Kesilapan Ketika Sarapan Yang Buatkan Kita Gemuk
Assalamualaikum...
Hi korang...
Salam Jumaat dari SA...
Kita sedia maklum bahawa sarapan merupakan hidangan paling penting dalam sehari. Namun jika tidak berhati-hati ketika memilih makanan sarapan, ini boleh menyebabkan berat badan bertambah!
Fikir sebelum makan
Mesti ramai di pejabat yang gemar bawa manisan untuk dikunyah ketika bosan bekerja. Sebelum anda ikut sama menambah kalori dalam badan, fikir sejenak, berbaloikah makan gula-gula dan berdepan risiko berat badan bertambah?
Awas dengan pilihan jus oren!
Jika anda bersarapan di luar, awasi minuman jus oren yang dihidangkan. Memang jus oren ketika sarapan merupakan pilihan sihat, namun kebanyakan jus oren di luar sana terlebih kandungan gula. Jus oren yang sihat sepatutnya diperbuat seratus peratus daripada buah oren sahaja.
Biar kenyang, dengan cara betul
Memanglah nasi lemak mampu mengenyangkan anda, namun ia juga membuat kita mengantuk dan menggemukkan. Cuba cereal atau roti dan makanan kaya protein seperti yogurt bebas lemak dan putih telur.
Jauhi makanan bergula!
Kuih dan pastry bergula memang lazat dimakan bersama kopi, tetapi jika anda mula makan makanan bergula pada waktu pagi, anda akan cepat lapar, tak sampai tengahari.
“Sihat” kan kopi anda
Nak kurus tak bermakna perlu buang kopi daripada diet sarapan anda. Pastikan kandungan gula dalam kopi dijauhi sahaja.
Minum air kosong
Paling penting, pastikan minum segelas air kosong ketika sarapan. Bukan sahaja bagi kenyang, malah boleh buang toksin dalam badan.
Tips sarapan pagi dikongsi bersama Suriaamanda untuk readers...
Meh tengok sarapan SA hari ni...hahaha...seketul je kuih manis iaitu kuih apam nasi dan karipap,black coffee dan sebotol air putih..
Apam nasi...berebut beli ni dapat satu je..jadi la...inipun padat apam ni...kelapa tu amik sikit je...nasib amik sikit sebab masin..
Karipap.
Black coffee
air putih...ni confirm 2-3 kali top up.
Korang sarapan apa hari ni?
Dah...jom la kita start kerja...boss dah pi meeting...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2022/08/kesilapan-ketika-sarapan-yang-buatkan.html