Kesah Pilihan Kawan Jadi Mertua


 

Aku ceduk dari tuan yang empunya citer . Namanya  JAMIL MAJLIS


Asyik aku membaca kesahnya .... tanpa kebenarannya .... aku simpan dalam koleksi perbadiku iaiaitu Blog Labun Cikgu Lin .... dah tentu tak ilang .... aku copypaste .... sikit pun aku tak ubah atau tambah ... ORIGINAL. 

Maaf aje ler ....  kalau marah aku delete balik. 



Jamil (duduk sebelah kiri)

KAWAN JADI MERTUA 

Pekan Lambor yang terletak di tepi tebing sungai Perak begitu meriah dengan para peniaga memperdagangkan barang jualan mereka. Yeop Majlis mempunyai hubungan yang rapat dengan kebanyakan dari para peniaga di situ kerana pernah berurusniaga bersama mereka suatu waktu dahulu. Kawan-kawan rapatnya juga ada yang masih berniaga di situ, antaranya Mad Nali yang membuka kedai jahit pakaian dan songkok.Berdekatan kedai Mad Nali terdapat sebuah kedai kopi yang menjadi kelaziman Yeop Majlis duduk untuk minum dan bertemu kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Pada hari itu Yeop mengunjungi kedai kopi berkenaan dan kebetulan dua orang kawan rapatnya, Tok Sidang Tain dan Haji Amah sedang duduk bersembang di sebuah meja. “Assalamu ‘alaikum. Berdua aje hari ni?” Yeop memulakan sapaan.“Wa’alaikum salam. lama tak nampak mike saghi due ni, ngajo jauh ke.” Sahut Hj Amah.“Idak juge, sejak arwah Mi tak ada ni, teman agak berserabut sikit. Anak-anak kecik kat ghomah tu tak ada siapa nak mengelolanya, harapkan abang kakaknya aje, ater deme pun memacam ghagamnya dengan hal memasing.” Luahan Yeop mengadu tentang kesulitannya selepas beberapa bulan kematian isteri pertamanya. Ketika itu isteri keduanya juga sedang beranak kecil dan duduk jauh di Teluk Anson sana. “Ater, caghi aje le gantinya cepat. Senang mike nak ngajo ke mana-mana.” Hj Amah memberi cadangan.“Isy, ada ke sape yang nak kawin dengan orang tua ni. Kalau ambik orang tua juga, laghat ke pulak dia nak mengelolakan anak-anak kecik teman tu.” “Ater, apa susahnya Yeop, anak kawan kita ni kan ada.” Satu cadangan berani Hj Amah sambil menepuk bahu Tok Sidang Tain yang sedari tadi hanya menjadi pendengar yang baik. Yeop berasa tersipu malu dengan cadangan tersebut berdepan dengan Tok Sidang Tain.“Anak yang mana satu pulak, rasanya Besah (Habsah) tu seorang aje anak perempuannya. Bukan ke dia udah bertunang dengan orang seberang sana.” Soal Yeop ingin kepastian. Ketika itu barulah Tok Sidang Tain bersuara menerangkan keadaan sebenar.“Sebenarnya mereka dah putus tunang, hai.. entahlah, tak taulah apa masalahnya budak-budak ni. Emmm…. Kalau mike rasa berkenan, teman idak le menghalang.”“Ooo… gitu ke, ater kalau udah sah putusnya, dan mike pun tak kisah, teman pun tak kisah, setuju aje.” Ujar Yeop tersengih gembira.“Alhamdulillah… haa kan senang, selesai satu masalah.” Sambut Hj Amah menumpang rasa gembira.Tok Sidang Tain pulang ke rumah dengan senang hati. Sesampainya di rumah, cepat-cepat ia memanggil anaknya, Habsah dan menyatakan keputusannya untuk menjodohkannya dengan tuan guru Yeop Majlis. Pada mulanya Habsah rasa keberatan juga untuk menerima, kerana merasakan jodohnya itu sudah tua, lebih 50 tahun. Tetapi disindir ayahnya, “Kamu tu pun udah tua, jangan nak memilih sangat, besok sampai ke sudah tak kawin.”Habsah menyedari dirinya pun sudah masuk 26 tahun. Di mana pada zaman itu kebanyakan wanita berkahwin sedari umur 15 tahun, bahkan ada yang berkahwin lebih muda dari itu. Berkahwin umur 26 di kira sudah lewat. Lebih-lebih lagi kebanyakan kawan-kawan yang sebaya dengannya di kampung semuanya sudah berumah tangga. Sedangkan dirinya sudah beberapa kali ingin disunting, tetapi tidak menjadi. Bertunang pun sudah dua kali, sekali dengan orang Bota, dan yang akhir dengan orang Lambor Kiri, dan kedua-duanya putus juga.Atas pertimbangan tersebut, dan diperkuatkan lagi dengan pujukan dari kedua abangnya, Muntaha dan Nordin, Habsah akhirnya bersetuju menerima pinangan Yeop Majlis. Tidak lama kemudian pernikahan mereka dilangsungkan. Penduduk kampung merasa gembira sekali apabila anak Tok Sidang mereka dikahwinkan dengan seorang guru agama yang disegani pada waktu itu. Sebaik selesai upacara akad nikah, Yeop bersalaman dengan Tok Sidang Tain, tersenyum dan bergurau, “Tak sangka pulak jadi menantu mike, minta maafla apa-apa yang terkasar semasa kita bergurau senda selama ini.” Tok Tain menyambut tangan Yeop, “ Hah, jangan lupa lepas ni panggil aku ayah.”Kemudian Yeop bergurau pula dengan isterinya, “Kalau aku tahu kamu nak jadi bini aku, aku peghati bebeno kamu masa ambik gambo paspot kamu dulu.” Rupanya, semasa hendak membuat kad pengenalan Habsah dulu, gambarnya diambil dengan kamera Yeop. Mereka menyebut kad pengenalan itu paspot (passport). Tidak ramai masa itu orang yang ada kamera. Setelah menjadi isteri, Habsah dibawa duduk bersamanya. Anak-anak Yeop dengan isteri pertamanya yang masih kecil, iaitu Hambal, Arbaiyah dan Mohamad Ali dijaga sepenuhnya oleh Habsah dengan penuh kasih sayang. Anak-anak yang lain, Zainun sudah berkahwin dan tinggal di Teluk Sareh. Naser dan Yahya sudah muda dan mula mencari penghidupan di luar, manakala Sabariah sudah mempunyai kekasih hanya menunggu masa untuk disatukan. Hasil perkahwinannya dengan Habsah, mereka dikurniakan 9 orang anak pula, iaitu:ASMABURHANUDDINABDUL RAHIMSALIHUNMOHAMAD JAMILJAMALUDDINJALALUDDINABDUL JALILKHALILIYeop Majlis meninggal dunia pada tahun 1979 ketika umur Habsah 53 tahun. Beberapa tahun selepas kematian Yeop Majlis, bekas tunang Habsah dulu cuba merisik semula untuk berkahwin dengannya. “Isy… tak kundak!” tegasnya. Hahaha.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikgulin57.blogspot.com/2021/03/kesah-pilihan-kawan-jadi-mertua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Mahu Umno Buktikan Setia Kawan

Pas Mahu Umno Buktikan Setia Kawan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 201 hits
PAS hari ini mencabar Umno untuk membuktikan semangat setia kawannya sebagai rakan seperjuangan yang setia dalam kerajaan Perikatan Nasional Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini selepas gabungan parti itu menyatakan tekad...
Umno Berhati Hati Memilih Kawan Politik

Umno Berhati Hati Memilih Kawan Politik

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 492 hits
Kawan baik adalah sahabat sepanjang masa susah atau senang kalah ataupun menang Kawan terbaik ialah kawan yang boleh berkawan baik dengan kawan kita Itu adalah ungkapan kawan baik dalam konteks hubungan persahabatan antara individu Namun da...
Bersembang Dengan Kawan Baru Bateri Emosi Bertambah Ini Jenis Mak Extrovert

Bersembang Dengan Kawan Baru Bateri Emosi Bertambah Ini Jenis Mak Extrovert

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 267 hits
Menurut kajian sifat keperibadian manusia terbahagi kepada dua iaitu introvert dan extrovert Dalam bahasa mudah si introvert adalah seseorang yang bersifat tertutup atau lebih suka menyendiri Sementara si extrovert adalah seseorang yang ber...
Lelaki Tetak Mati Kawan Baik Disangkakan Kerbau

Lelaki Tetak Mati Kawan Baik Disangkakan Kerbau

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 261 hits
Suspek yang merupakan warga Indonesia menerima rawatan tradisional untuk penyakit mentalnya KOTA KINABALU Seorang lelaki dengan masalah mental menetak kawan baiknya sehingga maut mendakwa beliau menyangkakan seekor kerbau meluru ke arahnya ...
Majlis Presiden Ph Putuskan Parti Komponen Tidak Boleh Terima Keahlian Dari Parti Kawan

Majlis Presiden Ph Putuskan Parti Komponen Tidak Boleh Terima Keahlian Dari Parti Kawan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 216 hits
Majlis Presiden PH sudah membuat ketetapan mana mana parti gabungannya tidak boleh menerima ahli parti gabungan yang lain kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub Dia yang juga naib presiden Majlis Presiden PH dipetik TMI berkata PH tu...
Mydigital Sektor Awam Akan Sediakan Transaksi Nirtunai Sebagai Pilihan Utama Menjelang 2022

Mydigital Sektor Awam Akan Sediakan Transaksi Nirtunai Sebagai Pilihan Utama Menjelang 2022

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 203 hits
Selari dengan pelancaran MyDigital Perdana Menteri turut mengumumkan yang mana semua sektor awam dan agensi akan menyediakan kemudahan transaksi nirtunai sebagai pilihan utama menjelang tahun 2022 kelak Dengan langkah ini ia akan menekankan...
Hannah Delisha Selamat Disatukan Dengan Jejaka Pilihan

Hannah Delisha Selamat Disatukan Dengan Jejaka Pilihan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 314 hits
Perkongsian terbaru pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati yang juga seorang pelakon Imam Shah
100 Nama Anak Lelaki Huruf F Pilihan Nama Sedap Dengan Maksud Baik Baik Sahaja

100 Nama Anak Lelaki Huruf F Pilihan Nama Sedap Dengan Maksud Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 528 hits
Memilih nama anak boleh jadi menyeronokkan dan pada masa yang sama peningkan kepala Lebih lebih lagi kalau pasangan anda tak setuju dengan nama yang anda pilih Jadi kami akan bantu memudahkan urusan anda mencari anak dengan senarai nama ana...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan