Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan


Kesan Baik Buruk Akibat Bercakap Bohong Untuk Kebaikan || Berbohong adalah topik yang meluas utuk dibincangkan. Namun untuk kali ini kita cuma mengolah kesan terhadap kata-kata bohong yang dilafazkan dalam perkara tertentu atas niat kebaikan yang difikirkan.

Istilah cakap bohongCakap bohong bermaksud kata-kata ataupun percakapan seseorang yang tidak benar, karut ataupun dusta dari perkara sebenar yang diketahuinya. 
Ia merupakan teknik atau kaedah untuk mempengaruhi seseorang dengan niat tertentu yang dirancang

Terdapat situasi yang mana tanpa disedari, tanpa dirancang ataupun secara tradisi kita mengatakan sesuatu yang yang kurang tepat dengan situasi yang berlaku dengan niat untuk memperoleh kejadian atau hasil yang kita agak lebih baik di pengakhirannya.

Atas dorongan kebaikan yang difikir, maka timbul lah idea untuk mempengaruhi seseorang agar melakukan sesuatu mengikut telunjuk, cadangan mahupun arahan yang diberikan. 


Itu lah yang dimaksudkan berbohong untuk kebaikan. Ada sesetengan mengistilah keadaan ini sebagai bohong sunat, bagaikan gurauan ataupun kesalahan timbang tara.

Adakah berkata bohong atas niat kebaikan itu salah?Realitinya, berkata bohong itu tetap salah dalam apa-apa situasi dan kebaikan itu berlaku sejak lahirnya niat baik dari dalam hati yang diolah oleh akal fikiran

Jadi, apakah berkata bohong untuk kebaikan itu salah? Mari kita bincangkan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan manusia seharian.

Situasi 1Kanak-kanak sedang asyik bermain di luar rumah dan sehingga melepasi waktu maghrib masih tidak mengendahkan beberapa kali seruan ibu supaya masuk ke dalam rumah untuk mandi. 
Niat baik ibunya adalah untuk mendisiplinkan anaknya supaya membiasakan diri berhenti bermain apabila masuk waktu maghrib (petang), supaya mengerjakan solat maghrib dan persiapan untuk aktiviti malam hari iaitu makan malam dan ulangkaji pelajaran.

Maka si ibu membuat helah iaitu mengatakan kepada anaknya bahawa apabila hari senja hantu akan keluar, merayau-rayau, ikut bermain dan mengganggu kanak-kanak yang kotor (belum mandi). 
Teknik ini difikirkan oleh si ibu supaya anaknya takut dan segera masuk ke dalam rumah.

Soalan dan kemungkinan jawapan;Adakah anaknya akan menjadi berdisiplin untuk mandi dan solat mengikut rancangan baik ibunya?

Kemungkinan jawapan;
● Ya dan mungkin juga tidak

Apakah kesan sekiranya si anak mendapati tiada hantu wujud di waktu maghrib





Kemungkinan jawapan; 
● Tidak mempercayai kata-kata ibunya lagi.
● Boleh mempengaruhi kawan-kawan kerana ternyata hantu itu cuma cerita rekaan sahaja
● Boleh meneruskan permainan sebab tiada apa yang perlu dirisaukan
● Si anak mungkin akan menakut-nakutkan adik-adik atau rakan-rakannya tentang wujudnya hantu disana-sini ataupun berkata tidak benar dalam apa-apa situasi untuk tujuan tertentu difikirannya. Situasi ini dipelajari melalui perlakuan ibunya.

Apakah kesan kepada anaknya sekiranya dia mempercayai ada hantu wujud diwaktu maghrib

● Menjadi penakut, malahan bukan sahaja diwaktu maghrib
● Takut melakukan aktiviti bersendirian seperti mandi, tidur, bermain dan sebagainya
● Sifat penakut mungkin akan terbawa-bawa hingga dewasa
● Menjadi rajin solat disebabkan takut (tetapi bukan solat disebabkan kewajipan)

Situasi 2Pertengkaran antara pihak A dan pihak B disebabkan pihak A telah terlanggar dan menyebabkan kematian kucing kesayangan pihak B

Pihak B mengesyaki pihak A yang melanggarnya atas andaian melalui siasatannya tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh. 
Manakala pihak A dengan sengaja tidak mengaku melanggarnya. Apabila pertengkaran menjadi semakin serius, muncul pihak C yang mengetahui hal sebenar kerana dia melihat sendiri pihak A telah melanggar kucing pihak B.

Namun untuk meredakan keadaan, pihak C mengatakan bahawa sebenarnya pihak D yang melanggar kucing tersebut.

Soalan dan kemungkinan jawapan;Apakah pertengkaran akan segera selesai dan situasi peroleh perdamaian





Kemungkinan jawapan;
● Ya (berkemungkinan besar)

Setelah perdamaian diperolehi, apakah kesan sampingan yang tanpa disedari berlaku kepada pihak A, B dan C

Kemungkinan jawapan;

● Pihak A akan lebih yakin untuk bersifat tidak mengaku kesalahannya dimasa akan datang dan berpotensi untuk terlanggar kucing atau apa-apa binatang / objek kerana kemenangan atau perdamaian adalah mudah diperolehi. Namun dia akan berhadapan masalah besar sekiranya satu hari nanti keadaan sebenar terbongkar.
● Pihak B tidak lagi akan mempercayai pihak A dan C sekiranya keadaan sebenar terbongkar oleh sebarang kemungkinan, malahan mungkin akan terjadi pertelingkahan yang lebih buruk.
● Pihak C tanpa menyedari telah menyokong pihak A untuk mengekalkan sifatnya yang kurang baik (tidak mengaku kesalahan). Disamping itu, ia juga mengujudkan suasana kurang selamat kerana pelaku (yang melanggar) mungkin mengulangi kesalahannya dimasa akan datang.

Situasi 3Dalam satu peperangan antara kumpulan 1 dan kumpulan 2, kumpulan 1 telah membuat perancangan tipu helah iaitu menyerah kalah diperingkat awal sambil membuat persediaan serangan mengejut ketika berada pada kedudukan berhampiran dengan kumpulan 2.

Soalan dan kemungkinan jawapan;
Apakah peperangan akan berakhir?
● Ya dan mungkin juga tidak

Apakan kemenangan akan memihak kepada kumpulan 1?
● Ya (berkemungkinan besar)

Apakah kesan atau pengajaran yang diperolehi daripada situasi ini

● Peperangan akan dapat dihentikan lebih cepat dan mengurangkan kadar kerosakan, kemusnahan dan kematian
● Kemenangan boleh diklasifikasikan sebagai kelebihan dari segi teknik tipu helah tetapi dilihat sebagai ambil kesempatan atas penerimaan keterbukaan kumpulan 2 untuk tidak menyerang (membunuh) mereka diperingkat awal.
● Kemenangan cara ini akan mendorong peperangan di masa akan datang dengan sifat lebih kejam iaitu kemenangan hanya dicapai dengan kematian dan kemusnahan secara total (keseluruhan)
● Kejadian ini juga membuka mata semua pihak yang mana perundingan atau genjatan senjata tidak lagi menjamin sebagai kaedah terbaik untuk meghentikan dalam kejadian peperangan dimasa akan datang.

Apakah berbohong itu berkesan untuk tujuan kebaikan?Daripada 3 situasi di atas kita mempunyai asas untuk menilai sejauh mana keberkesanan bercakap bohong untuk tujuan kebaikan

Tidak kurang penting juga kita mengambil perhatian tentang impak atau kesan jangkamasa panjang daripada situasi tersebut. 
Diharap sedikit perkongsian ini mampu dijadikan panduan untuk kita membuat keputusan baik buruk tindakan sebegini dan kiranya ada pendapat atau komen, anda bolehlah dilanjutkan di ruang komen di bawah untuk diskusi bersama.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/02/kesan-baik-buruk-akibat-bercakap-bohong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Dolar As Adakah Retorik Fed Semasa Buruk Atau Baik

Masalah Dolar As Adakah Retorik Fed Semasa Buruk Atau Baik

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 252 hits
Banyak salinan telah dipecahkan mengenai dasar monetari Rizab Persekutuan yang ada dan kesannya terhadap dinamika USD Pakar percaya bahawa strategi Fed saat ini menyumbang kepada melemahnya dolar AS yang telah berlangsung lama Sementara itu...
Ingat Kampung Miliarder Tuban Belasan Mobil Rusak Akibat Kecelakaan Ternyata Belum Bisa Nyetir

Ingat Kampung Miliarder Tuban Belasan Mobil Rusak Akibat Kecelakaan Ternyata Belum Bisa Nyetir

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 219 hits
Kocak sih tapi miris juga Habisnya mau gimana lagi kalau memang belum pada lancar nyetirnya
Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 259 hits
Bitcoin membuat kejayaan besar pada Februari 2021 setelah berulang kali menulis semula rekod nilai maksimum Kepentingan pelabur besar pengembangan perisian untuk memperluas kemungkinan cryptocurrency serta publisiti yang meluas di media glo...
Pengusaha Perkahwinan Terpaksa Pinjam Ceti Haram Akibat Tiada Pendapatan

Pengusaha Perkahwinan Terpaksa Pinjam Ceti Haram Akibat Tiada Pendapatan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 233 hits
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia Zarinah Mohideen bersama ahli yang lain berkumpul di Dataran Putra bagi menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri merayu supaya industri perkahwinan dibenarkan beroperasi d...
40 Pengusaha Bas Gulung Tikar Ketika Penutupan Sekolah Akibat Covid 19

40 Pengusaha Bas Gulung Tikar Ketika Penutupan Sekolah Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 391 hits
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat berkata secara keseluruhan mereka hanya dibayar enam bulan sepanjang 2020 iaitu Januari Februari Mac Julai Ogos dan September KUALA LUMPUR Pengusaha bas sekolah boleh me...
Pelakon Veteran Hong Kong Ng Man Tat Meninggal Dunia Akibat Barah Hati

Pelakon Veteran Hong Kong Ng Man Tat Meninggal Dunia Akibat Barah Hati

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 577 hits
Pelakon veteran Hong Kong Ng Man Tat meninggal dunia akibat barah hatiPelakon veteran Hong Kong Ng Man Tat 70 dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5 21 petang 27 Februari 2021 akibat penyakit barah hati yang dihidapinya Ng sebelum ini ...
Industri Kandungan Kreatif Tempatan Kerugian Sehingga Rm3 Bilion Akibat Cetak Rompak

Industri Kandungan Kreatif Tempatan Kerugian Sehingga Rm3 Bilion Akibat Cetak Rompak

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 208 hits
Isu cetak rompak merupakan suatu isu yang membelenggu industri kreatif dan perfileman tempatan dan antarabangsa sejak berdekad dekad dahulu Teknologi semakin berkembang pesat dan kita mempunyai pelbagai platform yang menawarkan pelbagai sir...
Stasiun Tawang Dinonaktifkan Kembali Akibat Banjir Perjalanan Kereta Api Terganggu

Stasiun Tawang Dinonaktifkan Kembali Akibat Banjir Perjalanan Kereta Api Terganggu

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 249 hits
Dia menyebut terdapat kereta api yang tidak bisa melanjutkan perjalanan sementara waktu yakni KA Jayabaya relasi Malang Pasar Senen Pihaknya telah mengoperasikan lokomotif Hidrolik untuk sarana menarik rangkaian KA Jayabaya yang tertahan di...
Lelaki Mati Dalam Kereta Dipercayai Akibat Terhidu Asap Polis

Lelaki Mati Dalam Kereta Dipercayai Akibat Terhidu Asap Polis

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh ISWAN SHAFIQ ISA BUKIT MERTAJAM Seorang lelaki yang ditemukan di dalam keadaan bersandar di tempat duduk pemandu sebuah kereta di Taman Impian Jaya di sini pukul 9 30 malam tadi dipercayai mati akibat terhidu asap kenderaan tersebut Ke...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik