Kesan Buruk Konflik Rumah Tangga


 Institusi perkahwinan tidak sekadar melibatkan pasangan suami isteri. Sebaliknya, ia turut melibatkan seluruh ahli keluarga dan memberi kesan kepada masyarakat keseluruhannya. Maka itu, hal berkaitan masalah dalam keluarga tidak boleh dipandang mudah.
Kesan masalah paling ketara tentu ditanggung oleh pasangan suami isteri itu sendiri. Situsasi ini memberi kesan kepada beberapa perkara.
Kesan emosi paling ketara dirasai. Gangguan emosi memberi kesan tekanan yang amat buruk. Keadaan kemurungan dan tekanan yang berterusan boleh menimbulkan masalah jiwa. Jika tidak dikawal boleh menyebabkan gila atau kesan negatif lain.
Prestasi kerja menurun apabila berdepan dengan masalah keluarga. Keadaan ini memberi kesan besar kepada kerja. Ada pekerja diberhentikan kerja kerana prestasi teruk akibat konflik keluarga dialami.
Konflik boleh menjelaskan kesihatan pasangan terlibat. Dalam keadaan tertekan, satu kesan paling ketara ialah masalah tekanan darah tinggi dan boleh melarat kepada masalah penyakit jantung. Penyakit ini jika berterusan boleh membawa kepada maut.
Kesan kepada anak. Anak-anak biasa menjadi mangsa apabila ibu bapa berdepan konflik rumah tangga. Jika ibu bapa tidak bersefahaman, tentu sekali anak-anak juga menanggung akibatnya. 
Anak kurang mendapat perhatian jika ibu bapa asyik berkonflik. Mereka tidak dapat melakukan akvititi yang bisasanya dilakukan bersama. Contohnya, ibu bapa berdepan konflik tentu tidak akan keluar untuk bersiar-siar atau berkelah. 
Ibu bapa yang berdepan konflik turut memberi kesan emosi dan tekanan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak merasakan tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti kasih sayang dan perhatian.
Pada masa sama mereka juga bimbing jika konflik yang tidak dapat dikawal itu menyebabkan perceraian ibu bapa.
Dalam kes ibu bapa yang berdepan konflik akan melepas perasaan terhadap anak-anak. Anak dimarah dan kadangkala dipukul disebabkan satu kesalahan yang tidak sepatutnya mereka dihukum sedemikian. 
Kesan buruk terhadap hubungan kekeluargaan. Perkara ini tidak boleh dipadang mudah. Maka itu, suami isteri tidak boleh menganggap apa yang berlaku hanya melibatkan diri mereka saja.   
Apabila berlaku konflik suami isteri, kerap turut melibatkan campur tangan keluarga. Keluarga tentu akan memihak kepada anak masing-masing. Keadaan ini menjadi semakin parah apabila berlaku saling menyalahkan. Ini menyebabkan hubungan dua keluarga menjadi renggang.
Dendam keluarga akan membara jika ada kes sebelum ini yang telah terpendam lama. Mereka mengambil kesempatan untuk menyemarak kembali kes dahulu yang sebelum ini telah tertutup melalui perkahwinan. 
Putus hubungan atau kerjasama antara keluarga sering berlaku berpunca konflik suami isteri. Kes putus hubungan perniagaan, konflik di tempat keluarga dan hubungan dalam masyarakat wujud disebabkan masalah dalaman ahli keluarga. Bayangkan apa yang berlaku itu hasil daripada konflik suami isteri, itu belum lagi jika berlaku perceraian. 
Menyumbang masalah dalam masyarakat. Konsep melahirkan masyarakat harmoni melalui keluarga bahagia sering dijadikan sandaran. Maka, jika keadaan keluarga tidak bahagia, tentunya kesannya turut melibatkan seluruh masyarakat.
Anak terabai akibat konflik ibu bapa akan menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Kajian mendapati mat rempit, kaki lepak dan pelbagai masalah sosial lain yang dilakukan oleh anak-anak adalah berpunca keadaan keluarga yang tidak tenteram. Mereka cuba mencari altenatif lain untuk melepaskan perasaaan atau melupakan masalah keluarga.
Prestasi tempat kerja pasangan bermasalah berdepan prestasi menurun. Ini memberi kesan buruk kepada majikan. Bayangkan jika suami iateri bermasalah terbawa-bawa masalah keluarga ke tempat kerja. Jangan terkejut jika prestasi pekerja setiasa turun naik, dan jika diselidiki berpunca berlaku krisis dalam keluarga.
Mendatangkan kesan buruk kepada negara. Bunyinya macam tidak lojik jika dikatakan kesan konflik dalam keluarga boleh memberi kesan buruk kepada negara, termasuk dalam soal keselamatan.  
Fikirkan, dalam kes konflik rumahtangga yang berpunca masalah kewangan, ada pegawai kerajaan atau petugas di agensi swasta sanggup melakukan rasuah semata-mata untuk mendapat wang yang lebih semata-mata untuk memenuhi keperluan keluarga. Kita tahu, masalah rasuah boleh merosakkan negara dan mengancam keselamatan negara.   


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2022/06/frd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Sidang Tak Boleh Memandai Mandai Bagitahu Jinggo Tak Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak

Tok Sidang Tak Boleh Memandai Mandai Bagitahu Jinggo Tak Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 185 hits
Kini bergelar datuk selepas anaknya menimang cahaya mata pengarah terkenal Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo enggan mengulas lanjut mengenai nama cucunya Bunga Elhaq Menerusi satu perkongsian di Instagram Jinggo berkata na...
Demi Bayar Utang Ibu Rumah Tangga Gadaikan Lima Mobil Rental

Demi Bayar Utang Ibu Rumah Tangga Gadaikan Lima Mobil Rental

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 210 hits
Dari hasil penyelidikan diketahui bahwa mobil mobil yang disewa ini telah digadaikan oleh tersangka Tersangka menggadaikannya di daerah Wonosobo dan Temanggung Jawa Tengah
Syamsul Yusof Perjelas Status Diam Diri Saya Dalam Proses Selesaikan Kemelut Rumah Tangga

Syamsul Yusof Perjelas Status Diam Diri Saya Dalam Proses Selesaikan Kemelut Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 190 hits
Pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof memberitahu dirinya dalam proses menyelesaikan rumah tangga bersama isteri Puteri Sarah Liyana Menurut laporan BH Online pengarah berusia 38 tahun itu mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana ...
Hanya Tinggal Tangga Batu Ramai Sedih Lihat Rumah Allahyarham Sudirman Kini Dipenuhi Semak Samun

Hanya Tinggal Tangga Batu Ramai Sedih Lihat Rumah Allahyarham Sudirman Kini Dipenuhi Semak Samun

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 338 hits
Sedih Sedih Sedih tiap tiap hari lalu jalan Kg Gantok ni pasti menoleh ke arah tapak rumah arwh Selalu terpikir kenapa dibiarkan rumah seniman ini terbiar begitu saja
Lebih 10 Rumah Musnah Terbakar Di Putatan

Lebih 10 Rumah Musnah Terbakar Di Putatan

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 146 hits
Lebih 10 rumah musnah terbakar di Putatan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Jun 2022 7 48AM
Permohonan Dibuka Golongan B40 Gaji Bawah Rm3 000 Boleh Miliki Rumah Sendiri

Permohonan Dibuka Golongan B40 Gaji Bawah Rm3 000 Boleh Miliki Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 297 hits
Panduan Untuk Memohon Rumah PPR Online Dibawah Program Perumahan Rakyat Disewa Dimilki Myhome 2020Tahukah anda Sekiranya isi rumah anda mempunyai pendapatan di bawah RM3 000 sebulan anda boleh untuk memiliki rumah di bawah Skim Program Peru...
Cubaan Lari Dari Rumah Ya Dik Pantang Keluar Bukan Main Laju Merangkak

Cubaan Lari Dari Rumah Ya Dik Pantang Keluar Bukan Main Laju Merangkak

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 152 hits
Bayi belajar perkara baru setiap hari Sebab itu setiap bayi perkembangannya tak sama Ada yang cepat meniarap merangkak tumbuh gigi dan berjalan Bagi bulan bulan pertama ia adalah satu fasa di mana bayi anda membesar dengan begitu pantas Fas...
Suka Berkerja Di Pejabat Atau Dari Rumah

Suka Berkerja Di Pejabat Atau Dari Rumah

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 218 hits
PRO BEKERJA DI PEJABAT 1 Ada meja peralatan dan ruang yang kondusif dan sesuai tersedia untuk buat kerja 2 Dapat berjumpa face to face dengan kawan sekerja sepasukan so senang untuk berkomunikasi dan bersemangat sikit untuk buat kerja3 Kala...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam