Kesian Pmx






Petang semalam saya minum-minum sambil berbual-bual dengan seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui.


Sudah beberapa bulan kami tidak bertemu, kecuali komunikasi hanya berjalan melalui Whatsapp saja.


Kenalan saya itu orang lama dalam PKR, seingat saya sejak tertubuhnya PKR lagi beliau sudah bersama parti itu.


Sokongan dan sayangnya kepada Anwar Ibrahim memang tidak berbelah bagi daripada dulu sehinggalah sekarang.


Beliaulah selama ini yang kerap menghantar video-video mengenai ucapan hebat Anwar atau bagaimana rakyat mengerumuninya setiap kali turun ke merata tempat untuk menunaikan solat Jumaat.


Pendek kata, sejak Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, beliau adalah antara  orang yang berasa paling bangga.


Tetapi semalam, untuk pertama kalinya kawan saya itu meluahkan rasa sedih dan kesiannya kepada PMX.


Sebelum ini ketika Anwar dibicarakan  di mahkamah dan kemudian dihantar ke penjara pun beliau tidak  rasa kasihan atau simpati seperti sekarang ini.


Waktu itu, apa yang menimpa Anwar itu lebih menaikkan semangatnya lagi untuk terus cekal dalam perjuangan.


Kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana dalam keadaan Anwar dicemuh, dihentam dan dimaki berbakul-bakul oleh rakyat dalam isu kenaikan harga diesel sekarang ini, Perdana Menteri seolah-olah hanya bersendirian menghadapinya.


Beliau sedar di mana-mana ketika ini sama ada di media sosial, di kedai kopi atau di mana saja nama Anwar ada disebut, yang kedengaran hanyalah kejian, cacian dan rasa sudah hilang kepercayaan.


Sejak timbul isu naik harga minyak ini, sudah susah untuk mendengar kata-kata pujian dan sanjungan seperti mana sebelum ini.


Lebih membuatkan kawan saya itu berasa sedih dan kesian kerana menurutnya, menteri-menteri, kecuali Rafizi Ramli, lebih banyak mendiamkan diri daripada mengeluarkan suara.


Beberapa nama menteri PKR dan agensi kerajaan yang sepatutnya berperanan membela Anwar terang-terang disebutnya sebagai tidak berguna dan hanya makan gaji buta saja.


Amat membuatkan beliau tersentuh lagi kerana pemimpin-pemimpin UMNO juga turut mendiamkan diri, walhal Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi sudah pun beroleh nikmat DNAA melalui pembentukan kerajaan perpaduan yang sekarang diterajui Anwar.


Kata beliau, apabila Perdana Menteri dihentam, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menterilah yang sepatutnya paling ke depan menjadi benteng pertahanan.


Sekarang tambahnya, seolah-olah semua mereka itu seronok pula melihat PMX  terkapai-kapai sendirian membela dirinya sendiri.


Terdengar beliau mengeluh, tak taulah berapa lama Anwar mampu bertahan lagi.


Meskipun kawan saya itu masih menaruh harapan agar Anwar kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri, tetapi rasa kecewanya jelas lebih menggunung berbanding semangat untuk terus melawan.


Katanya, kalau yang diberi jawatan pun goyang kaki dan tak buat kerja yang sewajarnya dalam menangkis dan menjawab sentimen yang kian membesar di kalangan rakyat, apalah sangat yang boleh dilakukan oleh penyokong marhaen sepertinya.


Mendengar luahannya, sementara saya tumpang kesian kepada Anwar, tetapi saya lebih kesian terhadap sengsara jiwa kawan saya itu. - ShahbudinHusin 14Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/14/kesian-pmx.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/kesian-pmx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farah Adeebah Fitnah Pmx Sebantal Zionis

Farah Adeebah Fitnah Pmx Sebantal Zionis

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 110 hits
Mohd Fairul Al QasasFarah Adeeba isteri kepada Ketua Penerangan Parti Pejuang Peguam Muhammad Rafique bermonolog sambil menanam jarum fitnah kepada PMX sambil mengongsikan video dari lelaki Jepun Prof Saul Takahashi Ia berkaitan isu Blackro...
Ucapan Bulanan Pmx Henti Amalan Rasuah Buat Akan Hadap Tindakan

Ucapan Bulanan Pmx Henti Amalan Rasuah Buat Akan Hadap Tindakan

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 255 hits
Apakala menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri saya singgung kesedaran agar penjawat awam terus menjalankan tugas dan menghentikan salahlaku kecurangan dan mesti memastikan penambahbaikan k...
Pmx Sampaikan Sumbangan Buat Azlew Senario

Pmx Sampaikan Sumbangan Buat Azlew Senario

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 157 hits
Setiausaha Politik saudara Farhan Fauzi hari ini telah mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon Azlee Jaafar Beliau sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara selepas mengalami serangan jantung di rumahny...
Sembang Bab Air Kalau Pmx Tak Bantu Berangan La Dok Muhong Orang Kelantan

Sembang Bab Air Kalau Pmx Tak Bantu Berangan La Dok Muhong Orang Kelantan

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 157 hits
Che Ibrahim Sesungguhnya Allah amat murka kepada orang yang suka membazir Kalau pun kamu hebat boleh membekalkan air kepada rakyat ikut rakyat nak tapi jangan la sampai berlebihan itu membazir namanya Allah tak suka
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Guna Vaseline Untuk Kecantikan Ini Rahsia

Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak