Keselamatan Data Anda Jangan Lalai
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahbaat blogger. Sebut sahaja keselamatan data ini ramai di antara kita tidak peka dengan keselamatan data di media sosial secara amnya. Insha Allah Naim akan berkongsi sedikit pengalaman yang ada ini.
Boleh Naim katakan semua sahabat-sahabat ada akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi. Sedar tak kekadang kita terlepas memberi data maklumat peribadi di media sosial secara public views. Ini memberi kesan jangka panjang keselamatan diri kita sendiri. Kerana kita tidak mengenali 100 % rakan-rakan di dalam media sosial tersebut.
Ini memberi kelebihan kepada pengodam mengambil maklumat sedia ada media sosial. Ini akan terjadi akaun kita akan di godam dengan mudah. Antara data-data tak perlu di beritahu di media sosial seperti
1) no kad pengenalan
2) Alamat Rumah
3) No pin Bank
4) Tarikh Lahir
Antara keempat-empat ini ramai rakan-rakan terlepas memberi media sosial secara umum .Kemudian jangan mudah klik link yang meragui yang orang share kepada kita. Itulah salah satu teknik untuk memancing kita klik pada link yang palsu. Teknik itu di beri nama Phishing. Ia meniru sebiji website yang sebenar dan ia dapat email dan kata password dan mereka akan menukar sebaik sahaja klik pada link yang palsu. Berhati-hati semua.
Sebelum terlupa , jika ingin upload gambar di media sosial jangan terus upload, periksa dahulu satu-satu gambar kerana takut privasi diri kita akan terdedah. Jika bab aurat ini ramai terlepas pandang. Jika terlepas upload, segera memadam ia kerana aurat kita sesuatu yang di larang agama kita Islam. Jika akaun kita sudah lama tak tukar password, better enam bulan sekali menukar password di gabung huruf dan angka memastikan password kita lebih kukuh daripada di godam.
Akhir sekali, berpada-pada kita memberi maklumat peribadi di media sosial kerana media sosial adalah perangkap samar yang sangat bahaya kepada diri kita semua. Naim doakan semua sahabat-sahabat di pelihara oleh Allah dan stay safe semua. Insha Allah! .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2021/11/keselamatan-data-anda-jangan-lalai.html