Kesilapan Biasa Ketika Membeli Kereta Yang Ramai Tak Sedar


Kesilapan Biasa Ketika Membeli Kereta Yang Ramai Tak Sedar
Membeli kereta baru sememangnya menjadi impian ramai orang. Ada yang melihatnya sebagai simbol kejayaan selepas bertahun-tahun bekerja keras, ada yang menjadikannya sebagai keperluan asas untuk berulang-alik ke tempat kerja dan tidak kurang juga yang membeli semata-mata untuk menikmati keselesaan ketika memandu bersama keluarga tercinta.
Namun, di sebalik keterujaan itu, tidak ramai yang benar-benar membuat pertimbangan matang sebelum menandatangani perjanjian pinjaman.
Akibatnya, ramai pembeli terperangkap dalam beberapa kesilapan yang akhirnya membebankan diri sendiri.
Ada yang menyesal selepas beberapa bulan kerana ansuran bulanan terlalu tinggi, ada yang terpaksa menjual kereta dalam tempoh singkat kerana tidak mampu menampung kos penyelenggaraan.
Malah ada juga yang sanggup berhutang lebih daripada kemampuan semata-mata mahu memandu kereta idaman.
Hakikatnya, membeli kereta bukan sekadar tentang memilih model yang cantik atau jenama yang popular tetapi ia melibatkan komitmen kewangan jangka panjang yang mampu mempengaruhi kualiti hidup anda.
Oleh itu, amat penting untuk kita mengenali lebih awal kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan supaya dapat mengelakkannya.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa kesilapan biasa ketika membeli kereta yang ramai tidak sedar. Tetapi sebenarnya boleh dielakkan jika anda lebih peka dan bijak membuat keputusan.
1. Membeli kereta dengan harga melebihi 12 bulan gaji Salah satu kesilapan terbesar yang sering dilakukan ialah membeli kereta yang harganya jauh lebih tinggi daripada tahap kemampuan sebenar.
Sebagai panduan, harga kereta sebaiknya tidak melebihi 12 bulan gaji anda. Ini bermakna, jika gaji anda RM3,000 sebulan, harga kereta yang paling selamat untuk dibeli ialah sekitar RM36,000 sahaja.
Ramai orang mengabaikan peraturan mudah ini kerana terpengaruh dengan promosi atau keinginan memiliki kereta lebih besar dan mewah.
Padahal, apabila ansuran bulanan sudah melebihi 15% daripada gaji, ia boleh menyebabkan perbelanjaan lain mula terjejas.
Anda mungkin masih mampu membayar ansuran pada awalnya tetapi lama-kelamaan, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ansuran yang berat itu akan menjadi beban yang menyesakkan.
Ingatlah, kereta seharusnya memudahkan pergerakan, bukan menambah hutang yang menjerut kewangan anda.
2. Beli ikut kelayakan, bukan ikut kemampuan
Ramai pembeli keliru antara kelayakan dan kemampuan. Apabila bank meluluskan pinjaman untuk kereta berharga RM100,000, ramai yang terus beranggapan mereka mampu membelinya.
Hakikatnya, kelayakan hanyalah berdasarkan formula kewangan pihak bank, sedangkan kemampuan sebenar hanya anda yang tahu.
Kemampuan mengambil kira kos sara hidup, komitmen keluarga, perbelanjaan anak-anak, hutang sedia ada dan juga simpanan kecemasan.
Jika anda hanya melihat angka yang tertulis di surat kelulusan pinjaman, anda sebenarnya membiarkan bank menentukan hala tuju kewangan anda.
Jangan lupa, bank sentiasa untung apabila anda berhutang tetapi anda pula mungkin menanggung beban bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, belilah kereta mengikut kemampuan hidup sebenar bukan sekadar kelayakan di atas kertas.
3. Fokus pada harga bulanan, bukan jumlah keseluruhan Satu lagi perangkap besar ialah terlalu fokus pada bayaran bulanan yang nampak kecil. Ramai jurujual kereta sengaja mengolah angka supaya kelihatan mesra poket. Contohnya hanya RM500 sebulan.
Namun, apa yang tidak diberitahu ialah bayaran itu mungkin perlu dilakukan selama sembilan tahun.
Jika dikira semula, anda sebenarnya membayar jumlah keseluruhan yang jauh lebih tinggi daripada harga asal kereta.
Katakan harga kereta RM70,000 tetapi selepas ditambah faedah pinjaman dan tempoh bayaran yang panjang, jumlah keseluruhan yang dibayar boleh mencecah hampir RM100,000.
Malangnya, ramai pembeli tidak ambil peduli kerana hanya melihat angka bulanan.
Sedangkan dalam jangka masa panjang, beban kewangan itu akan menjadi semakin berat. Oleh itu, sentiasa kira jumlah penuh yang perlu dibayar bukan sekadar angka bulanan yang nampak manis di permukaan.
BACA : Tip Pilih Ayam Segar, Elak Terbeli Yang Lama Atau Rosak
4. Tidak membandingkan pinjaman 
Kesilapan lain yang sangat biasa dilakukan ialah terlalu percaya dengan kata-kata jurujual kereta. Mereka akan meyakinkan anda bahawa pinjaman yang mereka cadangkan adalah pilihan terbaik.
Hakikatnya ada banyak lagi bank lain yang menawarkan kadar faedah lebih rendah atau pakej lebih menguntungkan.
Bezanya mungkin hanya 0.3% atau 0.5% tetapi jangan lupa pinjaman kereta biasanya berlangsung antara 7 hingga 9 tahun.
Perbezaan kecil itu boleh jadi ribuan ringgit dalam jumlah keseluruhan. Malangnya, ramai pembeli malas untuk membuat perbandingan dan hanya menandatangani apa yang disediakan.
Sebelum membuat keputusan, luangkan sedikit masa untuk bandingkan sekurang-kurangnya tiga bank berbeza. Anda mungkin terkejut dengan jumlah penjimatan yang boleh diperoleh hanya kerana anda tidak bergantung bulat-bulat pada kata-kata seorang jurujual.
5. Tidak mengambil kira komitmen lain Kesilapan seterusnya ialah hanya melihat kepada kemampuan membayar kereta semata-mata tanpa mengambil kira komitmen lain yang sudah sedia ada.
Hakikatnya, kebanyakan orang bukan sahaja ada pinjaman kereta tetapi juga pinjaman rumah, hutang kad kredit, bil bulanan, kos perbelanjaan anak-anak, insurans dan lain-lain keperluan.
Jika semua itu diabaikan, anda mungkin mendapati diri anda terlalu sempit selepas membeli kereta.
Lebih buruk lagi, apabila berlaku kecemasan seperti sakit atau kehilangan kerja, bayaran kereta menjadi beban paling berat.
Sebab itu, sebelum membeli, anda perlu membuat kiraan menyeluruh tentang semua komitmen kewangan. Jika ansuran kereta yang anda pilih membuatkan bajet bulanan terlalu ketat, lebih baik pilih kereta yang lebih murah dan sesuai dengan gaya hidup anda sekarang.
6. Tidak memikirkan nilai jual semula
Selain itu, ramai orang hanya memikirkan keindahan kereta semasa baru tetapi lupa memikirkan apa yang akan terjadi lima tahun kemudian apabila mahu menjual atau menukar kereta.
Nilai jual semula atau resale value sangat penting kerana ia menentukan berapa banyak kerugian yang akan anda tanggung.
Ada model kereta yang masih bernilai tinggi walaupun selepas lima tahun manakala ada yang jatuh mendadak sehingga anda terpaksa menanggung kerugian besar.
Membeli kereta tanpa memikirkan nilai jual semula adalah kesilapan yang boleh mengosongkan simpanan anda pada masa depan.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan, buat sedikit kajian tentang model kereta yang mempunyai pasaran terpakai yang kukuh.
Ini mungkin tidak nampak penting sekarang tetapi apabila tiba masa mahu bertukar kereta, anda akan sangat bersyukur kerana memilih dengan bijak.
7. Terpedaya dengan aksesori dan promosi sampingan Satu lagi kesilapan yang sering tidak disedari ialah terlalu mudah terpedaya dengan tawaran aksesori percuma atau promosi sampingan.
Jurujual biasanya akan menggoda anda dengan tawaran seperti free tinted, free body kit atau zero downpayment.
Hakikatnya, semua ini sudah dimasukkan dalam harga kereta yang anda bayar. Promosi yang kelihatan menarik itu sebenarnya hanyalah strategi pemasaran untuk membuat anda rasa lebih untung.
Jangan mudah tertarik dengan tawaran sebegini kerana akhirnya anda tetap membayar jumlah yang sama malah mungkin lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar.
Jika benar-benar perlu aksesori tambahan, lebih baik pasang sendiri selepas membeli kereta kerana biasanya harganya jauh lebih murah.
8. Tidak memikirkan kos selepas beli
Ramai orang berhenti membuat kira-kira selepas menandatangani pinjaman kereta. Mereka fikir hanya ansuran bulanan yang perlu dijaga.
Padahal kos sebenar memiliki kereta jauh lebih besar. Anda perlu membayar minyak setiap minggu, tol jika berulang-alik bekerja, servis berkala setiap beberapa bulan, insurans dan cukai jalan setiap tahun serta kos tayar, bateri dan alat ganti lain apabila kereta semakin berusia.
Jika semua ini tidak diambil kira, anda mungkin terkejut dengan jumlah sebenar yang dibelanjakan. Sebagai contoh, kereta dengan ansuran RM600 sebulan mungkin nampak mampu milik tetapi bila ditambah minyak, tol, servis dan insurans, kos bulanan boleh mencecah lebih RM1,000.
Jadi sebelum membeli, hitunglah keseluruhan kos ini supaya anda tidak terperangkap dengan bajet yang terlalu ketat. Kesimpulannya, membeli kereta memang menyeronokkan tetapi jangan biarkan emosi dan promosi mengaburi kewarasan anda.
Setiap kesilapan kecil ketika membuat keputusan boleh memberi kesan besar kepada kewangan anda untuk tempoh bertahun-tahun.
Dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan yang telah dibincangkan ini, anda bukan sahaja dapat memilih kereta yang sesuai malah dapat menjaga kestabilan kewangan untuk masa depan.
Sumber : comparehero, motorist
BACA : Laptop Lembap? Cuba Buat “Setting” Ni, Jadi Laju
The post Kesilapan Biasa Ketika Membeli Kereta Yang Ramai Tak Sedar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/26/kesilapan-biasa-ketika-membeli-kereta-yang-ramai-tak-sedar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Kesilapan Biasa Calon Temuduga Kerajaan Elak Gagal Awal

10 Kesilapan Biasa Calon Temuduga Kerajaan Elak Gagal Awal

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 120 hits
10 Kesilapan Biasa Calon Temuduga Kerajaan Elak Gagal Awal Mendapat panggilan temuduga kerja kerajaan melalui SPA adalah peluang yang sangat berharga Namun ramai calon gagal bukan kerana mereka tidak layak tetapi kerana melakukan kesilapan ...
Dua Pekerja Maut Dilanggar Kereta Api Ketika Periksa Struktur Landasan

Dua Pekerja Maut Dilanggar Kereta Api Ketika Periksa Struktur Landasan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 79 hits
BERNAMA YONHAPCheongdo Korea Selatan Dua pekerja maut manakala empat lagi cedera parah pada Selasa selepas dilanggar sebuah kereta api penumpang di Bandar Cheongdo tenggara Korea Selatan lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan peg...
Usung Kereta Naik Tangga Ramai Kagum Tengok Kegigihan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Usung Kereta Naik Tangga Ramai Kagum Tengok Kegigihan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 122 hits
Usung Kereta Naik Tangga Ramai Kagum Tengok Kegigihan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Setiap bidang pengajian yang diambil di universiti mempunyai pelbagai kaedah pembelajaran Sama ada secara teori atau praktikal tenaga pengajar akan memasti...
Murid Kejar Kereta Ibu Tular Polis Buka Kertas Siasatan

Murid Kejar Kereta Ibu Tular Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan Selangor Ketua Polis Daerah Se...
Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 183 hits
Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan KUALA LUMPUR 22 Ogos Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hada...
Ini Pengalaman Aku Drive Kereta Bezza 1 0 Auto Yang Murah Dan Mampu Milik

Ini Pengalaman Aku Drive Kereta Bezza 1 0 Auto Yang Murah Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 123 hits
Perodua Bezza adalah antara salah satu kereta sedan yang menjadi pilihan ramai pengguna diluar sana sebab harga yang ditawarkan lebih murah dan mampu milik berbanding kereta lain diluar sana Sangat sesuai untuk rakyat marhaen macam kita Bet...
Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing

Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 82 hits
Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing Baru baru ini tular sebuah video Youtuber dari China Xing Zhilei memaparkan kucing menggunakan stesen kereta api bawah tanah mini Difahamkan stesen berkenaan telah dibina oleh Zhilei un...
Motosikal Sendiri Terbakar Selepas Khianat Bakar Dua Kereta

Motosikal Sendiri Terbakar Selepas Khianat Bakar Dua Kereta

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 102 hits
Sinar HarianRakaman CCTV menunjukkan kelibat suspek membaling cecair sebelum kenderaan itu terbakar Sinar HarianMELAKA Seorang lelaki nyaris rentung selepas motosikal yang ditungganginya turut disambar api sejurus membakar dua buah kereta d...
Dua Beranak Selamat Pokok Tumbang Hempap Kereta

Dua Beranak Selamat Pokok Tumbang Hempap Kereta

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 104 hits
Dua beranak selamat pokok tumbang hempap kereta Kenderaan yang dipandu seorang wanita bersama anak lelakinya remuk dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Paip Kampung Budiman Foto NSTP IHSAN JBPM SELANGOR SHAH ALAM Seorang wanita be...
Lahad Datu Police Safely Detonate World War Ii Era Bomb

Servis Ihsan Madani Perodua 2025

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Master Dealer Conference 8 0

Influencers As Marketing Strategy

Lirik Lagu Misha Omar Break

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Ke Seminar Persediaan Sbp Mrsm Bersama Angkasawan Negara

Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Rules For Beginners Playing Toto Togel Online For Real Money

Kenapa Rasulullah Saw Larang Tampar Muka

Resepi Masak Lemak Telur Dadar

Time Management Strategies