Ketahui Apa Sebenarnya Maksud Penutupan Kerajaan


Ketahui Apa Sebenarnya Maksud “Penutupan Kerajaan” 
Umum diketahui, kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini mula ditutup selepas ahli Kongres dan Presiden Donald Trump gagal menyelesaikan kebuntuan bajet dalam rundingan tegang yang tertumpu pada tuntutan Demokrat berhubung peruntukan kesihatan.
Penutupan ini merupakan yang pertama sejak krisis terpanjang dalam sejarah hampir tujuh tahun lalu, yang berlangsung selama 35 hari.
Apakah itu penutupan kerajaan atau “government shutdown”? Banyak agensi dan program kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat beroperasi menggunakan bajet tahunan yang mesti diluluskan oleh Kongres.
Setiap tahun, Kongres perlu meluluskan dan Presiden menandatangani bajet untuk tahun fiskal baharu. Bajet ini mengandungi 12 rang undang-undang peruntukan.
Namun, bagi tahun fiskal 2026, Kongres masih belum meluluskan mana-mana daripada 12 rang undang-undang tersebut. Jika bajet ini atau “resolusi berterusan” (continuing resolution, CR) tidak diluluskan, kerajaan persekutuan akan terpaksa ditutup (shutdown).
Untuk info, CR ialah langkah sementara untuk membiayai kerajaan jika rang undang-undang peruntukan belum siap. Ia biasanya mengekalkan tahap perbelanjaan tahun sebelumnya bagi memastikan kerajaan tidak ditutup.
Namun, ia ada kelemahan. Antaranya:
Mengekalkan peruntukan lama tanpa menilai keperluan semasa. Menyebabkan pembaziran kerana program yang sepatutnya dikurangkan masih dibiayai. Menyukarkan perancangan projek baharu oleh agensi kerajaan. Dalam pada itu, apabila berlaku shutdown, semua agensi kerajaan perlu menghentikan tugas-tugas yang tidak penting sehingga ada undang-undang baharu diluluskan.
Hanya perkhidmatan penting seperti keselamatan, kesihatan, dan program perbelanjaan wajib (mandatory spending) yang akan diteruskan.
Selain itu, program wajib (mandatory programs) seperti Social Security dan Medicare tetap berjalan kerana ia mempunyai pembiayaan tetap atau jangka panjang, bukan setahun sekali. Namun, beberapa perkhidmatan tambahan di bawah program ini boleh terganggu kerana kekurangan kakitangan.
Perkhidmatan apa yang terjejas? Setiap agensi kerajaan mempunyai pelan penutupan yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB). Pelan ini menentukan aktiviti mana yang dihentikan dan pekerja mana yang perlu bercuti tanpa gaji (furlough).
Perkhidmatan penting seperti keselamatan sempadan, kawalan trafik udara, penguatkuasaan undang-undang, penjagaan kesihatan dalam hospital, dan penyelenggaraan grid kuasa akan terus berjalan.
Program sosial utama seperti Social Security, Medicare dan Medicaid juga tidak terjejas kerana ia bukan bergantung pada peruntukan tahunan.
Namun, beberapa kesan nyata kepada orang ramai semasa penutupan termasuk:
Social Security & Medicare: Cek masih dihantar, tetapi pengesahan faedah dan pengeluaran kad baharu dihentikan. Pemeriksaan Alam Sekitar & Makanan: EPA dan FDA pernah menghentikan ribuan pemeriksaan semasa penutupan terdahulu. Taman Negara: Ditutup pada 2013, menyebabkan kerugian lebih USD500 juta dalam perbelanjaan pelancong. Perjalanan Udara: Pegawai TSA dan pengawal trafik udara bekerja tanpa gaji, menyebabkan kelewatan panjang di lapangan terbang. Kesihatan & Perkhidmatan Kemanusiaan: NIH tidak boleh menerima pesakit baharu atau memproses geran. Cukai (IRS): Tidak dapat memproses pengesahan nombor keselamatan sosial, menyebabkan kelewatan pinjaman dan bayaran balik cukai. Bantuan Makanan (SNAP/food stamps): Bergantung pada tempoh penutupan, pengeluaran bantuan makanan boleh terganggu. Bagaimana nasib pekerja persekutuan? Dalam penutupan penuh, ratusan ribu pekerja kerajaan akan dikenakan cuti tanpa gaji (furlough). Mereka tidak dibenarkan bekerja dan tidak menerima gaji sepanjang tempoh itu, tetapi dijamin bayaran balik (back pay) selepas penutupan tamat.
Sebaliknya, kontraktor kerajaan biasanya tidak menerima bayaran balik.
Adakah kerajaan bersedia menghadapi government shutdown? Ya. Agensi kerajaan biasanya mengeluarkan pelan kontingensi untuk memandu urus ketika penutupan.
Berapa kali kerajaan AS sudah ditutup? Sejak 1976, terdapat 20 kali “funding gap”, tetapi hanya 4 kali penutupan sebenar yang panjang:
1. 1995–1996 – dua kali penutupan berjumlah 26 hari (zaman Presiden Bill Clinton).
2. 2013 – 16 hari akibat perbalahan tentang Akta Penjagaan Mampu (ACA).
3. 2018–2019 – penutupan separa selama 35 hari, paling lama dalam sejarah, berpunca daripada isu pembiayaan tembok sempadan.
Adakah penutupan kerajaan menjimatkan wang? Tidak. Sebaliknya ia membazirkan wang. Kos pelaksanaan pelan kecemasan, kehilangan kutipan yuran, serta pembayaran balik gaji pekerja menyebabkan kerugian besar.
BACA: Kerajaan Amerika Syarikat Mula Ditutup
Sumber: Committee for a Responsible Federal Budget
The post Ketahui Apa Sebenarnya Maksud “Penutupan Kerajaan”  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/01/ketahui-apa-sebenarnya-maksud-penutupan-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Penutupan Kerajaan Tidak Menakutkan S P 500

Risiko Penutupan Kerajaan Tidak Menakutkan S P 500

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 214 hits
Jika tarif baharu AS dan bayangan penutupan kerajaan tidak menakutkan pasaran adakah para pelabur benar benar perlu bimbang mengenai penilaian yang tinggi S P 500 kini diniagakan hampir 23 kali ganda daripada pendapatan yang dijangkakan dal...
Penutupan Kerajaan As Siapa Yang Harus Dipersalahkan Dan Apa Langkah Seterusnya

Penutupan Kerajaan As Siapa Yang Harus Dipersalahkan Dan Apa Langkah Seterusnya

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 249 hits
Penutupan telah bermula di Amerika Syarikat Kongres gagal mencapai persetujuan belanjawan mengakibatkan penutupan kerajaan persekutuan pertama dalam tujuh tahun Kebuntuan politik mengenai perbelanjaan penjagaan kesihatan Penutupan telah ber...
Keh Keh Keh Kerajaan Kelantan Kena Bantu Penyeludup La Gitu

Keh Keh Keh Kerajaan Kelantan Kena Bantu Penyeludup La Gitu

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 424 hits
Che Ibrahim Sepatutnya Kerajaan Negeri bantu para penyeludup yang semakin terhimpit sekarang akibat tindakan Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana Ekyc Guna Mykad Passport Atau Mydigital Id

Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana Ekyc Guna Mykad Passport Atau Mydigital Id

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 846 hits
Semua platform media sosial di Malaysia disaran melaksanakan pengesahan elektronik Know Your Customer menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad passport atau MyDigital ID Memetik laporan bernama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah...
Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2318 hits
Usahawan dan pempengaruh terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan alasan di sebalik keputusannya memilih hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya baru baru ini Menerusi potongan klip siaran langsung di...
Baik Sangat Kah Kerajaan Madani Ini

Baik Sangat Kah Kerajaan Madani Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1228 hits
Ini adalah deep state yang boleh merencatkan perjalanan segala polisi goverment Golongan pendidik tidak dapat lari dari terpengaruh dgn didikan lebai politik Kesan tunggang agama ini amat dahsyat utk jangka panjang apatah lagi mereka ini ad...
Pdrm Zahir Penghargaan Budi95 Bukti Kerajaan Madani Prihatin Ketua Polis Negara

Pdrm Zahir Penghargaan Budi95 Bukti Kerajaan Madani Prihatin Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1408 hits
Polis Diraja Malaysia zahir penghargaan kepada kerajaan MADANI atas pelaksanaan inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 yang bermula hari ini PDRM zahir penghargaan kepada kerajaan MADANI Menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosia
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Mini Steam Iron Antara Barang Yang Harus Kena Ada Bila Travel

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit