Ketahui 7 Kelebihan Bermain Game Dari Sudut Yang Positif
Ketahui 7 Kelebihan Bermain Game Dari Sudut Yang Positif | Bermain video game seringkali dikaitkan dengan stigma yang negative oleh masyarakat sekeliling dimana ianya di anggap sebagai suatu perkara yang tidak mendatangkan faedah, melalaikan, membuang masa, menghabiskan duit dan banyak lagi sisi buruk bila kita sebut tentang bermain video game ini. Trend terkini menyaksikan ramai golongan tidak kira muda atau tua lebih cenderung bermain video game dengan tujuan mengisi masa terluang, mengurangkan stress dan faktor ini juga mungkin kerana perintah berkurung (PKP) yang disebabkan oleh COVID-19 membuatkan golongan ini menjadikan bermain video game sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan.
Selain daripada itu, ada juga yang menjadikan nya sebagai medium untuk dijadikan sumber pendapatan. Itu pun kalau ianya di manfaatkan dengan betul dan kena dengan caranya. Seperti pemainan game DOTA, Mobile Legend dan PUBG yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini. Terdapat pertandingan yang boleh disertai dimana hadiah yang ditawarkan agak lumayan dalam bentuk matawang USD kerana ianya bukan sahaja disertai oleh peserta dari Asia Tenggara malah Antarabanga.
Sebenarnya bermain video game ini ada kelebihan dan kekurangan nya juga. Kalau kita terlalu menumpukan perhatian terhadap video game sehingga kesihatan terjejas, kurang tidur, produktif kerja / belajar pon terganggu serta tidak menghiraukan keadaan sekeliling, ianya sesuatu yang tidak sihat. Bermain video game ini ada juga kebaikan yang boleh kita manfaatkan darinya. Siapa kata bermain game itu boleh merosak kan. Nah… Saya kongsikan kesan positive dan kebaikan bermain game yang perlu anda tahu.
Ketahui 7 Kelebihan Bermain Game Dari Sudut Yang Positif1) Mengasah Otak Bermain game dikatakan mampu mengasah otak untuk menjadi lebih fokus dan berfikir dengan teliti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Baik otak kiri atau pon otak kanan, kedua-duanya berperanan penting dan memiliki fungsi nya yang tersendiri untuk mengendalikan tubuh kita
Otak kanan lebih kepada berfikir secara kreatif dan visual tetapi tidak berasaskan secara terperinci. Manakala peranan otak kiri digunalan untuk berfikir secara rasional dan logik tetapi berasaskan secara terperinci. Ketika bermain game, sudah semestinya strategi dan kemahiran berfikir diperlukan. Secara tidak langsung ianya mengasah otak untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan misi
2) Mengajar Erti SabarBila bermain game ini, kalau tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, mungkin boleh timbul masalah dari segi keseronokan. Kalau main game asyik kalah sahaja atau tak jumpa jalan penyelesaian, mana tak hilang sabar kan. Lebih-lebih lagi kalau bermain game dengan lebih dari seorang. Sebab itu kesabaran perlu ada kalau nak menang
3) Menambah KenalanUntuk video game secara online seperti Mobile Legend dan PUBG, anda akan bermain dengan orang yang tidak dikenali dalam setiap permainan kerana ianya memerlukan ramai pemain. Dari bermain game ini lah anda dapat menambah kenalan dari pelbagai negeri tidak terkecuali juga dari luar negara. Secara tidak langsung ianya juga dapat meningkat kan tahap komunikasi dengan kenalan dari berbagai bangsa selain dapat tingkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi
4) Mengurangkan TekananSetiap orang ada cara tersendiri dalam mengatasi tekanan mahu pun menghilangkan rasa bosan. Kadang-kadang masa sedang bekerja pon boleh stress. Mencari sesuatu aktiviti yang boleh memberi kegembiraan dan keseronokan adalah sangat diperlukan bagi mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara nya dengan bermain game. Tak perlu keluarkan modal sebab ianya percuma sahaja. Selain mengurangkan tekanan, sedikit sebanyak dapat mengembalikan dan menceriakan kembali mood yang hilang
5) Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris Boleh dikatakan game yang ada semuanya dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung boleh saya katakan bermain game ini boleh menjadi alternatif untuk mempelajari Bahasa Inggeris selain dari boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutama nya untuk kanak-kanak. Kalau nak main game, kena lah mencari makna setiap keterangan dalam game tersebut kan. Macam mana nak main kalau tak faham kan
6) Memupuk Semangat BerpasukanAgak membosan kan juga kalau bermain game secara solo. Tak ada cabaran. Kalau main secara berpasukan, lebih meriah lagi. Tambah seronok kalau team game tu terdiri dari ahli keluarga atau rakan-rakan sendiri. Kalau nak menang game, kena lah ada strategi dan komunikasi dengan ahli pasukan kan. Dari sini lah kita memupuk semangat berpasukan dengan bekerjasama untuk menentang pihak lawan
7) Boleh Jadi Pendapatan SampinganKalau kita lihat sekarang ni, terdapat perlawanan atau kejohanan game yang diadakan buat peminat game. Ada diantara nya merupakan perlawanan game Antarabangsa yang melibatkan penyertaan dari pelbagai negara. Hadiah yang ditawarkan berbentuk wang tunai dalam matawang USD. Memang lumayan. Tidak hairan lah ramai golongan belia masa kini jadikan bermain game sebagai hobi untuk dijadikan sumber sumber pendapatan
Ada juga yang membangunkan Youtube channel dengan menjadikan content bermain game sebagi fokus utama bagi menarik peminat game untuk subscribe channel mereka. Dari subscriber dan viewers yang tinggi, mereka mampu dan boleh menjana pendapatan dalam betuk USD dari Youtube channel ini.
Mengasah Otak Dengan Pelbagai Pilihan Game Dari Solitaire.orgBanyak platform online game yang boleh kita main untuk mengisi masa terluang atau mengurangkan tekanan. Bila baca info mengenai bermain game bukan lah sesuatu perkara yang memburuk kan malah ada kebaikan nya buat saya rasa lega. Asalkan kita tidak terlalu taksub dengan game, jadinya tak salah untuk kita bermain game kan. Bpleh juga mengasah atau melatih otak untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan misi sebab saya suka main game kad daun terup. Memang dari zaman sekolah lagi. Kalau dapat pegang computer, memang game daun terup yang saya cari dulu
Saya suka main online game dekat Solitaire.org sebab ianya percuma dan banyak pilihan permainan dekat situ seperti Solitaire, Card, mahjong, hidden Object, Match 3, Logic Puzzles dan Wors. Yang bestnya kita boleh main terus dari web tanpa perlu muat turun aplikasi. Iklan pon tak ada. Tak terganggu lah dengan iklan kalau sedang main game. Memang menjengkel kan bila sedang seronok main game tiba-tiba keluar iklan. Saya kan suka main game kad daun terup, baru saya tahu ada macam-macam versi game kad daun terup ada disedia kan iaitu Classic, Klondike, Freecell, Spider, Pyramidc, Tripeaks and Golf
Classic SolitaireAntara versi game daun terup yang saya suka main ialah Classic Solitaire. Game old school yang paling popular sehingga hari ini. Ianya memerlukan tumpuan dan kemahiran dalam menyesaikan permainan. Jika tidak ada lagi gerakan yang boleh dibuat, maka permainan itu akan tamat
Kadang-kadang stress juga kalau asyik buat kerja pejabat non-stop kan. Jadinya hilang kan lah sekejap stress tu dengan main game. Bukan lama pon
Klondike SolitaireKlondike Solitaire pon best sebab ianya permainan kad yang mencabar dan juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Cara nak main pon tak susah. Cuma alihkan kad mengikut turutan dengan susunan nya bermula dari huruf K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A dan tidak bercampur. Permainan akan tamat jika tiada lagi pergerakan yang boleh dilakukan atau semua kad telah dikosongkan. Lagi cepat permainan diselesaikan, lebih tinggi skor yang anda akan dapat
Game Klondike Solitaire ini memerlukan tumpuan dan membuatkan kita berfikir bagaimana jalan penyelesaian untuk menghabiskan permainan. Memang rasa tak puas hati kalau tak jumpa jalan penyelesaian. Selagi tak memang selagi itu lah rasa nak main
Tetra Blocks
Memang layan kalau main game ni. Masa zaman saya sekolah rendah lagi game ni sudah ada. Dulu dipanggil brick game. Kalau pergi pasar malam, mesti nak tengok brick game. Siap kumpul duit belanja sekolah dengan adik lah sebab nak beli brick game ni. Sekarang boleh main secara online sahaja.
Game Tetra Block ni ada dalam logic Puzzles dan ianya pun tak susah nak main. Perlukan kecekapan, ketelitian dan kepantasan sebab bila kita main, level akan bertukar. Bila level semakin naik maka tahap kelajuan pun akan meningkat. Memang teruja dan seronok bila main tetra Blocks ni
Hidden Object
Dulu kalau pergi Sungai Wang, mesti singgah dekat bahagian game. Dan hidden Object ni antara game kegemaran juga. Anak-anak pon suka main game ni. Fokus dan ketajaman mata yang tinggi diperlukan ketika bermain kerana terdapat 10 barang-barang tersembunyi yang perlu kita cari. Saiz objek yang tersembunyi pula ada yang besar dan ada yang kecil. Memang mencabar tapi seronok. Anda boleh menggunakan pembayang jika objek yang dicari tidak dijumpai
Masa untuk setiap permainan telah ditetapkan mengikut peringkat. Had masa 5 minit untuk tahap pertama dan tahap berikutnya masa menjadi 20 saat dan semakin pendek sehingga tahap kesepuluh masa menjadi 1 minit dan 40 saat untuk menyelesaikan tugasan mencaari. Setiap barang yang salah, 5 mata akan ditolak. Jadi kita kena focus untuk cari barang tersembunyi dengan betul
Game Menguji Minda Yang Menjadi PilihanMemang semua game dalam website ini best dan banyak pilihan permainan yang boleh kita pilih untuk kita uji ketangkasan minda dalam masa yang sama mengurangkan sedikit sebanyak tekanan yang ada. Ianya juga sesuai dimain untuk semua peringkat umur terutaman bagi kanak-kanak kerana boleh meningkatkan kemampuan pembelajaran, meningkatkan koordinasi pergerakan tangan dan mata serta menjadikan kanak-kanak lebih menumpukan perhatian
Tetapi game yang paling saya suka adalah Solitaire Classic, klondike dan juga Hidden Object kerana game ini membuatkan kita menjadi lebih fokus untuk memberi tumpuan dan menjadikan kita lebih berkemahiran dalam menyelesaikan misi permainan. Dalam bermain game ini, kita perlu ada kan had masa supaya ianya tidak menjadi satu ketagihan terutama nya kepada kanak-kanak. Biar lah bermain game secara berpada-pada dan tidak keterlaluan
Pilihan game juga biarlah bersesuaian dengan peringkat umur. Yang dewasa ni tak kisah sangat, tetapi bagi kanak-kanak ianya menjadi keutamaan untuk memilih game yang betul. Dan saya memang suka dengan pilihan game yang ada di website ini kerana arahan yang diberikan semuanya lengkap dan jelas. Yang penting, tiada iklan ketika bermain game.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizarahman.com/2022/07/ketahui-7-kelehihan-bermain-game-dari-sudut-yang-positif.html