Keselamatan Negara Semakin Lemah Pm Muhyiddin Wajar Berundur


 









Insiden suspek penipuan siber, Macau Scam yang melarikan diri daripada ditahan polis selepas dibebaskan daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini memalukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

Timbul pertanyaan adakah aspek keselamatan di Malaysia semakin lemah sejak Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambilalih pentadbiran negara?

 

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, kelemahan itu sekiranya berlaku di negara maju mewajarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin meletak jawatan

 

Selain itu, katanya, sindiket Macau Scam yang didakwa mendapat perlindungan pegawai tinggi polis juga mencemarkan imej Muhyiddin yang sebelum ini menerajui KDN.

 

"Hamzah dan Muhyiddin lalai dalam menjalankan tugas. Benda tidak mustahak (mencatur politik) diberi perhatian. Dalam kes ini wajar mereka berdua undurkan diri kerana rakyat Malaysia memerlukan satu kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.

 

"Saya melihat isu-isu yang berlaku ini menyebabkan terhakisnya kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan. Sekarang makin banyak terjadinya kes-kes yang memalukan negara.

 

"Soal Macau Scam, kalau tidak ada dalang dipihak berkuasa tidak mungkin sindiket ini boleh berkembang begitu besar dan lama.

 

"Oleh itu, rakyat tidak boleh menunggu lagi kerana kes-kes jenayah sebegini perlu segera diselesaikan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

 

Minggu lalu negara digemparkan suspek utama jenayah Macau Scam berjaya meloloskan diri ketika dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk diserahkan kepada pihak polis bagi menjalani siasatan lanjut. Suspek dilaporkan memanjat pagar dengan dibantu dua pengawal peribadinya.

 

Sehubungan itu, rakyat mengecam tahap keselamatan di bangunan SPRM dan kelemahan Menteri Dalam Negeri.

 

Kata Azan, sekiranya pemerintahan Muhyiddin tidak lagi mampu menangani penjenayah secara berkesan maka seharusnya beliau menyerahkan kuasa kepada individu yang lebih layak memimpin.

 

Sewajarnya, kata Azan, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih cekap dan efisyen dilantik sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang semakin parah melanda negara.

 

"Anwar memberi jaminan yang cukup jelas dari dulu lagi, sejak 1998 sampai sekarang tidak pernah sedikit pun lari daripada asas untuk membawa negara ke tahap tertinggi kredibilitinya.

 

"Beliau dari dahulu berjuang membanteras rasuah, meningkatkan kredibiliti polis dan keupayaan SPRM. Ini semua reformasi yang dibawa oleh Anwar," katanya.

 

Menurut Azan lagi, sekiranya Anwar diberi peluang menjadi PM keadaan tidak akan sama sebagaimana pemerintahan Tun Mahathir selepas pilihan raya umum 2018 lalu.

 

Katanya, pentadbiran Tun tidak membawa reformasi yang dijanjikan. Kemudian kerajaan diambilalih oleh parti-parti mengadu domba isu Melayu-Islam seperti Umno dan Pas yang memburukkan lagi keadaan.

 

"Dr Mahathir memimpin negara selama 22 bulan tak ada perubahan, sekarang Muhyiddin hampir setahun sama sahaja. Pas masuk dalam kerajaan pun tidak menyelesaikan masalah, cuma merumitkan lagi.

 

"Sebagai contoh di Terengganu negeri yang dipimpin Pas sepenuhnya tiba-tiba dilaporkan kadar penyalahgunaan dadah dan penyebaran dadah paling tinggi, apakah semua ini?

 

"Ini memberi gambaran bahawa kepimpinan yang ada tidak berkesan dan perlu diganti," katanya lagi.

 

Tambah Azan, kepimpinan Anwar tidak pernah teruji. Sekarang adalah masa terbaik untuk rakyat menguji kepimpinan beliau membawa Malaysia keluar dari kemelut politik, ekonomi dan sosial yang berpanjangan sejak sedekad lalu.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/keselamatan-negara-semakin-lemah-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Yang Darurat Bukannya Negara

Muhyiddin Yang Darurat Bukannya Negara

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 223 hits
October 23 2020 Presiden AMANAH Mohamad menyifatkan langkah darurat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan disebabkan COVID 19 sebaliknya Muhyiddin sendiri yang darurat Bagi saya yang benar benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin...
Tenang Yang Penting Muhyiddin Semakin Menuju Kejatuhannya

Tenang Yang Penting Muhyiddin Semakin Menuju Kejatuhannya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 265 hits
Segala yang dirancang nampaknya berjalan seperti yang diatur Pagi semalam Anwar Ibrahim mengadap Agong untuk mempersembahkan bukti sahih mengenai jumlah sokongan Ahli Ahli Parlimen yang dimilikinya untuk membentuk sebuah kerajaan baru Bukti...
Kl Chronicle Belanjawan Negara 2021 Kita Semua Wajar Sokong Perdana Menteri

Kl Chronicle Belanjawan Negara 2021 Kita Semua Wajar Sokong Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 411 hits
1 Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dimana Al Sul...
Muhyiddin Perlu Berundur Secara Bermaruah

Muhyiddin Perlu Berundur Secara Bermaruah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 295 hits
DZULHILMI ZAIN Pelbagai isu timbul sejak kebelakangan ini yang melibatkan kegusaran dan keresahan rakyat secara keseluruhannya terutamanya apabila peningkatan kes penularan wabak Covid 19 naik mendadak dan ianya disusuli kematian seorang ba...
Anwar Wajar Undur Dari Politik Negara Ahmad Amzad

Anwar Wajar Undur Dari Politik Negara Ahmad Amzad

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar diterjemahkan sebagai politik matang dan sihat kata Timbalan Menteri Sains Tenaga dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim Ini kerana menurutnya banyak gerakan Presiden PKR i...
Muhyiddin Hilang Kredibiliti Wajar Letak Jawatan

Muhyiddin Hilang Kredibiliti Wajar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 242 hits
Gesaan peletakan jawatan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja dibuat oleh ahli politik pembangkang dan rakyat malah menerima gesaan daripada Umno Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata gesaan itu dibuat k...
Muhyiddin Wajar Dedahkan Perincian Tuntutan Umno

Muhyiddin Wajar Dedahkan Perincian Tuntutan Umno

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 498 hits
Adakah mereka mahu jawatan kanan Adakah ada mereka minta bebas dan lepaskan kes mahkamah sekarang Pendedahan ini perlu bagi rakyat menilai apa kemahuan sebenar UMNO Sepatutnya UMNO istiqamah untuk Muhyiddin fokus isu negara yang lebih penti...
Muhyiddin Kini Semakin Goyah Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan Belanjawan 2021

Muhyiddin Kini Semakin Goyah Perlu Kerajaan Baharu Untuk Bentangkan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 375 hits
PETALING JAYA Kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang goyah malah tidak mempunyai sokongan majoriti kukuh adalah sebab utama Belanjawan 2021 perlu dibuat dan dibentangkan oleh kerajaan baharu Ketua Penerangan Baris...
A Message To People In Africa South America And Asia Do Not Get Fooled By Woke

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Legoland Malaysia Is Now Autism Friendly What This Means For Your Family

Bet Smarter The Safety Benefits Of Using King Auto For Online Gambling

Man Who Slapped Non Muslim Gets Dnaa Case Referred To Agc

The Art Of Baking Unleashing Your Creativity And Mastering The Science Of Perfectly Baked Treats

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

Kembalikan Pelangiku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rara Relakan Aku Chord

Lirik Lagu Biarkan Aku Menangis Tommy J Pisa

Audi Dream Farm Harga Tiket Masuk Cara Beli

Orang Ramai Diminta Agar Berhati Hati Dengan Kewujudan Akaun Media Sosial Palsu Kerabat Diraja Pahang

Berbuka 18 Puasa Nasi Beriani Kari Kambing Pajeri Nenas Sirap Bandung

Pernah Makan Sambal Balado Jering Jengkol Tua