Kesabaran Rasulullah Terhadap Seksaan Kaum Musyrik



Abu Talib adalah orang yang sentiasa membela Rasulullah ﷺ. Ketika Rasulullah ﷺ berusia 49 tahun 8 bulan 11 hari, bapa saudaranya yang bernama Abu Talib meninggal dunia. Tepatnya adalah pada pertengahan biulan Syawal tahun kesepuluh Nabi ﷺ diangkat sebagai Rasul. Usia Abu Talib ﷺ ketika meninggal dunia adalah 80 tahun lebih. Tidak lama selepas itu, isteri pertama Rasulullah ﷺ, Khadijah R.A juga meninggal dunia iaitu pada 1 bulan 5 hari selepas kematian Abu Talib. Namun ada juga yang berpendapat bahawa jarak kematian Abu Talib dengan Khadijah hanya berselang 3 hari. Usia Khadijah R.A ketika meninggal dunia adalah 65 tahun.

Orang-orang Quraish telah menahan keinginan mereka untuk menyakiti Rasulullah ﷺ sampai pada masa kematian Abu Talib. Ketika bapa saudara tercintanya itu wafat, maka usaha menyakiti Rasulullah ﷺ semakin memuncak. Setelah kematian Khadijah, Rasulullah ﷺ masih tinggal di Makkah selama 3 bulan. Setelah itu Baginda ﷺ ke Ta'if bersama-sama Zaid bin Haritsah. Di kawasan itu Baginda ﷺ tinggal selama 1 bulan. Akhirnya Baginda ﷺ pulang ke Makkah dan tinggal di samping rumah Al Muth'im bin Adi. Dan sepanjang tempoh itu, Baginda ﷺ sering diganggu oleh kaum kafir Quraish.

Diriwayatkan dari Abdullah R.A, dia berkata, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ mendoakan keburukan ke atas orang-orang Quraish kecuali sekali. Sesungguhnya ketika itu Rasulullah ﷺ sedang menunaikan ibadah solat, sedangkan sekelompok orang Quraish sedang duduk-duduk (melepak). Dan pada ketika itu, tempat duduk mereka berdekatan dengan kotoran sisa kelahiran unta. Maka mereka berkata, "Siapa yang mahu memungut kotoran bekas kelahiran unta ini, kemudian dilemparkan ke atas punggungnya (Muhammad)?" Uqbah bin Abi Mu'aith berkata 'aku'. Maka dia mengambil kotoran tersebut, kemudian di lemparkan ke punggung Rasulullah ﷺ. 

Namun Rasulullah ﷺ terus sahaja bersujud sampai akhirnya Fatimah datang. Fatimah membersihkan kotoran itu dari punggung Rasulullah ﷺ. Lalu Rasullah ﷺ bersabda, 'Ya ALLAH, laknatlah sekelompok orang Quraish, laknatlah Utbah bin Rabi'ah! Ya ALLAH, laknatlah Syaibah bin Rabi'ah! Ya ALLAH, laknatlah Abu Jahal bin Hisyam! Ya ALLAH, laknatlah Uqbah bin Abi Mua'ith! Ya ALLAH, laknatlah Ubai bin Khalaf atau Umayyah bin Khalaf!'

Ternyata aku melihat mereka semua mati terbunuh pada perang Badar. Kemudia mereka diseret ke sumur tua kecuali Ubay dan Umayah, kerana mereka berdua adalah orang yang berbadan gemuk. Semua persendiannya telah terputus ketika tubuhnya diseret." (H/R Bukhari (240, 250, dan 2934) dan Muslim (1794)).

Diriwayatkan dari Urwah R.A bahawa Aisyah, isteri Nabi ﷺ telah memberitahu dia bahawa dahulu Aisyah pernah berkata kepada Nabi ﷺ , "Apakah ada sebuah hari yang anda anggap lebih dasyat dibandingkan perang Uhud?" Rasulullah ﷺ bersabda "Sungguh aku telah bertemu sebahagian kaummu dimana pertemuan itu lebih dasyat dibandingkan dengan hari Aqabah., sebab pada waktu itu aku telah menawarkan diri (agar mendapatkan tumpangan) kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abi Kulal, namun dia tidak memberikan respon apa yang aku inginkan. 

Maka aku pergi (pulang) dengan wajah yang sedih. Aku baru kembali sedar seperti kondisi permulaan ketika berada di daerah puncak bukit Tsa'alib. Maka aku mengangkat kepalaku, ternyata ada segumpal awan yang menaungi diriku. Dia menyeruku sambil berkata 'Sesungguhnya ALLAH telah mendengar apa yang dikatakan kaummu kepadamu dan penolakan mereka terhadapmu. ALLAH telah mengutus untukmu malaikat gunung agar kamu memerintahkan mereka sesuai dengan apa yang kamu kehendaki'. 

Lalu malaikat gunung memanggilku dan mengucapkan salam untukku sambil berkata 'Wahai Muhammad, jika kamu berhak (memerintahku) menurut apa yang kamu kehendaki. Jika kamu mahu, aku akan menimpakan dua gunung di Makkah di atas mereka semua'. Namun Nabi ﷺ bersabda, "Sebaliknya aku berharap agar ALLAH mengeluarkan dari tulang rusuk mereka anak keturunan yang bakal menyembah ALLAH yang Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun." (H/R Bukhari (3231) dan Muslim (1795)).

Diriwayatkan dari Urwah R.A, dia berkata : Aku berkata kepada Abdullah bin Amr bin Al Ash, "Beritahukan kepadaku mengenai perlakuan kaum musyrikin yang paling tidak mengenakkan bagi Rasulullah ﷺ ." Abdullah berkata, "Ketika Rasulullah S.A.W berada di halaman Ka'bah, tiba-tiba Uqbah bin Abi Mu'aith datang, kemudian memegang bahu Rasulullah ﷺ dan membelit pakaiannya untuk mencekik leher Baginda. Lalu Abu Bakr datang dan memegang bahu Uqbah serta memisahkannya dari Rasulullah ﷺ. Maka Abu Bakr berkata, "Apakah kalian akan membunuh seorang lelaki yang mengatakan Tuhanku adalah ALLAH, sedangkan telah datang kepada kalian dengan membawa beberapa penjelasan dari Tuhan kalian?"

Ketika Rasulullah ﷺ berusia 50 tahun 3 bulan, baginda didatangi bangsa Jin untuk menyatakan keIslaman mereka kepada Baginda ﷺ. Ketika Rasulullah ﷺ berusia 51 tahun 9 bulan, Baginda mengalami perjalanan Isra'. (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3856; Ibnu Hibban dalam Sahihnya 14/526, no. 6566 dan Ahmad, 2/204 dan 218)

Sumber : Shifatush Shafwah (Kisah-Kisah Orang Pilihan), Jilid 1, karya Imam Ibnu Al Jauzi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaminang.com/2020/01/kesabaran-rasulullah-terhadap-seksaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prkkimanis Apakah Spr Akan Diamkan Diri Terhadap Rasuah Politik Di Prk Kimanis

Prkkimanis Apakah Spr Akan Diamkan Diri Terhadap Rasuah Politik Di Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 295 hits
Sebagaimana di PRK Tanjung Piai Rantau Semenyih dan Cameron Highlands kesalahan pilihan raya yang kalau dahulu diistilahkan PH sebagai rasuah politik masih terus dilakukan oleh pihak Warisan PH di PRK Kimanis Demikian bidas Ketua Pergerakan...
Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bisa Buat Rasa Sakit Jadi Berkurang

Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bisa Buat Rasa Sakit Jadi Berkurang

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 257 hits
Ketika melakukan hal baik otak seseorang bakal memproduksi dopamin yang meningkatkan perasaan tenang dan menyenangkan Pada saat ini peneliti menemukan bahwa keterlibatan pada aktivitas seperti ini bisa menghilangkan sensasi sakit dan nyeri
Bagaimana Cara Buat Aduan Terhadap Perokok Di Premis Makanan

Bagaimana Cara Buat Aduan Terhadap Perokok Di Premis Makanan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 333 hits
FMT Reporters Kepada si perokok berhati hatilah kerana ramai yang akan memerhati anda di sekeliling tahun ini Bukan kerana anda tampak bergaya dengan sebatang rokok tetapi jika anda menghisapnya di premis makanan saman menanti anda berikuta...
Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air Zamzam

Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air Zamzam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1189 hits
Ekoran tularnya video dibawah Haram Jual Air Zam Zam Kena faham isu ni kenyataan akhbar berkaitan haram JUAL itu telah lama Dua kali KKM buat kenyataan sama 2011 dan 2017 atas isu PENIPUAN penjualan Air Zam Zam Kerajaan Arab Saudi telah men...
Menteri Jangan Ugut Guna Kekerasan Terhadap Pengamal Media

Menteri Jangan Ugut Guna Kekerasan Terhadap Pengamal Media

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 226 hits
DENYUT REFORMASIKUALA LUMPUR Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan ugutan kekerasan ataupun bertindak di luar batasan undang undang jika tidak bersetuju terhadap pihak media yang melaporkan sesuatu berita Menteri Komunikasi dan Mult...
Terkini Pkr Akan Ambil Tindakan Terhadap Zuraida

Terkini Pkr Akan Ambil Tindakan Terhadap Zuraida

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 247 hits
TERKINIHamsina Hamzah KEADILAN dijangka akan mengambil tindakan ke atas Naib Presiden Zuraida Kamaruddin atas ucapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 Bentuk tindakan ke atas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu ak...
Kekerasan Terhadap Anak Meningkat Jokowi Instruksikan Menteri Melakukan 3 Hal Ini

Kekerasan Terhadap Anak Meningkat Jokowi Instruksikan Menteri Melakukan 3 Hal Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 235 hits
Berdasarkan data didapatnya Jokowi menyebut ada 1 975 kasus kekerasan anak pada tahun 2015 dan meningkat menjadi 6 820 di tahun 2016 Dia pun menginstruksikan tiga hal kepada jajaran menteri terkait penanganan kekerasan anak
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri