Keselamatan Sistem Padu Teruji Dijamin Kukuh




 
Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil





ULASAN: Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani dengan memperkenalkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU), sistem ini adalah pertama seumpamanya yang diperkenalkan oleh kerajaan yang memerintah Malaysia di mana sebelum ini data penduduk Malaysia disimpan secara berasingan sama ada oleh agensi peringkat Persekutuan atau peringkat Negeri.





Keadaan ini menyukarkan pentadbiran kerajaan untuk mengenalpasti secara tepat setiap penduduk Malaysia untuk dikategorikan dalam status sosial dan ekonomi. Ketiadaan sebuah pengkalan data utama yang merangkumi semua maklumat rakyat Malaysia juga menyukarkan pihak kerajaan untuk mengawal penyaluran subsidi secara tepat, seterusnya mengawal kadar hutang negara setiap tahun.





Negara lain perkenal awal





Malaysia bukanlah negara pertama yang memperkenalkan sistem seumpama PADU, negara lain di dunia lebih awal meneroka kaedah yang menghampiri PADU. Keselamatan PADU telah dijamin oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi melalui kenyataan bahawa keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam sistem PADU adalah terjamin daripada kebocoran dan diselenggara sepenuhnya oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini jelasnya, PADU melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga melalui prosedur yang ditetapkan.





Wujud dakwaan oleh Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bahawa Menteri Ekonomi tidak mengakui kesangsian rakyat Malaysia terhadap isu keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam sistem PADU. Kementerian Ekonomi tidak pernah menafikan kesangsian tersebut menjadi penghalang kepada sesetengah rakyat Malaysia untuk mendaftar maklumat di dalam sistem PADU.





Kesedaran Menteri Ekonomi berkenaan isu berkenaan telah menyebabkan beliau berulang kali memberi jaminan terhadap isu tersebut, malah Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi turut memberi jaminan yang sama.





Taklimat berkenaan isu ini terpaksa diulang berkali-kali kerana ada sesetengah pemimpin dalam Kerajaan MADANI sendiri yang mengungkit-ungkit isu keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam sistem PADU.





Keselamatan PADU tidak diragui





Menteri Ekonomi telah mendedahkan wujud lebih dua juta cubaan bagi menembusi ciri keselamatan Pangkalan Data Utama (PADU) dibuat setiap hari, bagaimanapun setakat ini tiada pihak yang berjaya kerana ciri keselamatan sistem berkenaan mematuhi piawaian global, termasuk bagi komponen keselamatan rangkaian. Malah jika ada pihak yang berjaya mendapatkan data daripada sistem PADU sekalipun, data berkenaan tidak bermakna kerana ia telah melalui proses encryption.





Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong turut membangkit keperluan mewujudkan PADU sedangkan sistem e-Kasih boleh ditambahbaik, malah beliau menyatakan sangat bahaya meletakkan semua maklumat dalam satu sistem dan lebih baik biarkan maklumat rakyat Malaysia dikendalikan dalam keadaan semasa di mana ia berselerak dalam pengkalan data Persekutuan dan Negeri.





Kedangkalan pemikiran ini menyebabkan kerajaan gagal untuk menguruskan sumber negara dengan sebaik mungkin. PADU adalah tulang belakang kepada pelaksanaan Government Technology atau Govtech. Melalui penyatuan keseluruhan maklumat rakyat Malaysia dalam satu pengkalan data maka urusan kerajaan melalui pendigitalan menjadi lebih cekap, mudah dan canggih.





PMX yang menerajui Kerajaan MADANI telah menetapkan matlamat beliau di dalam buku yang bertajuk SCRIPT, PMX percaya bahawa bagi memastikan kerajaan berjaya melalui zaman pasca-pandemik maka pentadbiran kerajaan tidak boleh mengamalkan pegangan business as usual. Pentadbiran pada zaman MADANI perlu berbeza dari segi aplikasi digital, justeru pengenalan PADU adalah usaha ke arah pentadbiran yang berbeza dan jauh lebih efisyen.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/keselamatan-sistem-padu-teruji-dijamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Padu Canggih Selamat Dan Terkini Dosm

Sistem Padu Canggih Selamat Dan Terkini Dosm

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 198 hits
Jabatan Perangkaan Malaysia menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama adalah yang terbaik selamat serta berkesan Sehubungan itu kenyataan yang mengatakan Padu dibangunkan menggunakan kaedah lapuk adalah tidak...
Terkini Pengasas Kk Mart Didakwa Padu Gagal Dan Beri Ancaman Amara

Terkini Pengasas Kk Mart Didakwa Padu Gagal Dan Beri Ancaman Amara

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 129 hits
1 Kadar baharu SST beri kesan kepada kadar inflasi negara PM 2 MP Bukit Gantang Mana 140 000 metrik tan beras tempatan 3 Padu boleh bertukar jadi ancaman buat kerajaan 4 Pendakwah cetus polemik perpecahan masyarakat akan diberi peringatan M...
Negeri Pembangkang Antara Yang Tertinggi Daftar Padu Rafizi

Negeri Pembangkang Antara Yang Tertinggi Daftar Padu Rafizi

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 149 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata negeri yang ditadbir oleh pembangkang merupakan antara negeri tertinggi mendaftar program Pangkalan Data Utama Rafizi ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari berkata rakyat di negeri yang mempunyai pe...
Rafizi Jamin Data Padu Selamat Dedah Ada Lebih 2 Juta Kali Cubaan Serangan

Rafizi Jamin Data Padu Selamat Dedah Ada Lebih 2 Juta Kali Cubaan Serangan

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 137 hits
Orang di sebalik PADU pangkalan data terbaru kerajaan yang semakin dikritik atas kebimbangan isu privasi dan keselamatan tampil mempertahankannya dengan mendakwa sistem itu berjaya menepis lebih dua juta cubaan serangan dalam tempoh semingg...
Tahniah Orang Kelantan Paling Ramai Daftar Padu

Tahniah Orang Kelantan Paling Ramai Daftar Padu

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 196 hits
SITI NUR ZAWANIKelantan menjadi negeri paling tinggi penduduknya yang mendaftar maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama dengan jumlah 484 639 Data setakat 23 Mac itu dikongsikan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Kelantan Muhd N...
Kerajaan Sarawak Taknak Padu Rakyatnya Bagaimana

Kerajaan Sarawak Taknak Padu Rakyatnya Bagaimana

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 307 hits
ZusdinTPM DS Fadillah Yusof kata Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Sarawak utk tangguh PADU dan mahu memahami dulu sebab musababnya Pada saya lantak pi lah Kerajaan Sarawak taknak Individu boleh mendaftar sendiri Kalau yg tak mampu...
Padu Big Data Atau Big Brother

Padu Big Data Atau Big Brother

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 305 hits
malaysianow com myMac 25 2024Menjelang tarikh tamat pengemaskinian PADU masih ramai yang bimbang bagaimana maklumat peribadi mereka digunakan Projek PADU yang dibawa Rafizi Ramli telah menerima kritikan atas kebimbangan privasi data Gambar ...
Pelanggan Pub Maut Selepas Kena Tumpukan Padu

Pelanggan Pub Maut Selepas Kena Tumpukan Padu

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 192 hits
NUR MUHAMMAD NAUFAL DUROKHMANPETALING JAYA Seorang lelaki warga asing ditahan apabila melepaskan satu tumbukan padu ke muka pelanggan sebuah pub hingga mengakibatkan mangsa maut dalam kejadian di sini pada Sabtu lalu Ketua Polis Daerah Peta...
Ppim Gesa Padu Perlu Dikaji Semula Kata Dato Nadzim Johan Aatv News 25 03 2024

Ppim Gesa Padu Perlu Dikaji Semula Kata Dato Nadzim Johan Aatv News 25 03 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 116 hits
25 March 2024 PPIM gesa PADU perlu dikaji semula kata Ketua Aktivis Dato Nadzim Johan Ramai mencurigai PADU Jaminan yang diragui Sistem PADU yang mudah dibolosi Sumber AATV News PPIM GESA PADU PERLU DIKAJI SEMULA KATA DATO NADZIM JOHAN
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization