Dengan Lidah Terkeluar Seakan Sudah Mati

Sukakan Perhatian Kucing Ini Kerap Prank Jiran Terbaring Kaku Dengan Lidah Terkeluar Seakan Sudah Mati

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 306 hits
Seorang pemilik terpaksa menghantar nota kepada jiran jirannya untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak membunuh kucingnya yang berterusan melakukan prank kerana inginkan perhatian Kucing yang diberi nama Lolly itu dikatakan sangat suka ...
Berbagai Manfaat Penyewaan Mailbox Jakarta

Berbagai Manfaat Penyewaan Mailbox Jakarta

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 285 hits
Penyewaan mailbox Jakarta timur semakin dicari oleh para pengusaha atau pebisnis yang membutuhkan jasa penerimaan surat dan paket Banyaknya pebisnis yang bekerja secara berpindah pindah menjadikan jasa tersebut sangat bermanfaat untuk menun...
Buaya Dan Pekebun Sama Sama Terkejut Dalam Kebun Sawit

Buaya Dan Pekebun Sama Sama Terkejut Dalam Kebun Sawit

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 474 hits
Pekebun terkejut jumpa buaya berehat dalam kebun sawit Buaya berkenaan sebelum ini dipercayai tersesat masuk ke anak Sungai Linau berhampiran kebun sawit itu JBPM BATU PAHAT Seorang pekebun terkejut apabila menemui seekor buaya sepanjang ti...
Gadis Panik Temui Anak Buaya Di Dalam Tab Mandi Tapi Rupa Rupanya Kena Prank

Gadis Panik Temui Anak Buaya Di Dalam Tab Mandi Tapi Rupa Rupanya Kena Prank

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 280 hits
SEORANG gadis dalam keadaan panik menghubungi pusat panggilan kecemasan selepas menjumpai seekor anak buaya di dalam tab mandinya Clare Kelly 25 menemui haiwan reptilia itu ketika mahu membersihkan dirinya Namun operator pusat panggilan kec...
Tawau Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai

Tawau Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 358 hits
Seorang wanita yang berusia sekitar 50 an maut dibaham buaya di Sungai Tuda Kalabakan Tawau pada Khamis Sebelum kejadian kira kira jam 10 50 pagi mangsa Nurhayati Talib dikatakan sedang mandi sungai sebelum diserang reptilia ganas tersebut ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik