Kesan Penyatuan Ummah Pilihan Di Tangan Mahathir


rhgSeptember 23, 2019 Oleh AB JALIL BACKER
HIMPUNAN Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsung dua minggu lalu jelas memberi kesan yang mendalam kepada Pakatan Harapan (PH). HPU yang menawarkan Piagam Muafakat Nasional bukanlah sesuatu yang baharu dan luar biasa dalam landskap politik tanah air.

Lima fasal dalam Piagam Muafakat Nasional ialah pertamanya, menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan Negara; Islam sebagai agama Persekutuan; kedaulatan Raja-Raja Melayu; kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain; Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara.

Kedua, memperkukuh Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

Ketiga, memperkasa agenda Islam, Melayu dan bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

Keempat, membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

Kelima, mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baharu untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.
Lima perkara itu bukanlah perkara baharu. Namun hakikat Pas dan UMNO mengakui kewajipan mereka untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan telah menolak naratif DAP bahawa HPU adalah satu tindakan politik rasis Melayu Islam yang bersifat taliban.

Para strategis PH begitu gelabah dengan konsep penyatuan ummah Pas-UMNO, BN dan NGO-NGO Islam. Antara yang terkehadapan menentang dalam isu ini ialah Datuk A Kadir Jasin dan Rafizi Ramli.

Adalah biasa untuk satu pihak melemahkan pihak lawannya. PH sudah tentu mahu melemahkan parti pembangkang. Namun cara para strategi media PH menyambut isu HPU itu sangat dangkal dan tampak menggelabah..

Misalnya, Rafizi bertanya siapa suami dan siapa isteri antara Pas dan UMNO. Ini tentulah bukan standard Rafizi yang kita kenali. Mengapa beliau begitu menggelabah sehingga perlu membuat komentar yang kebudak-budakkan?

Rafizi tidak keseorangan. Khalid Samad pula mencemuh HPU sebagai orang yang telah lama bersekedudukan baru mendapat surat nikah. Bagi saya, hanya iblis tidak suka orang Islam bersatu.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada dua tema propaganda PH menentang HPU yang walaupun tampak gelabah namun ada asas untuk dinilai.

Pertamanya, HPU berbahaya kepada perpaduan kaum dan hubungan antara agama. Namun tema ini sudah nyawa-nyawa ikan kerana kehadiran di HPU bukan sekadar UMNO dan Pas tetapi melampaui batas kaum dan agama.

MCA dan MIC turut hadir dalam HPU serta menyambut baik Piagam Muafakat Nasional yang secara terbuka mengakui identiti kepelbagaian agama dan kaum negara ini tanpa menjejaskan kepentingan pribumi dan Islam.

Bersatu Jika penyatuan ummah sesuatu yang berbahaya kepada negara, mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sejak setahun lalu telah beberapa kali menyeru orang Islam bersatu? Pada 5 Julai lalu, Dr Mahathir sekali lagi mempelawa semua orang Melayu menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan orang Melayu.

Ketika Dr Mahathir terang-terangan menyeru penyatuan Melayu yang bersifat rasis tidak ditentang, mengapa penyatuan ummah UMNO dan Pas yang bersifat menyeluruh harus dianggap sebagai berbahaya kepada perpaduan kaum dan agama?

Kedua ialah serangan Kadir bahawa HPU ialah alat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelamatkan diri daripada kes Mahkamah.

Secara logiknya kita tidak nampak bagaimana kedua-dua mereka boleh menggunakan penyatuan ummah untuk menyelamatkan diri. Ini kerana mahkamah tidak mengambil kira populariti di luar untuk membuat keputusan.

Para propagandis PH seperti Kadir berpura-pura tidak faham bahawa HPU adalah alat orang Islam menentang hegemoni DAP dalam pentadbiran negara.

Majoriti umat Islam di negara ini sudah melihat kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan DAP ini ke atas identiti negara dan juga ekonomi negara.
Justeru, HPU mengemukakan PMN sebagai satu rangka kerja untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa bagi menyelamatkan identiti negara ini seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Negara.

Pilihan di tangan Dr Mahathir sama ada beliau sendiri menyertai gerakan ini dan menumbangkan DAP atau beliau sendiri akan turut tumbang bersama DAP.

* Abd Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

Sinar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/kesan-penyatuan-ummah-pilihan-di-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 419 hits
Dr Mahathir kata Anwar Ibrahim dipecat kerana melakukan perbuatan2 tidak bermoral yg tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara Sehingga ke saat ini Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataannya Anwar terlibat dgn aktiviti homoseksual Ma...
Hpu914 Penyatuan Ummah Penuhi Hasrat Nik Aziz Tuan Ibrahim

Hpu914 Penyatuan Ummah Penuhi Hasrat Nik Aziz Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 324 hits
Penyatuan ummah antara UMNO dan PAS yang bakal dimeterai esok didakwa memenuhi kehendak dan hasrat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering dinyatakan ketika hayat bekas Mursyidul Am PAS itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibra...
Hpu149 Himpunananakmuda Wakil Parti Komponen Bangun Suarakan Sokongan Penyatuan Ummah

Hpu149 Himpunananakmuda Wakil Parti Komponen Bangun Suarakan Sokongan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 334 hits
Seorang demi seorang wakil pemuda komponen dan rakan BN dan Gagasan Sejahtera bangun selepas tamat sesi town hall anak muda di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap acara itu Wakil...
Hpu149 Kerja Keras Selepas Meterai Quot Piagam Penyatuan Ummah Quot

Hpu149 Kerja Keras Selepas Meterai Quot Piagam Penyatuan Ummah Quot

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 258 hits
Pemuda Umno mengingatkan partinya dan PAS supaya tidak terleka dengan piagam kerjasama kedua dua parti Melayu Islam terbesar itu menegaskan pemeteraian itu hanya permulaan kepada kerja keras Naib Ketua Shahril Sufian Hamdan meminta Umno dan...
Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 460 hits
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad berkata parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar Justeru itulah jelas beliau walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah anta...
Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah

Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 318 hits
Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah Penyatuan ummah dengan UMNO bukan untuk kepentingan pimpinan parti sebaliknya demi masa depan generasi muda hari ini Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata pihaknya tidak mahu agama Islam di negara ini ...
Komponen Bn Gagasan Sejahtera Boleh Jernihkan Salah Faham Penyatuan Ummah Kata Hadi

Komponen Bn Gagasan Sejahtera Boleh Jernihkan Salah Faham Penyatuan Ummah Kata Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 317 hits
Komponen BN Gagasan Sejahtera boleh jernihkan salah faham penyatuan ummah kata Hadi
Kedatangan Ke Penyatuan Ummah Begitu Suram Berbanding Icerd

Kedatangan Ke Penyatuan Ummah Begitu Suram Berbanding Icerd

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 306 hits
Kedatangan terpaksa diangkut dgn basKEDATANGAN PERPADUAN UMMAH TAK SEBEGITU MEMBANGGAKAN KALAU DIBANDING DGN ICERDTerpaksa angkut orang naik Bas Itu pun tak melimpah keluar sampai ke jalan raya Kalau dibanding perhimpunan ICERD kedatangan k...
Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 385 hits
Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO di ingatkan jangan lupa falsafah perjuangan dalam konteks kebersamaan supaya sejajar dengan piagam yang di meterai bersama Kedua kedua parti itu mempunyai rekod bermusuhan sepanjang zaman yang tidak dilup...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan