Kesah Short Trip Ke Butterworth
Assalamualaikum..
Baru-baru ini, kakak ke Butterworh atas urusan perniagaan kain kakak ni lah, kononnya mahu berjumpa dengan supplier kain yang lebih murah dari biasa.
Namun misi ini tidak berjaya berjumpa dengan kekasih hati ku, siapakah kekasih hati ku itu, pastinya kain yang syantik lah, namun tak apa sebab sebelum bertolak ke sana pastikan ada plan A dan plan B, plan A kitaorang ialah membeli kain pasang yang berkualiti manakala plan B pula ialah makan nasik kandaq sampai fining.
Walaupun misi plan A tidak berjaya, namun plan B pulak fulamakkk berjaya makan sampai fining lah, memang nasik kandaq dia tip top, kakak tak minat sangat nasik yang over berat macam ni tapi memandangkan top feberet si suami makanya kakak layannnnn kan je lah zassssss.
Gambar nasik kandaq tak ambik lah, kakak kebiasaanya letak henpon dalam kereta sebab tak nak menambahkan lagi berat mendukung anak hahaha.
Apa yang kakak nak bagi tahu, kedai-kedai dekat pekan butterworh banyak yang beroperasi dari rumah kan, kiranya rumah teres tu merangkap rumah dan kedai sekali, macam restoran nasik kandaq yang kita orang makan ni memang dekat kawasan rumah teres, cari paking pun kena melalui rumah orang, mula-mula tu eh eh eh kita makan kat rumah si mamak ke ni...
Kedai supplier kain yang kakak pegi ni pun alamat rumah teres, kitaorang memang gaduh dengan waze le sebab bagi jalan ke rumah banglo orang pulak, tak pasal-pasal waze ni yang kena marah hahaha padahal memang diorang ni beroperasi kat rumah merangkap kedai dan ofis, nasib baik lah waze tu faham dengan nasib dia, tenang ajer sambil tetap dengan pendirian 'you arrived to the destination' berulang-ulang dia sebut nya.
kitaorang stay satu malam di http://www.aromahotel.com.my/, hotel ni jer nampak dari luaran macam best, tapi bila naik atas tu memang betul aroma sungguh hotel dia, sampai rasa tak cukup oksigen hahhaah, serious kakak bersin ajer sebab udara tak bersih jer, hotel ni besar dan banyak bilik tapi yang peliknya dia tak guna centralized air conditioning pun, dia guna aircod sebijik-sebijik macam dekat rumah mau tak udara kotor tak keluar.
view hotel waktu siang
Kawasan Aroma hotel ni memang meriah lip lap lip lap, deretan kedai dia design ala-ala rumah teres paragon ghituuu, mostly kedai dia konsep pub ke club macam tu, so bila konsep pub so semua kedai ada iklan minuman haram minasyaitanirojin. kitaorang keluar cari kedai mamak je lah nak makan kedai lip lap lip lap tu tak dapat lah, boleh tengok dari atas hotel jer lah.
view hotel ketika malam, deretan kedai ni lah yang meriah ceriah waktu malam, memang happening sampai kaitaorang pun fining tak tau nak buat ape kat sini
ini lah rupa paras bilik kitaorang, primer deluxe king roomSebelum bertolak ke butterworth kakak memang survey harga hotel kat trivago, traveloka dan banyak lagi, tpi macam biasa website hotel itu sendiri harga lebih murah berbanding dengan trivago dan lain-lain aplikasi.
beli 2 jenis macam ni jer dalam beberapa packet
Dalam perjalanan balek KL, kitarong sempat singgah beli jeruk pak Ali rm13 utk tiga packet, di luar daripada KL kebiasaannya jeruk Pak Ali rm12 se packet so beli lah sikit untuk makan-makan di rumah nati.
Ok sampai sini dulu ceritanya, jagan lupa tau jenguk website kain pasang kakak di www.lulukainpasang.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lulumatzam.blogspot.com/2018/10/kesah-short-trip-ke-butterworth.html