Kesan Pengambilan Dadah Jenis Amphetamine Type Stimulant


Kesan Pengambilan Dadah Jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rasanya dah lama Sha tak berkongsi tentang isu dadah. Kali ini Sha ingin berkongsi dengan korang salah satu jenis dadah yang ada dimuka bumi ini. Haaa gituuu atas muka bumi tau. Jenis dadah yang Sha pilih kali ini untuk kongsi dengan korang adalah Amphetamine Type Stimulant (ATS)



 
 
Apakah Itu Dadah Jenis ATS
 
Amphetamine Type Stimulant (ATS) adalah sejenis dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia. ATS merujuk kepada sekumpulan dadah termasuk amphetamine, methamphetamine, 3,4-methylenedioxyamphetamine (MDA) dan 3,4-Methylenedioxy methamphetamine (MDMA).
ATS boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti serbuk pelbagai warna, kapsul pelbagai warna dan kristal atau ais. ATS bertindak keatas sIstem saraf otak dengan meningkatkan penghantaran maklumat yang disampaikan oleh otak kepada organ badan. ATS mempunyai potensi membuatkan seseorang bertenaga, berkeyakinan dengan perasaan yang bersifat positif seperti cinta, kasih sayang dan kegembiraan.



 
Dadah kumpulan ini biasa digunakan oleh mereka yang ingin menari dan berpesta semalaman. Penyalahgunaan dadah ATS adalah fenomena global. Dalam beberapa tahun kebelakang ini telah terdapat peningkatan penghasilan dan penggunaan ATS sedunia.
ATS dihasilkan secara haram di makmal-makmal rahsia. Dos tidak diuji dan ianya mungkin mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk talkum atau quinine. ATS disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.


Jenis-Jenis Dadah Kumpulan ATSNama Jalanan
Amphetamine: Speed, whiz, uppers, goey, loueeMethylamphetamine (pepejal): Meth, speed, uppers, Chalk, Yaba, rabbit, pep pillsMethylamphetamine (cecair): Leopard’s blood, ox blood, red speed or liquid redMethylamphetamine (kristal): Syabu, ina, Hot Ice, glass, crystal, Batu.MDMA: Exstasy, XTC, X, Adam, lover’s speed, Hug.MDA: Mandy, MDA, Sass, Pink, Yop, Adam
 
Kesan Pengambilan Dadah Jenis ATS 
Kesan serta merta pengambilan bahan menyebabkan euphoria, tidak mengantuk, tidak lapar ataupun letih. Tetapi lama kelamaan menyebabkan kebergantungan yang berpanjangan yang boleh mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.
Penyalahgunaan bahan ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada siapa yang mengambilnya. Penggunaan ATS secara regular adalah berkait dengan masalah seperti dibawah :
Kesukaran untuk TidurSakit kepalaKehilangan selera makan dan berat badan serius yang boleh menyebabkan dehidrasi.Risiko kancing gigi, sakit kepala dan sakit otot.Mood berubah-ubah seperti bimbang, murung, mania dan panik.Menggeletar, denyut jantung tidak stabil, sesak nafas.Sukar memberi tumpuan dan mengingat sesuatu.Paranoid, tingkahlaku agresif dan ganas.
Kesan jangka panjang

Psokisis (halusinasi) selepas mengambil dos tinggi dan berulang.Tekanan darah meningkatMulut menjadi keringPenglihatan kaburPerubahan tingkahlakuKerosakan kekal pada sel-sel otak.Kerosakan hati, pendarahan otak dan sawanKawalan emosi yang terjejas serta berkecenderungan untuk membunuh diri.Kematian mengejut akibat masalah kegagalan jantung.

Cara penggunaan dadah jenis ATS Suntikan apabila dalam bentuk cecairMenghidu apabila dalam bentuk serbukMerokok apabila dalam bentuk kristal,Melalui mulut apabila dalam bentuk pil

Berapa lama Amphetamines Type Stimulant mengambil masa untuk keluar dari badan 
ATS berada dalam sistem badan sehingga dua hingga empat hari. Sekurangnya-kurangya ia akan berada dalam badan selama dua hingga empat jam dan maksimum selama empat hari. Jangkamasa ini bergantung kepada beberapa faktor seperti:
Jumlah dadah yang di gunaKekerapan penggunaanTahap tolerensKadar metabolismaBerat badanUmurTahap kesihatan Metabolisma Amphetamine Type Stimulant 
Proses metabolisme ATS berlaku dalam organ hati manusia. Kadar metabolism bergantung kepada banyak faktor seperti berat badan, umur, tahap kesihatan serta pemakanan dan minuman. Hasil dari proses metabolisme Methamphetamine akan membentuk amphetamine. Kedua-dua boleh berada dalam specimen air kencing. Hasil dari proses metabolisme 3,4-Methylenedioxymethamphetamine ( MDMA) akan membentuk 3,4-methylenedioxyamphetamine (MDA). Kedua-dua boleh berada dalam specimen air kencing. Perkumuhan Amphetamine Type Stimulant melalaui urin berlaku anatara 48 to 72 jam selepas pengambilan.
 Pengesanan Penyalahgunaan ATS
 
Penyalahgunaan ATS boleh dikesan melalui ujian dadah. Terdapat dua kategori ujian dadah iaitu saringan dan pengesahan.

 
Ujian Saringan

 
Ujian saringan adalah ujian permulaan dan merupakan ujian kualitatif yang digunakan untuk mengenalpasti kelas dadah yang terkandung dalam urin. Teknik yang digunakan adalah immunoassay berdasarkan prinsip competitive binding.
Kit ujian saringan dadah boleh didapati dalam bentuk ujian di lokasi atau analisis di makmal. Ujian pantas biasa digunakan sebagai ujian di lokasi dan diguna di klinik, ditempatkerja atau oleh pihak berkuasa semasa melakukan operasi mengesan penyalahgunaan dadah.
Ujian saringan bergantung pada paras cut off. Cut-off adalah kepekatan yang digunakan untuk membezakan ujian positif dan negatif. Spesimen yang mengandungi kepekatan dadah sama atau lebih dari nilai cut-off akan dianggap sebagai positif manakala spesimen dengan kepekatan dadah kurang dari nilai cut-off akan dianggap negatif. Cut-off ujian saringan bagi ATS dalam urin adalah 1000 ng/ml. 
kes yang melibatkan perundangan, spesimen positif ujian saringan hendaklah disahkan dengan ujian pengesahan yang dilakukan oleh makma


Ujian Pengesahan  
Ujian pengesahan digunakan untuk mengesahkan keputusan positif ujian saringan. Ujian pengesahan boleh mengesan dadah dalam urin secara spesifik. Ujian pengesahan biasa dilakukan dengan menggunakan teknik kromatografi. Teknik kromatografi yang biasa digunakan untuk mengesahkan morfin adalah Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) dan Liquid Tandem Mass Spectrometry (LC/MS/MS).
Peranan AADK Dalam Pengesanan Dadah
Pihak AADK hanya dapat membuat ujian saringan sahaja setiap kali program dan operasi. Ujian pengesanan spesimen akan dihantar ke hospital besar untuk pengesahan kandungan dadah dalam air kencing. Pengesahan pengesanan ini adakan digunakan urusan mahkamah kelak.



Rujukan:
http://www.adk.gov.myGaris Panduan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing.Pekeliling KPK Bil. 6/2002Goldberger B.A. Opiates: Abused Drugs Monograph Series, Abbott Laboratories, Diagnostic Division, Texas, 1994.Amphetamine Type Stimulants A Global Review, UNDCPhttp://www.myhealth.gov.my/amphetamine-type-stimulant-ats/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/02/kesan-pengambilan-dadah-jenis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Jenis Makanan Tingkatkan Sistem Imun Anak Jangan Tunggu Sakit Baru Bagi

Ini Jenis Makanan Tingkatkan Sistem Imun Anak Jangan Tunggu Sakit Baru Bagi

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 189 hits
Konsep asas bila tak sihat PERLU NAIKKAN SISTEM IMUN BADAN Bila sistem imun badan baik cepatlah proses penyembuhan Sebenarnya juga semua makanan sihat ini patut diambil KETIKA SIHAT bukan ketika sakit Ini yang lebih penting Jadikan ia amala...
3 Jenis Cinta

3 Jenis Cinta

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 193 hits
CINTA DARIPADA SYAITANApabila sesuatu pasangan sedang hangat bercinta kemudian keluar ber dating saling berpegangan tangan dan akhirnya melakukan maksiat Disebabkan itu si perempuan tersebut mengandung Oleh itu si lelaki TERPAKSA mengahwini...
Jenis Dan Waktu Urusniaga Di Pejabat Pos Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam

Jenis Dan Waktu Urusniaga Di Pejabat Pos Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 1339 hits
Jika dahulu penulis hanya memegang pegangan retorik dalam minda bahawa pejabat pos merupakan tempat membeli setem menghantar surat dan parcel Pejabat Pos Aeon Bukit RimauDengan perkembangan dunia sekarang mana mana memerlukan kaunter yang l...
Jenis Jenis Panadol Serta Fungsi Dan Kegunaannya

Jenis Jenis Panadol Serta Fungsi Dan Kegunaannya

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 211 hits
Perlu ke nak makan Panadol Nak makan sebelum atau selepas vaksin CDC tak recommend ambil painkiller sebelum cucuk vaksin untuk prevent vaccine related side effects Jadi lebih selamat kalau ambil Panadol selepas cucuk vaksin kalau korang ada...
Serba Serbi Haki Jenis Hak Kekayaan Intelektual

Serba Serbi Haki Jenis Hak Kekayaan Intelektual

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 188 hits
Setelah memahami apa itu HAKI ada baiknya Anda juga memahami jenis hak kekayaan intelektual Karya yang terdaftar di dalam HAKI maka berhak mendapatkan perlindungan Begitupun penciptanya juga berhak menikmati nilai ekonomi yang dihasilkan da...
Polis Sahkan Pemandu Nissan Navara Langgar Toyota Vellfire Di Kampung Lebu Positif Dadah

Polis Sahkan Pemandu Nissan Navara Langgar Toyota Vellfire Di Kampung Lebu Positif Dadah

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 201 hits
BENTONG Pemandu pacuan empat roda Nissan Navara yang terlibat kemalangan dengan Toyota Vellfire hingga menyebabkan empat sekeluarga maut di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road di sini hari ini disah...
4 Beranak Maut Gara Gara Dilanggar Pemandu Nissan Navara Langgar Lampu Isyarat Merah Positif Dadah

4 Beranak Maut Gara Gara Dilanggar Pemandu Nissan Navara Langgar Lampu Isyarat Merah Positif Dadah

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 427 hits
Perjalanan satu keluarga menuju ke majlis perkahwinan yangg diadakan di Kuala Lumpur bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan empat termasuk tiga kanak kanak maut semalam Ketua Polis Da...
Penganggur Maut Dipukul Ketika Berbalah Kes Dadah

Penganggur Maut Dipukul Ketika Berbalah Kes Dadah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 157 hits
Oleh MASTURA SURADI MAYAT mangsa yang dijumpai tidak bernyawa di Jalan Datuk Onn Mersing Kanan di Mersing MERSING Seorang penganggur maut dalam perbalahan dipercayai melibatkan kes dadah di Jalan Datuk Onn Mersing Kanan kira kira pukul 7 15...
Hiburan Dituduh Berhenti Kerja Kerana Dadah Digam Stesen Radio Shahrol Shiro Nak Saman Netizen

Hiburan Dituduh Berhenti Kerja Kerana Dadah Digam Stesen Radio Shahrol Shiro Nak Saman Netizen

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 257 hits
Pelawak dan pelakon yang kini aktif berpolitik Shahrol Shiro menyangkal dakwaan sebuah akaun Twitter yang menuduhnya pernah ditamatkan kerja sebagai pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia kerana terbabit dengan najis dadah Shahrol atau nama ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly