Kesetiaan Bernama Annuar Musa


Hj Ehsan Khalid 
Masih ada orang-orang yang tidak sihat terus galak mempersoalkan kesetiaan Annuar Musa kepada UMNO, kepada BN dan kepada kepimpinannya. Masih ada yang menganggap Setiausaha Agung Barisan Nasional itu lebih cenderung mempertahankan PPBM (BERSATU) dalam keadaan di mana dia sepatutnya melebihkan partinya sendiri

Lebih galak lagi dua hari kebelakangan ini kenyataan lama Annuar Musa dikitar semula demi mencalarkan imej beliau.
 Saya katakan mereka tidak sihat kerana saya beranggapan mereka tidak rasional. Tidak melihat, atau tidak mahu melihat segala sesuatu dalam kerangka yang lebih luas. Mereka terhimpit dan dihimpit oleh emosi

Atau barangkali mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang Annuar. Boleh jadi juga mereka cemburu dan dengki. Mungkin ada di kalangan mereka itu yang merindui kerusi yang terlepas dari tangan semasa PRU ke-14 dahulu

Atau mungkin juga ada yang siang malam bermimpi hendak kembali ke kerusi menteri, yang pernah diduduki puluhan tahun, tetapi kini tiada siapa lagi yang sudi melantiknya ke situ

Jadi untuk melepaskan perasaan, mereka mencari sasaran. Kebetulan Annuar ada ‘isu’, maka dialah yang mereka sasarkan

Apa ‘isu’ Annuar? 
Tidak, ia bukanlah kerana dia menderhaka kepada presiden. Tidak juga kerana dia menderhakai parti. Dan tentulah bukan sekali-kali kerana dia berpakat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di belakang tabir untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Kerajaan yang bukan dipilih oleh pengundi, tetapi sekurang-kurangnya setakat ini, cukup disenangi rakyat

Yang dijadikan isu adalah tindakan Annuar Musa yang bersungguh-sungguh mempertahankan kemuafakatan antara Muafakat Nasional (MN) dengan Perikatan Nasional (PN). Yang menimbulkan marah orang-orang yang saya anggap sakit tadi adalah kerana tegarnya Ahli Parlimen Ketereh itu membentengi kerajaan yang ada sekarang

Bagi orang-orang yang tidak rasional, melakukan perkara-perkara yang betul adalah suatu kesalahan; sebaliknya kalau melakukan perkara-perkara yang tidak betul seperti membuat bising di media massa atau media sosial, mengutuk dan mengata sama ada lawan atau kawan, akan mereka anggap sebagai tindakan berani dan terpuji

Saya antara ahli UMNO yang telah lama menyimpan impian untuk melihat parti-parti Melayu/Islam duduk semeja, bergabung dan sama-sama berjuang dengan matlamat yang satu; mengangkat martabat agama dan bangsa yang telah sekian lama dipandang lekeh kerana hidup berpecah-belah

Sebab itulah apabila Pakatan Harapan (PH) tumbang dan kerajaan PN ditubuhkan, saya yakin bahawa saya merupakan antara orang Melayu/Islam yang paling gembira. Sejak itulah saya bertekad akan mempertahankan kerajaan ini dengan apa yang mampu, dan tanpa menggadai kesetiaan saya kepada UMNO dan BN

Atas sebab yang sama jugalah saya berasa teruja apabila melihat pemimpin-pemimpin Melayu/Islam dari platform yang berbeza menampakkan kesungguhan mempertahankan permuafakatan yang membawa kepada tertubuhnya kerajaan PN

Annuar salah seorang daripada mereka. Sebab itulah apabila ada pihak menyerangnya hanya kerana dia mempertahankan semangat ukhwah dalam PN, saya terpanggil untuk mempertahankannya

Orang yang memperkecilkan kesetiaan Annuar kepada parti semata-mata disebabkan dia mempertahankan MN dan PN, sesungguhnya patut melihat sejarah politik SUA BN itu secara dekat. Saya yakin di situ mereka akan dapat menilai sendiri betapa besar kesetiaan Annuar kepada ketua dan parti

Ahli-ahli UMNO yang berumur akhir 50-an dan yang mengambil berat tentang parti tentu masih ingat bagaimana kira-kira 38 tahun dahulu seorang anak muda, yang mewakili Kelab UMNO di luar negara, telah memukau persidangan agung UMNO Malaysia – jika tidak silap diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur – dengan kepetahan, kelantangan dan kebernasannya berhujah semasa membahaskan amanat presiden. Anak muda itu ialah Annuar bin Musa, pelajar di Universiti College London

Ramai yang tahu bahawa orang yang membawa Annuar ke gelanggang politik ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang bukan sahaja tokoh nombor satu UMNO Kelantan tetapi juga nama yang sangat besar dalam UMNO pusat dan saingan paling digeruni oleh presiden UMNO dan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun)

Walaupun rapat dengan Ku Li, tetapi bila anak raja Kelantan itu bertanding melawan Mahathir bagi merebut kerusi presiden UMNO, Annuar memihak kepada Mahathir kerana prinsipnya adalah setia kepada parti dan setia kepada pemimpin
 Apabila Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46, Annuar tidak ikut menyertainya. Dia kekal bersama UMNO sambil terus berpegang pada prinsip-prinsip kesetiaan kepada parti. Prinsip yang sama tidak pernah lekang dari hidupnya. Dia pernah kalah tiga kali dalam PRU, kali pertama di Parlimen Peringat di tangan ayam tambatan PAS, Mohamad Sabu (sekarang presiden Amanah), kali kedua dan ketiga di Parlimen Ketereh di tangan calon PKR

Tetapi kekalahan-kekalahan itu tidak menggugat kesetiaan Annuar kepada parti. Dia tidak menjadikan dirinya ‘katak’. Kalah atau menang dia tetap berdiri terpacak bersama parti yang disertai sejak tahun 1979 itu

Apabila Datuk Seri Najib diserang teruk dengan pelbagai isu sejak sebelum PRU ke-13, dan kemudian berterusan sehingga PRU 14, Annuar merupakan antara orang yang bermati-matian mempertahankan perdana menteri keenam itu. Dia antara panglima UMNO yang berada di barisan hadapan bagi menangkis serangan lawan. Dia melakukannya bukan kerana Najib secara peribadi, tetapi kerana Najib itu perdana menterinya, dan Najib juga presiden partinya

Kemudian, apabila Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengambil alih pucuk pimpinan parti, Annuar melakukan perkara yang sama; menjadi perisai kepada bos baharunya itu. Sesiapa juga yang menyerang Zahid jarang terlepas daripada menerima serangan balas Annuar

Dengan mengimbau kembali senario itu, maka mudah untuk kita fahami mengapa Annuar kelihatan beria-ia mempertahankan MN dan kerajaan PN. MN itu satu entiti yang dibentuk oleh UMNO dan PAS

PN pula entiti berasingan, yang dibina hasil sokongan sejumlah ahli-ahli Parlimen pelbagai parti. Antara mereka termasuk Annuar. Turut bersama PN ialah beberapa buah parti lagi, termasuk PAS yang merupakan rakan kongsi UMNO dan MN

Jelaslah kerajaan PN itu bukan hak mana-mana individu, hak mana-mana parti.Ia merupakan hak bersama, khususnya perpaduan Melayu/Islam. Dalam PN itu bukan hanya ada saham Annuar, tetapi saham kita semua, yang mencintai perpaduan, khususnya perpaduan Melayu/Islam

Jadi apabila Annuar mempertahankan PN atau MN, ia bukanlah kerana kepentingan peribadinya, tetapi kerana kepentingan kita bersama. Yang lebih penting sebenarnya ialah, dia mempertahankan perpaduan Melayu/Islam yang menjadi asas kewujudan MN dan asas pembentukan PN

Melainkan anda seorang yang mahu melihat Melayu/Islam berpecah belah; melainkan anda seorang yang mengutamakan kepentingan politik peribadi lebih daripada kepentingan bangsa dan agama, anda sepatutnya berdiri sebarisan dengan Annuar bagi mempertahankan MN dan PN daripada musuh, sama ada dari luar atau dari dalam; sama ada yang terang dan nyata, atau yang berselindung di sebalik kepentingan parti walhal hakikatnya didorong oleh kepentingan diri

Bagi pecinta perpaduan macam saya, kami perlukan lebih ramai pemimpin macam Annuar Musa, macam Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, macam Datuk Takiyuddin Hassan, yang sentiasa berusaha mencari titik temu bukannya titik pemisah

Allahuakbar! 
*Hj Ehsan Khalid-Veteran UMNO Seremban, Negeri Sembilan .Cincaon

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kesetiaan-bernama-annuar-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Says Grs Will Meet With Sabah Governor Today Claims 41 Lawmakers In Coalition S Camp

Annuar Musa Says Grs Will Meet With Sabah Governor Today Claims 41 Lawmakers In Coalition S Camp

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 321 hits
The leaders of parties in the Gabungan Rakyat Sabah alliance are expected to have an audience with the Sabah governor today Barisan Nasional secretary general Tan Sri Annuar Musa said today Using his official Twitter account Annuar also ind...
Annuar Musa Minta Anwar Dedahkan Nama Nama Ahli Parlimen Umno Kemaruk Kuasa

Annuar Musa Minta Anwar Dedahkan Nama Nama Ahli Parlimen Umno Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menyifatkan mana mana Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kemaruk kuasa Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa berkat...
Sabah Bn Man Slams Annuar Musa For Meddling In State Affairs

Sabah Bn Man Slams Annuar Musa For Meddling In State Affairs

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 317 hits
Sabah BN Youth chief Abdul Aziz Julkarnain has accused BN secretary general Annuar Musa of jumping the gun KOTA KINABALU A Sabah Barisan Nasional leader has hit out at the coalition s secretary general Annuar Musa for overstepping his bound...
Pemimpin Bn Sabah Bidas Annuar Musa Campur Tangan Hal Ehwal Negeri

Pemimpin Bn Sabah Bidas Annuar Musa Campur Tangan Hal Ehwal Negeri

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 304 hits
Seorang pemimpin Barisan Nasional Sabah menyelar Setiausaha Agung BN Annuar Musa kerana melampaui batasnya apabila beliau bercakap berhubung perkara yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu Ketua Pemuda BN Sabah Abdul Aziz Ju...
Rakyat Sabah Bersuara 41 32 Annuar Musa

Rakyat Sabah Bersuara 41 32 Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 255 hits
Kuala Lumpur Gabungan Rakyat Sabah akan membentuk kerajaan negeri dengan jumlah 41 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk tiga wakil rakyat Bebas yang menang dalam Pilihan Raya Negeri malam tadi Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annu...
Masuk Saja Ppbm Kata Nazri Kepada Annuar Musa

Masuk Saja Ppbm Kata Nazri Kepada Annuar Musa

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 328 hits
Pemimpin Umno Nazri Aziz yang menyeru parti itu menamatkan hubungannya dengan PPBM membidas Annuar Musa yang dilihat menyokong Perikatan Nasional pimpinan PPBM Annuar membantah kenyataan timbalan presiden Mohamad Hasan Umno mesti mengkaji s...
Annuar Musa We Re Behind Muhyiddin Reject Anwar Dr M Dap

Annuar Musa We Re Behind Muhyiddin Reject Anwar Dr M Dap

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 256 hits
BN secretary general Annuar Musa has restated his coalition s position emphasising its support for Muhyiddin Yassin s premiership and ties with PAS as well as its rejection of opposition leader Anwar Ibrahim former premier Dr Mahathir Moham...
Kenapa Ganti Nama Di Nama Jalan Pembesar Melayu Annuar Musa

Kenapa Ganti Nama Di Nama Jalan Pembesar Melayu Annuar Musa

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 268 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kelihatan tidak senag dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menamakan semula Jalan Raja Laut 1 menjadi Jalan Palestin Annuar mengatakan bahawa dia tiada halangan jika sesuatu jalan dinam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba