Kesibukan Setiap Kali Tahun Baru Cina Sejak 25 Tahun Kini Suram Buat Poh Lo


 
Jadual Poh Lo pada setiap kali CNY sangat padat sejak 25 tahun lalu. (Gambar Facebook Huang Poh Lo)KOTA KINABALU: Setiap kali tiba musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY), penggiat seni tulisan kaligrafi yang tidak asing lagi di Sabah, Huang Poh Lo pastinya sangat sibuk dengan kerja-kerja kreatif beliau di merata tempat.
Namun, kesibukan dialaminya sejak 25 tahun lalu kali ini ‘berputar 180 darjah’ apabila tiada lagi jemputan daripada hotel-hotel terkemuka, majlis sambutan besar-besaran mahupun sekadar membuka gerai di kompleks beli-belah atau di jalanan.
Semuanya angkara wabak Covid-19 yang telah mengehadkan pergerakan serta aktiviti setiap manusia bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Bagi mereka yang belum mengenali beliau, Poh Lo atau nama sebenarnya N Poolohgasingan adalah anak kelahiran Kulai, Johor yang telah berpindah dan menetap di Sabah sejak 1980.
Beliau mula mempelajari seni tulisan kaligrafi Cina sejak awal 90-an dan mula serius mengenainya pada 1995 sehinggalah kini namanya begitu popular kerana hasil kerja yang ‘luar biasa’ tambahan pula beliau bukanlah seorang berbangsa Cina.
“Sejak saya mula aktif berkarya di jalanan pada 25 tahun lalu, sambutan yang diberikan sangat luar biasa malah kadang-kadang saya tidak ‘cukup tangan’ untuk memenuhi jemputan-jemputan daripada pelbagai pihak termasuk hotel-hotel dan majlis-majlis sambutan CNY oleh orang-orang ternama.
Berkarya di khayalak ramai memberi kepuasan kepada Poh Lo. (Gambar Facebook Huang Poh Lo)“Bagaimanapun pada tahun ini, semuanya berubah sama sekali kerana tiada lagi sambutan CNY besar-besaran, pasar tamu juga tiada untuk saya membuka gerai di jalanan, memang agak menyedihkan namun bagi saya, keadaan ini perlu dihadapi kerana ini bukan masalah saya seorang tetapi semua orang,” katanya kepada FMT.
Poh Lo berkata, tidak dinafikan setiap kali menjelang atau pada hari sambutan Tahun Baru Cina , pendapatannya hasil tulisan kaligrafi sangat lumayan.
Namun, katanya, soal pendapatan adalah perkara kedua kerana apa yang lebih penting adalah kepuasan menghasilkan karya yang mampu menggembirakan setiap pelanggannya.
“Saya tidak mahu sebut berapa yang saya dapat (pendapatan) kerana ada yang sanggup membayar dengan harga tinggi tetapi kadang-kadang ada juga yang tidak mampu dan saya hanya minta mereka membayar seadanya seikhlas hati.
“Pada setiap tahun juga, saya turut berkarya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah Cina, saya lakukannya setiap tahun, cuma tahun ini tiada lah,” katanya.
Beliau berkata, pada Tahun Baru Cina kali ini, masih ramai yang menghubunginya untuk menghasilkan tulisan kaligrafi Cina namun kebanyakkan permintaan terpaksa ditolak.
Huang Poh Lo antara penggiat seni tulisan kaligrafi Cina yang popular di Sabah. (Gambar Facebook Huang Poh Lo)“Bukan tidak mahu tetapi seperti saya katakan tadi, soal wang adalah perkara kedua, cara saya adalah menulis di hadapan pelanggan atau orang ramai.
“Kepuasan adalah sesuatu yang sangat penting, mana mungkin saya merasainya kalau saya menghasilkannya (tulisan kaligrafi) sendiri di rumah dan kemudian menghantarnya kepada pelanggan.
“Memang ada jugalah saya penuhi permintaan beberapa pelanggan yang menghubungi saya terus namun saya tidak pernah mengiklankan untuk menjual hasil karya saya kerana ini bukan cara saya, orang seni pastinya tahu perkara ini, iaitu kepuasan,” katanya.
Sementara itu, walaupun sambutan Tahun Baru Cina kali ini tidak semeriah sebelum ini, Poh Lo tetap mendoakan semua orang terutama yang meraikannya agar terus ceria dan berserah kepada keadaan yang berlaku sekarang.
“Keadaan ini kita tidak jangka tetapi kita perlu mengharunginya, janganlah bersedih di hari yang gembira ini, semuanya pasti ada hikmah.
“Saya mungkin tidak dapat bersama dan berkarya untuk anda pada tahun ini, tapi ini bukan pengakhiran, saya yakin tahun-tahun mendatang akan menghadirkan lebih kegembiraan kepada kita semua, ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada semua saudara mara dan rakan-rakan saya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/kesibukan-setiap-kali-tahun-baru-cina.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pavillion Kini Mempunyai Paparan Ilusi 3d Sempena Tahun Baru Cina

Pavillion Kini Mempunyai Paparan Ilusi 3d Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 241 hits
Paparan ilusi 3D diperkenalkan tahun lalu di bangunan SMTown COEX Korea Selatan dan telah digunakan pelbagai syarikat untuk mempromosikan produk Teknologi ini memerlukan dua sisi bangunan dilitupi skrin LED untuk menghasilkan ilusi tiga dim...
Selamat Tahun Baru Cina 2021

Selamat Tahun Baru Cina 2021

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 1554 hits
Selamat Tahun Baru Cina 2021 kepada semua pengunjung blog khususnya yang berbangsa cina terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogoftheda...
Masyarakat Tionghua Akur Sambut Tahun Baru Cina Dalam Suasana Norma Baharu

Masyarakat Tionghua Akur Sambut Tahun Baru Cina Dalam Suasana Norma Baharu

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 234 hits
Tahun Baru Cina kali ini disambut dalam suasana norma baru disebabkan dunia dan negara ini masih diselubungi penularan Covid 19 Walaupun tidak dapat merayakan Tahun Baru pada tahun ini perkara paling utama dititiberatkan oleh kerajaan ialah...
7 Masjid Tidak Dibuka Untuk Solat 5 Waktu Pada Cuti Tahun Baru Cina Muis

7 Masjid Tidak Dibuka Untuk Solat 5 Waktu Pada Cuti Tahun Baru Cina Muis

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 239 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Tujuh masjid tidak akan dibuka bagi solat lima waktu pada cuti umum Tahun Baru Cina namun akan tetap mengadakan solat Jumaat minggu ini pada 12 Feb Perubahan pada operasi masjid masjid itu adalah disebabkan perminta
Berlainan Agama Tinggal Sebumbung Tidak Halang Sambutan Tahun Baru Cina

Berlainan Agama Tinggal Sebumbung Tidak Halang Sambutan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 224 hits
KOTA BHARU Empat daripada tujuh anak Koh Kim Keok adalah mualaf namun bagi ibu tunggal berumur 48 tahun itu ia bukanlah masalah besar malah salah seorang daripada anaknya yang beragama Islam itu masih tinggal bersama dengannya Cik Koh berka...
Fungsi Like Pada Facebook Hadir Dengan Warna Merah Dan Kuning Bersempena Tahun Baru Cina

Fungsi Like Pada Facebook Hadir Dengan Warna Merah Dan Kuning Bersempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 228 hits
Salah satu fungsi yang sering digunakan di Facebook ialah ciri Reaction dimana pengguna boleh menggunakan emoji untuk menunjukkan reaksi mereka pada mana mana satu pos Facebook telah memperlihatkan butang Like berwarna merah dan kuning khus...
Cara Mudah Buat Kerepek Ngaku Sedap Rangup Sempena Tahun Baru Cina

Cara Mudah Buat Kerepek Ngaku Sedap Rangup Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 427 hits
Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina Ngaku ni memang banyak di jual di pasaraya Ia merupakan salah satu kudapan wajib ada Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai Ngaku biasanya dijadikan kerepek Memang sedap Nak cuba buat Kerepek Ngaku s...
Darul Islah Bawa Ceria 039 Rumah Baru 039 Bagi Wanita 87 Tahun Sempena Tahun Baru Cina

Darul Islah Bawa Ceria 039 Rumah Baru 039 Bagi Wanita 87 Tahun Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 227 hits
SINGAPURA Tahun Baru Cina ini cukup istimewa bagi seorang wanita berusia 87 tahun yang tinggal bersendirian Dia seolah olah mendapat rumah baru hasil kerja keras enam bekas pesalah dadah dari Darul Islah Cik Chow Yin Yoke yang sudah uzur da...
Pertemuan Dua Budaya Apabila Tok Dalang Menyambut Tahun Baru Cina

Pertemuan Dua Budaya Apabila Tok Dalang Menyambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 280 hits
PASIR MAS Meskipun Tahun Baru Cina yang disambut Jumaat mungkin suram ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan namun keluarga tok dalang wayang kulit berbangsa Cina yang terkenal di Kelantan ini tetap ceria menyambutnya Eyo Ho
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket