Kesengsaraan Orang Lain Kebahagiaan Bagi Kita





Sesetengah orang, hatinya gembira dan bahagia apabila melihat orang lain derita. Berlaku pada semua orang. Pernahkah anda tahu dan berperasaan begitu!. Aku derita engkau bahagia. Kata-kata yang selalu diucapkan oleh jejaka yang putus cinta terhadap kekasihnya yang bahagia bersama teman baru.

Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka. 
Itu perkara yang biasa dan selalu terjadi pada kita. Bagi pasangan yang menolak motorsikal berbatu-batu jauhnya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa penatnya sampai lembik lutut. Bukan boleh dibaiki disitu. Nak ditinggalkan isteri atau temanita kat simpang, takut pula jadi kes lain. Kalau setakat minyak habis boleh diminta tolong orang lain belikan. Tapi jika tayar pancit bukan boleh ditukar disitu. Terpaksa tolak sampai kat kedai motor juga. 
Sabda Nabi s.a.w:
"Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam" [Riwayat Bukhari & Muslim]
Diantara perkara yang kita sedar atau tidak bila kesengsaraan orang lain yang membuatkan kita bahagia.
1. Anugerah Cemerlang/Kenaikan Pangkat.
Bila kita mendapat anugerah cemerlang atau kenaikan pangkat dari majikan. Betapa sukanya kita. Mereka yang kuat bekerja tetapi tidak dicalonkan oleh majikan mesti rasa sedih dan hampa. Pada hal kita bukan pun lebih baik prestasi dari mereka yang tidak dicalonkan. 
Nasihat penulis: Bila dapat anugerah atau kenaikan jangan terlebih cakap pula. Beri kata perangsang pada mereka yang tidak dicalonkan. "Mungkin tahun hadapan giliran kamu pula".
2. Perkahwinan.
Selalunya terjadi pada kaum wanita. Bila dipinangkan dan ditetapkan tarikh perkahwinan, habis semua kawan-kawan nak diberitahu. Bila ada kawan-kawan yang belum dipinangkan atau selalu putus tunangan pasti akan merasa sedih. Jangan perli atau terlebih cakap tentang diri anda yang cepat jodoh. 
Nasihat penulis: Pujuk kawan dan gembirakan hati mereka dengan membuat jamuan. Beri kata peransang dan naikkan semula semangat kawan yang belum sampai jodoh "Jodoh kamu pun akan sampai juga nanti, sabar ya".
3.Terima Tawaran IPTA.
Ibubapa yang anaknya diterima masuk ke menara gading sangat bersyukur dan hilang semua penat lelah membesarkan anaknya. Pada ibubapa yang anaknya gagal masuk kemana-mana pengajian tinggi dan tidak mendapat sebarang tawaran langsung, cukup menyedihkan dan menghampakan.
Nasihat penulis: Jangan ditanya pada mereka pada hal anda tahu anak mereka tidak menerima sebarang tawaran. Jika terjumpa juga, nasihatkan mereka dengan kata-kata, "Yang keluar dari IPTA pun belum tentu menjaminkan mendapatkan pekerjaan, rezeki anak-anak kita tidak tahu lagi".
4. Putus cinta/Putus Tunang.
Perkara ini adalah lumrah pada semua orang. Ada yang boleh menerima dengan hati terbuka. Hati gembira melihat kawan yang selalu ke hulu kehilir dengan teman lelaki atau wanita tiba-tiba frust menunging. Makan tak lalu dan hilang arah. Jangan diperli, mesti gaduh punya.
Nasihat penulis: Nasihatkan kawan yang putus cinta. "Mungkin jodoh kamu dengan orang lain" atau "Kumbang bukan seekor, banyak kumbang-kumbang yang baik untuk kamu".
5. Ditimpa Kemalangan.
Apabila jiran atau sedara mara yang ditimpa kemalangan, terus anda melawat mereka. Kadang-kadang ada yang busuk hati. Kerana yang terlibat kemalangan menggunakan kereta mewah dan jarang menegur anda. 
Nasihat penulis: Bila melawat mereka yang sedang sengsara. Katakan begini " Allah sayangkan kamu!, harta boleh dicari ganti.".
6.Mendapat harta pesaka.
Bila mendapat harta pesaka selepas kematian arwah. Ada adik beradik yang tidak menerima sebarang harta mesti rasa sedih. Sakit hati mereka ini boleh memutuskan silahtulrahim. Banyak yang kita dengar sampai berparang dan bermusuhan disebabkan harta. Tapi jika anda anak angkat memang tak layak langsung dapat pembahagian harta pusaka usah risau kerana banyak harta pusaka banyak soal jawab dengan Allah SWT disana nanti.Lambat masuk syurga.
Nasihat penulis: Jika anda mendapat wasiat dan bahagian anda yang banyak. Jangan terlebih cakap. Katakan dengan rendah hati pada mereka " Tak sangka arwah wasiatkan harta ini.InsyaAllah kalau kamu susah dan memerlukan pertolongan, akan aku tolong dengan harta arwah nanti".
7. Keputusan UPSR/PMR/SPM.
Bila keluar sahaja keputusannya dan anak kita mendapat "strait A". Selalunya kita sibuk dan terus menalipon habis semua kawan-kawan. Lepas tu sibuk nak tahu keputusan anak orang lain pula. 
Nasihat penulis: Tidak perlu tahu keputusan anak-anak orang lain. Mungkin ibubapa anaknya yang keputusan tidak baik sedang bersedih. Jika berjumpa kawan-kawan, katakan begini " Masih ada masa lagi untuk anak-anak berusaha mendapat kejayaan pada peperiksaan akan datang".
8. Jatuh susah.
Selalunya bila kita jatuh susah dalam perniagaan, ramai kawan-kawan yang akan menjauhi kita. Ini perkara lumrah dalam hidup. Semasa kaya dan senang, telefon selalu berderingx ajak minum teh dan bermacam-macam yang kita tak larat nak layan. Bila jatuh susah telefon sunyi senyap.
Nasihat penulis: Hari ini mungkin kawan kita jatuh susah. Esok silap-silap kita pula jatuh susah. Hidup ini macam roda. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Jika terjumpa kawan yang jatuh susah. Tegur dengan baik kerana perasaan mereka sensitif. Beri kata perangsang "Kamu boleh bangun semula, jangan putus asa, banyak orang yang terkenal hari ini, pernah jatuh dan bangun kembali".
9. Mendapat tender/Peluang Bisnes.
Persaingan diantara kontraktor-kontraktor mendapat tender memang sengit.Yang selalu ada kroni akan dapat. Mungkin anda ada kroni. Nasib anda baik dan mendapat tender dengan perbezaan harga yang kurang sedikit dari kontraktor lain. Selalunya kontraktor akan berjumpa dan minum bersama yang berada dikawasan yang sama. 
Nasihat penulis: Jangan menjauhi kontraktor lain yang selalu gagal dapat tender. Beri sedikit peluang kepada mereka seperti membekalkan barang-barang projek kepada anda dan pasti mereka mendekati anda. Apabila mereka mendapat tender yang lebih besar, mungkin mereka teringat anda sebagai sub-kontraktor pula. Katakan pada yang gagal mendapat tender " Tender ni bukan aku boleh buat semua, yang mana boleh aku subkan kerja, sama-sama kita cari makan".
10. Penceraian suami isteri.
Bila berlaku penceraian, ada pihak yang bahagia, Jika si isteri berkahwin dengan temannya dan hidup susah. Bekas suami akan merasa puas hati. Memang dia akan sakit hati jika bekas isterinya senang dan mewah bersama suaminya baru. Begitu juga isteri yang diceraikan akan merasa gembira jika suami yang dahulu kaya berkahwin lain dan kemudian jatuh susah dalam perniagaan dengan isteri baru. 
Nasihat penulis: Sekiranya terjadi begini, doakan supaya mereka bahagia membina rumahtangga baru. Jangan dendamkan kerana sudah ditakdirkan jodoh bukan untuk anda. Selalu penulis menasihat pada kawan-kawan yang sudah bercerai supaya jangan mendendamkan bekas isteri mereka. Katakan kepada mereka "Ini bukan jodoh kamu, carilah penganti yang lebih baik". 
Setakat sepuluh sahaja penulis terfikir setakat ini. Banyak lagi contoh seperti menjadi isteri kedua. Madu kita sengsara. Begitu juga seperti calon yang kalah pilihanraya.Yang menang bergembira.
Hati yang baik tak akan gembira melihat orang lain sengsara. Malah ditolongkan sedaya upaya orang yang malang. Doakan kepada mereka yang malang supaya ditetapkan hati pada Allah SWT. Jika hari ini anda berdoa kepada kawan-kawan yang ditimpa musibah. Suatu hari nanti segala malaikat dan segala makhluk Allah SWT akan mendoakan kebahagian kepada anda pula. Bukan rugi pun mendoakan untuk kebahagian orang lain malah Allah SWT akan merahmati kamu. Baik hati ibarat emas dalam jiwa.
Hati yang baik bukanlah sekadar kurniaan dari Allah SWT yang diberikan kepada orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga boleh diperolehi dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk mendapatkan hati yang baik adalah senantiasa berkomunikasi hati dengan Allah SWT. Allah SWT adalah Dzat Yang Maha Baik, maka siapapun yang selalu berkomunikasi kepadaNya akan mendapatkan cahaya kebaikan. 



Jazakallah Khairan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://surahalquran.blogspot.com/2016/08/kesengsaraan-orang-lain-kebahagiaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dan Ini Kes Kes Mabuk Yang Mana Akhirnya Menyusahkan Orang Lain Orang Islam

Dan Ini Kes Kes Mabuk Yang Mana Akhirnya Menyusahkan Orang Lain Orang Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 411 hits
Oleh 1 F k y Stupid idiot Tengking seorang pesakit yang dibawa masuk ke zon kuning selepas terlibat dengan kemalangan jalanraya Pesakit kelihatan mamai sambil carutan menjadi zikir di mulut Boss pesakit ni ambulance call tadi MVA motor Pesa...
Raysha Rizrose Kongsi Gambar Kereta Mewah Tapi Lain Yang Peminat Komen

Raysha Rizrose Kongsi Gambar Kereta Mewah Tapi Lain Yang Peminat Komen

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 1864 hits
Baru baru ini Raysha Rizrose ada memuat naik gambarnya di Instagram yang memaparkan juara Dewi Remaja 2015 itu sedang memandu uji sebuah kereta Mercedes Benz di sebuah pameran kenderaan Foto tersebut telah mendapat lebih 77 000 tanda suka s...
Umno Akan Ambil Tindakan Undang Undang Ke Atas Rozman Dan Yang Lain Kata Bung Mokhtar

Umno Akan Ambil Tindakan Undang Undang Ke Atas Rozman Dan Yang Lain Kata Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 293 hits
Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin berkata parti itu akan mengambil tindakan undang undang terhadap Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang keluar parti itu selain Ahli Parlimen lain yang sebelum ini mengambil langkah...
Mansuh Hukuman Mati Mandatori Malaysia Ikut Jejak Langkah 106 Buah Negara Lain

Mansuh Hukuman Mati Mandatori Malaysia Ikut Jejak Langkah 106 Buah Negara Lain

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 507 hits
Pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan itu b...
Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Setelah Lihat Affairnya Dengan Lelaki Lain Melalui Google Street View

Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Setelah Lihat Affairnya Dengan Lelaki Lain Melalui Google Street View

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 325 hits
14 Oktober 2018 Google Street View Google Foto ini diambil oleh kereta kamera Google di Puente de los Suspiros de Barranco atau Bridge of Sighs of the Ravine di Lima pada 2013 Meski sudah terjadi lima tahun yang lalu lelaki tersebut marah d...
Pakai Tudung Bukan Kerana Allah Kena Bash Sebab Galak Wanita Lain Teruskan Niat Untuk Buka Tudung

Pakai Tudung Bukan Kerana Allah Kena Bash Sebab Galak Wanita Lain Teruskan Niat Untuk Buka Tudung

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 845 hits
Kalau nak galakkan orang lain buat sesuatu tu mestilah kita encourage benda baik kan Tapi wanita ni pula dikritik sebab galakkan kaum Hawa buat perkara yang terlarang Melalui tweet wanita tu yang kini makin viral dia menunjukkan perubahan d...
Disiplin Dap Perlu Dicontohi Parti Lain

Disiplin Dap Perlu Dicontohi Parti Lain

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 291 hits
SUSUPAN PETANGParti DAP telah menetapkan mana mana pemimpinnya khas wakil rakyat yang ingin menerima anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk hendaklah diruju kepada Jawatankuasa Ekskutif parti itu terlebih dahulu Parti itu telah men...
Sadis Isteri Sibuk Sediakan Surprise Anniversary Suami Pergi Kahwin Lain Pada Tarikh Anniversary

Sadis Isteri Sibuk Sediakan Surprise Anniversary Suami Pergi Kahwin Lain Pada Tarikh Anniversary

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 376 hits
Hati siapa tidak luruh tambah lagi bila si isteri bertungkus lumus untuk memberi surprise sempena ikatan perkahwinan yang berkekal lama Tapi si lelaki lupa segalanya dan mahukan madu baru Sekurangnya cubalah selami perasaan isteri sedalamny...
Lain Ke Lain Orang Cina Panggil Tun M Lau Ma

Lain Ke Lain Orang Cina Panggil Tun M Lau Ma

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 273 hits
Selain membaca berita dan komen dari media sosial dlm bahasa Melayu dan Inggeris saya juga membaca dlm bahasa Mandarin Kerana saya fasih menulis dan membaca dlm bahasa Mandarin Sejak kebelakangan ini saya dapati hati nurani pengundi Cina yg...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah