Kesemua Empat Pesakit Disahkan Negatif Coronavirus Kkm


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Keempat-empat pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus di negara ini disahkan negatif virus itu, menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu mengesahkan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) seorang pesakit yang dirawat di wad isolasi di sebuah hospital di Sabah adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata gejala yang dialami oleh pesakit di Sabah itu adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A.

“Dimaklumkan bahawa keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kes disyaki itu oleh pihak IMR (Institut Penyelidikan Perubatan), mengesahkan beliau negatif bagi jangkitan Novel Coronavirus.

“Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A. Beliau kini telah beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat-empat kes disyaki dijangkiti 2019-nCoV, masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah yang dilaporkan terdahulu, adalah negatif.

Dalam kenyataan awal sebelum ini, Datuk Dr Noor Hisham berkata kementerian melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan empat kes disyaki dijangkiti 2019-nCoV dan ujian makmal ke atas sampel tiga daripada empat individu berkenaan didapati negatif bagi jangkitan 2019-nCoV.

Media sebelum ini melaporkan China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan susulan penularan wabak coronavirus yang telah mengakibatkan sembilan maut, manakala lebih 400 orang dijangkiti virus itu, setakat ini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO juga telah menggesa negara anggotanya untuk memantapkan tahap kesiapsiagaan di negara masing-masing bagi menghadapi potensi penularan 2019-nCoV.

Sehubungan itu, KKM telah bersiap siaga dengan mengeluarkan tatacara perubatan virus itu bagi tujuan rujukan selain bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuhkan aktiviti saringan di semua pintu masuk antarabangsa.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/kesemua-empat-pesakit-disahkan-negatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Nur Dinie Bukan Disebabkan Influenza Ujian Sampel Klinikal Adalah Negatif Kkm

Kematian Nur Dinie Bukan Disebabkan Influenza Ujian Sampel Klinikal Adalah Negatif Kkm

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 605 hits
The ReporterMedia sebelum ini melaporkan Nur Dinie Damia Muhammad Noor 7 meninggal dunia dan disyaki berpunca dari jangkitan Influenza A Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ujian sampel klinikal yang ...
3 Kes Coronavirus Disahkan Di Johor Baru

3 Kes Coronavirus Disahkan Di Johor Baru

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 444 hits
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media sebentar tadi mengesahkan tiga kes positif Novel Coronavirus telah dilaporkan di Malaysia Tiga pelancong dari China yang berada di Johor Baru telah berhubung den
Kkm Kumpul Data Jumlah Pesakit Dijangkiti Influenza

Kkm Kumpul Data Jumlah Pesakit Dijangkiti Influenza

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR 20 JAN Dalam usaha mengenalpasti bilangan mereka yang dijangkiti Influenza A di seluruh negara sehingga ini data daripada semua fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan daripada pihak pihak yang berkaitan sedang dik...
Rakaman Pesakit Coronavirus Yang Sedang Nazak Menggeletar Seluruh Tubuh Begitu Menyakitkan Tanpa Perhatian Sesiapa

Rakaman Pesakit Coronavirus Yang Sedang Nazak Menggeletar Seluruh Tubuh Begitu Menyakitkan Tanpa Perhatian Sesiapa

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 977 hits
Video yang tersebar secara meluas menunjukkan pesakit yang nazak menggeletar seluruh tubuh dengan begitu terseksa di bawah selimut tebal manakala beberapa pegawai kesihatan yang bertopeng muka kelihatan terlalu sibuk tidak terlayan pesakit ...
H1n1 Hospital Mati Akal Suruh Pesakit Pulang Tiada Plan Tindakan Drastik Dari Kkm

H1n1 Hospital Mati Akal Suruh Pesakit Pulang Tiada Plan Tindakan Drastik Dari Kkm

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 376 hits
MCA berasa sangsi dengan kenyataan Kementerian Kesihatan yang mendakwa masalah stok vaksin bagi Influenza A sudah diselesaikan Ini kerana rakyat masih merasai vaksin berkurangan malah ubat ubatan juga tidak mencukupi Ahli Jawatankuasa Pusat...
Kkm Sahkan Kes Coronavirus Pertama Di Malaysia

Kkm Sahkan Kes Coronavirus Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 858 hits
HARIZ MOHD SHAKIRA BUANG Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes jangkitan novel coronavirus yang pertama di negara ini Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu itu diperolehi...
3 Warga China Masuk Ke Malaysia Disahkan Positif Koronavirus Kkm

3 Warga China Masuk Ke Malaysia Disahkan Positif Koronavirus Kkm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 629 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiga warga China yang memasuki negara ini disahkan positif koronavirus Menteri Dzulkefly Ahmad berkata tiga warga China itu masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru itu merupakan ahli keluarga terdeka...
Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 596 hits
Keputusan ujian makmal ke atas seorang pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCOV di sebuah hospital di Sabah adalah negatif Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat empat kes disyaki dijangkiti 201...
Pesakit Coronavirus Cabut Topeng Muka Pembantu Perubatan Dan Ludah Padanya

Pesakit Coronavirus Cabut Topeng Muka Pembantu Perubatan Dan Ludah Padanya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 651 hits
Memetik laporan dari seorang warga tempatan China berkongsi screenshot perbualannya bersama seorang rakannya yang bekerja di hospital di negara China yang terpaksa berhadapan dengan ribuan pesakit wabak Coronavirus Menurut screenshot yang t...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Dinner Mee Kolok Masam Masam Manis Kat Paroq Vaie

Padang Besar Here We Come Part 1

Hardcover Rigid Box Chipboard Kotak Keras Simbol Kemewahan Kualiti Premium Untuk Jenama Anda

Strawberry Smoothie

Hiburan Puaslah Kau Botak Semoga Kau Dilaknat Keluarga Zayn Rayyan